Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Sunday, November 25, 2012

Harimau menGUAP, Singa menGAUM



Semalam adalah hari yang  sangat mengecewakan hari aku, apabila Harimau Malaya kalah 3-0 dengan team Singapura. Adeh ! Permainan keseluruhan yang ditunjukkan  oleh Harimau Malaya  agak hambar dan mengecewakan seluruh Penyokong Malaysia yang datang ke Stadium mahupun yang menonton di rumah.

Bagi pendapat aku yang menonton di Stadium, barisan pertahanan  nampak lemah dan tidak tersusun., kelam kabut je aku  tengok.  Ramai penyokong yang merungut, bukan semalam je, tapi dari siri persahabatan yang lepas-lepas pun penyokong duk merungut,.

Tapi....

Sekarang bukan masanya nak tuding jari salah jurulatih, salah pemain, sepatutnya semua bergabung beri semangat, tunjukkan yang terbaik,!

Tahun 2010 aku ke Stadium support Harimau Malaya, Tahun 2012 haruslah ke Stadium juga Support Harimau Malaya. 

Next game MALAYSIA vs LOAS, 28 November 2012. (Hope Malaysia beroleh kemenangan!)

0 pengintip komen:

Post a Comment