Followers

Friday, May 11, 2012

How to make Apam Lady Bird

Wah dah lama tak update blog kan., buka-buka tetiba view dashboard dah lain macam je, haih, Okeh, malas nak melalut panjang-panjang., nie nak kongsi skit resepi buat Apam Lady Bird nih, seperti yang korang tengok gambor kat atas tu., comeikan...comeikan., First time aku buat mende alah nie, tu pun godek-godek internet, nampak cam comei so aku pun try la buat, tak sangka la plak jadi. so meh nak share resepi nie kat korang-korang.
Bahan-Bahan : 3 biji telur (sejukkan dalam peti sejuk)... 275 gm tepung gandum... 200 gm gula halus... 150ml susu segar... 1 1/2 sudu makan baking powder... 1 sudu kecil ovallete... Filling blueberry secukupnya... perasa (Pewarna ikut suka)
Cara-cara : 1) Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit. (kecuali filling dan perasa tu) Macam dalam gambor kat bawah nie.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari. (masukkan ke dalam piping bag, tak ade piping bag, masukkan dlm plastik bersih pun ok jer) Macam dalam gambor kat bawah nie.
3) Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh . (Buat la corak cam Lady bird tu)Macam dalam gambor kat bawah nie.
4) Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit. (api tak boleh besar nanti jadi apam merekah).Macam dalam gambor kat bawah nie.
So ini lah hasilnye selepas dikukus. Selamat mencuba ye.