Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Sunday, March 4, 2012

nape MakcikPakcik ?

Aku tengah bosan gile nie weh., time bosan la baru nak update blogkan.,
hah tak yah melalut banyak la., korang da bacakan tajuk kat atas tu kan,

nape MakcikPakcik?

Hah dah ramai gile orang tanya aku nape letak nape company MakcikPakcik Design House?
Jumpa client je dorang tanya.., jumpa supplier je dorang tanya.., lepas kitorang bg business card, dorang gelak and sengih., sebab bace nama MakcikPakcik tu., Meh la layan logo company kitorang nie.,


Seperti yang korang tengok logo company kitorang kt atas tu, meh la aku terang serba sedikit maksud yang tersurat dan tersirat pasal logo tuh.

Nape nama company letak MakcikPakcik Design House?
Oleh kerana dekat sejam aku duk bertekak dengan pakcik aku, nak letak nama aper la, so kitorang sepakat letak la nama panggilan manja kitorang.., hehehe pakcik panggil aku makcik, aku panggil si dia tu pakcik. Jadi la MakcikPakcik dan kami tambah Design House kat belakang tu, sebab kitorang wat company Printing & Advertising., House plak, sebab kitorang wat dari rumah.

Nape MakcikPakcik bukan PakcikMakcik?
Sebab Makcik tu Big Boss , Pakcik plak Second Boss, tu pasal la MakcikPakcik

Nape tulisan Makcik warna Merah?
Sebab Makcik minat kat club MANCHESTER UNITED.. tp Pakcik pun minat gak.

Nape tulisan Pakcik warna Kuning plak?
Sebab Pakcik minat bola Pahang., tp Makcik pun minat gak

Nape background itam?
Sebab kitorang suka warna itam la..huhuhu

Nape Design House tu warna putih?
la da pakai background warna itam, sesuai la letak warna putih,. lagipun kitorang asal pahang,
ok la tu itam putih kan.

hah dah panjang lebar aku melalut niekan.. kitorang tak kesah pun korang nak gelak ker nak aper ker.. huhuhuhu..kitorang best jer pakai nama company nie MakcikPakcik Design House nie.., Ramai yang bagi sokongan, dorang cakap nama yang unik, rare la, lain daripada yang lain la..

Support la kami., korang taip jer kat FB tu MakcikPakcik Design House mesti kuar.. ^_^V

0 pengintip komen:

Post a Comment