Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Monday, May 28, 2012

Bola bulan lepas

Hoi hoi, aku muncul lagi, tapi kali nie entry santai-santai, tak mo dah ngamuk-ngamuk huhuhu. Oleh kerana aku dah lama tak update pasal bola, so meh la aku cite aktiviti aku bulan lepas. 28hb April 2012, berlangsungnye perlawanan persahabatan antara MALAYSIA vs SRI LANKA di Stadium SHAH ALAM. Korang rasa aku g tengok kat ner? Kat TV ker kat Stadium? hua hua hua... sape yang selalu follow blog aku, mesti la tahu aku selalu tengok bola kat ner kan., dah tentu-tentu lah kat Stadium. Ape barang tengok kat TV kan, baik tengok spongebob kat tv, baru layan beb..huhuhuhu. Oleh kerana aku dan pakcik aku dpt tiket Free dari adik beliau yang main untuk team malaysia tuh, kami pun ape lagi, mesti ler lagi semangat nak g tengokkan.
Hah tiket kat atas tu la tiket freenye., game malam tu memang terbaik lah, Sri Lanka dah macam team ayam dah aku tengok, sampai kene 6-0, giler terbaik lah team Malaysia., tapi aku tengok team Sri Lanka main pun memang cam hampeh jer., so game tak berape mencabar sangat la., tak padan nak lawan ngan team Malaysia., aiyo.. So malam tu adik Pakcik dapat gak score 1 gol., wah muka pakcik bukan main happy lagi yek, ye ar beliau memang nampak sangat support adik beliau tu. So abis bola, kami singgah makan-makan dan berjalan-jalan di sekitar I-city, hari yang sangat penat dan menyeronokkan. Meh la layan gambor kami kat bawah nie., aku ngan pakcikku. Layan je la..

0 pengintip komen:

Post a Comment