Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Friday, March 30, 2012

Alhamdulillah

Wah lama juga tak menjeguk blog nie, pengintip berdaftar pun da cecah 353,ade gak orang nak follow blog yang jarang update ni. Thanks pada pengintip berdaftar. Nampaknye kene update selalu.

Syukur Alhamdulillah,
Sejak dua tiga bulan nie, rezeki yang Allah S.W.T bagi sentiasa je ader, syukur sangat-sangat Ya Allah. Perjalanan hidup nie semakin di permudahkan.

Gembira rasa hati, bila dapat perkhabaran dari Pakcik, tak sia-sia usaha pakcik,. cuba dan terus mencuba, hasil dorongan aku gak la. coz aku tak nak beliau terus stay kat situ., dan mengadap masa silam aku. Lagi pun Pakcik memang tersangat anti bila mana kami terserempak dengan orang yang kami paling BENCI di tempat tu.

dan Alhamdulillah,
Allah da makbulkan permintaan aku, Pakcik akan mula melapor diri di tempat baru, pertengahan bulan April nie. Syukur Ya Allah.

dan hari ini, 30 Mac 2012,
Sekali lagi aku mendapat perkhabaran yang baik., ianya adalah untuk aku., Ya Allah, Kau permudahkan la segalanye., dan
Ya Allah kau permudahkan la urusan kami pada 2 April 2012.
Amin.

2 April 2012., penentu masa depan kami., sama ader ianya akan dilangsungkan cepat atau lambat., Ya Allah kau tunjukkanla jalan yang terbaik untuk kami, Amin.

Saturday, March 17, 2012

Imej baru

Suda hampir 2 bulan

Wednesday, March 7, 2012

hurmmm

hurmm tak tahu nak letak title ape..

hurmm.., da dua malam aku mimpi orang sama, orang yang tak pernah aku kenal, tak pernah aku jumpa, tak pernah aku tengok gambarnye., tapi tersangat pelik, sebab beliau muncul dalam mimpi aku, dua malam berturut-turut.

aku tanyakan pada pakcik, aku terangkan bagaimana rupanye, ciri-cirinya..betul tak orangnyer yang aku mimpi tu., Pakcik katakan betul.

Pakcik pelik, sebab die tak pernah tunjukkan gambar pun pada aku. Tapi aku boley dapat mimpi yang macam tu.

Hurmm., aku mimpi arwah ayah pakcik, da dua malam da,.aku pun pelik nape boley mimpi macam tu, pakcik lagi la pelik.

Hurmm semoga semuanya baik-baiik., Semoga arwah ayah pakcik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Sunday, March 4, 2012

nape MakcikPakcik ?

Aku tengah bosan gile nie weh., time bosan la baru nak update blogkan.,
hah tak yah melalut banyak la., korang da bacakan tajuk kat atas tu kan,

nape MakcikPakcik?

Hah dah ramai gile orang tanya aku nape letak nape company MakcikPakcik Design House?
Jumpa client je dorang tanya.., jumpa supplier je dorang tanya.., lepas kitorang bg business card, dorang gelak and sengih., sebab bace nama MakcikPakcik tu., Meh la layan logo company kitorang nie.,


Seperti yang korang tengok logo company kitorang kt atas tu, meh la aku terang serba sedikit maksud yang tersurat dan tersirat pasal logo tuh.

Nape nama company letak MakcikPakcik Design House?
Oleh kerana dekat sejam aku duk bertekak dengan pakcik aku, nak letak nama aper la, so kitorang sepakat letak la nama panggilan manja kitorang.., hehehe pakcik panggil aku makcik, aku panggil si dia tu pakcik. Jadi la MakcikPakcik dan kami tambah Design House kat belakang tu, sebab kitorang wat company Printing & Advertising., House plak, sebab kitorang wat dari rumah.

Nape MakcikPakcik bukan PakcikMakcik?
Sebab Makcik tu Big Boss , Pakcik plak Second Boss, tu pasal la MakcikPakcik

Nape tulisan Makcik warna Merah?
Sebab Makcik minat kat club MANCHESTER UNITED.. tp Pakcik pun minat gak.

Nape tulisan Pakcik warna Kuning plak?
Sebab Pakcik minat bola Pahang., tp Makcik pun minat gak

Nape background itam?
Sebab kitorang suka warna itam la..huhuhu

Nape Design House tu warna putih?
la da pakai background warna itam, sesuai la letak warna putih,. lagipun kitorang asal pahang,
ok la tu itam putih kan.

hah dah panjang lebar aku melalut niekan.. kitorang tak kesah pun korang nak gelak ker nak aper ker.. huhuhuhu..kitorang best jer pakai nama company nie MakcikPakcik Design House nie.., Ramai yang bagi sokongan, dorang cakap nama yang unik, rare la, lain daripada yang lain la..

Support la kami., korang taip jer kat FB tu MakcikPakcik Design House mesti kuar.. ^_^V