Followers

Saturday, May 28, 2011

dritte Sprache

Sejak aku da graduate dari UiTM 
aku da jarang gunakan bahasa ke-3
time study dulu aku amik Bahasa German sebagai bahasa ke-3



memang syok ar blajar bahasa German nie
agak susah gak bahasanyer
tapi berkat usaha gigih
aku boley la speaking German skit-skit
and menulis dalam bahasa German
tapi tu pun kene tgk kamus gak la

satu kelebihan bile kiter belajar bahasa asing
ialah
biler kiter tulis dan org x tahu aper yg kiter tulis tu

hehehehehehehe

so try la blajar bahasa lain selain dari bahasa kiter sendiri
banyak benefit nyer 

aku tinggalkan korang ngan ayat German kat bawah nie


Stärken Sie Ihr Herz,
 wenn die Liebe weg von einer dritten Person,
 löschen ihn und ließ ihn los, 
und seien Sie versichert, 
dass er nicht aufrichtig lieben
Haben Sie Geduld ... 
und weiterhin der Versuchung widerstehen,
 Liebe und Geduld wird versichert, 
Sie werden die Liebe der schönen denn je bekommen und liebe dich für immer se


*p/s : bukan ayat kutukan yek...kang ader plak yang cakap camtu...baik pesan awal-awal.,
hehehehehehe adioosssssssssssssssaaaaaaaaaaa

Friday, May 27, 2011

sila la paham... aiyooooOOoo

AiyoooOOOOoooo yoooOOOOOooooooo
macam-macam 

mungkin status nie tidak menjerumus terus 
ke pada aku yang hudoh nie....
 tp bukti dibawah ini sudah cukup jelas
tuk rungkaikan tajuk entry aku nie

aku terpaksa la padam muka dan nama hamba Allah nie
tanpa mengaibkan beliau
terpulang pd beliau tuk mengaibkan aku
tanpa sebab sampai sekarang
aku masih lg x paham

so aku serahkan semuanyer pada Allah S.W.T
dan kiter jumpa 
di PADANG MARSHA
 nanti la yek.... 
tuk pengetahuan anda...
aku privatekan aku punyer FB nie sejak aku
start menggunakan FB nie lg
sejak zaman study kt U dulu lg
aper isunyer???
FB aku private tuk semua org yg belum menjadi kwn aku
haih
sila la faham
fungsi FB tu dulu
sebelum nak menghentam tanpa sebab


ish ish ish

aku privatekan FB aku sendiri pun
boleh di jadikan isu
x paham..... x paham

hmmmm
laman sosiol memang la tuk semua org
tp depands la pada org tu sama ada nak privatekan or nak tayangkan profilenyer
pada semua orang
penat jer Mark Zuckerberg tu...
ooPPss kenal ker ????
hah kat bawah nie gambor kacak beliau

beliau nie pun blajor tinggi-tinggi  

klau nak tahu.... beliau nie la pengasas Facebook
penat jer beliau nie buat privacy setting kt dlm FB tu..
tp kiter x guna... ish ish ish
kat privacy setting tu kan kiter boleh pilih sama ada nak
tunjukkan profile kiter tu pada 
everyone or 
friends of friends or
friends only

mcm gambor kat bwh nie ek

so rasanyer x timbul isu kt sini biler aku privatekan FB aku sendiri
semua org ader hak tuk kawal privacy sendiri
betul tak???
terpulang la pada individu masing-masing

so bg aku..aku memang ader hak tuk aku privatekan FB aku sendiri
dan 
ketiga-tiga account FB aku semua aku privatekan
coz kesemua FB aku tuh didalamnyer cuma ader kawan-kawan
yang hanya aku kenal....

and
terpulang gak pada korang  sama ada nak approve semua org
yg add korang
korang punyer FB kan
suka hati la kan....

itu la org panggil Laman Sosiol
depands pada individu masing-masing la
cara mcm mana yg korang nak guna
sama ada nak gunakan FB tu tuk menambah kwn-kwn baru
or
gunakan FB tu sekadar tuk berhubung dengan kwn-kwn lama


and bagi aku FB tu aku cuma gunakan tuk berhubung dgn kwn-kwn lama aku
tapi ramai gak yang sebenarnyer yg buat mcm aku nie
protect our privacy

so no point la nak jd kan mende nie 1 isu...



Tuesday, May 24, 2011

Carilah Hatimu!


Sangat-sangat tertarik membaca artikel nie...hope u all pun suka gak... credit tu I LUV ISLAM


Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.
Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya... kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.
Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu... Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.
Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah. Bacalah, itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna... Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.
Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu 'menukar' bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.
Ingatlah wahai orang yang bermujadahah... tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

Sunday, May 15, 2011

biler da lama x jumpa.....

Last minute member aku ckp nak kuar g jln2...jumpa ngan kawan2 masa kat U dulu.......
aku tersgt la Exited giler.... yer la... da lama x jumpa ngan dorang2 nie...
mesti la rindu tahap senget da..
huhuhuhuhu...


Bangun pagi2...siap2...
dekat sejam aku tunggu member aku dtg..
nama beliau nie Cik Nisa..

Cik Nisa

dekat sejam aku tunggu beliau nie dtg.. huhuhu...
akhirnyer dtg gak beliau,,,
kitorang pun gerak la ke Mid Valley
tuk jumpa lg 2 org member kitorang.. iatu..
Cik Wan dan Cik Fiza....

Cik Wan



Kitorang da sampai Mid Valley dorang tengah makan kat MCD...
rindu giler ngan dorang nih...
da lama x hangout sama2...

pastu..kitorang g tgk wayang citer 2 fast 2 Furious...
sbelum wayang start... mcm biasa la... mesti amik gambor dulu..

abis tgk wayang kitorang pun gerak la....
pewut nie da lapar giler... mengikut plan... kitorang nak mkn sushi...
nyum...nyum.....
seperti biasa,,,, sesi bergambor mesti ader...
layan jer la... gambor-gambor kat bawah nie....

sgt happy la weiii.....mkn2 ngan korang nie.......
abis mkn kitorng pun drive la ke IKEA...
mencari beberapa barang... sambil cuci mata...
menegok perabut2 yg tersgt cantik kat IKEA tuh....



fuhhhhh...penat giler pusing 1 IKEA....
nak patah kaki nie...
pastu leh plak menyinggah kt VINCE......
biasa la...pompuan kan...huhuhu..

lepas penat berjalan tuh... kitorang pun...
pergi makan wat kali ke 2....
wah...........memang hari melantak hari nie..
kali nie kitorang makan steamboat plak...
nyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmyyyyyyyyy...



biler pewut nie da kenyang.... kitorang pun balik la...
mengikut haluan masing-masing......
cedey..... tp memang sgt seronok kuar ngan korang....
kuar dr pagi..... malam baru balik....
Hope pas nie kite leh hangout lg...
maybe g vacation sama-sama....

LOVE U ALL !!!!!!...