Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Thursday, June 28, 2012

Tanpa Make-up

Lynie Yusoff

Thursday, June 21, 2012

Tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat




1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa .

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap .

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya .

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya .

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya .

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga .

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya .

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya .

9. Adakalanya dia seperti budak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain .

10. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya .

11. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama .

12. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya .

13. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri .

14. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya .

15. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting denganya .

16. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya 100 peratus mencintai kekasihnya .

17. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .

P/S : Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki , hargailah mereka seadanya . Kerana jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya , lihatlah betapa bodohnya wanita itu .

Butterfly by Melly Goeslow ft. Andhika Pratama






Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah



Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu



reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu



Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you



Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua



Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu


-Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama-


p/s : terharu!

Wednesday, June 20, 2012

W.O.R.D.L.E.S.S W.E.D.N.E.S.D.A.Y :::: 11


Monday, June 11, 2012

Untuk si kaki Bangku

Entry nie aku buat untuk korang-korang yang kaki bangku cam aku, tapi still minat gile bola sepak. Ye la, mesti la kiter kaki bangkukan., kiter kan pompuan,huhuhu, mesti la tak pandai main bola., tapi still minatkan. So, sekarang ni tengah hot dengan game EURO 2012, lagi la menggilakan, tak tido nak tunggu team kite main. hah korang minat team mana?

Seperti entry aku yang lelama kat dlm entry football tuh, mesti dah boleh agak aku suka team mana kan kan kan.., kalau tak tahu, meh baca sini. <<<<< klik sini untuk membaca.

So kat sini aku sertakan Schedule EURO 2012. hah tengok la kat bawah nie.



Friday, June 8, 2012

Gara-gara mimpi Safee Sali


*erk., nape wat muka camtuh..huhuhuhu

8 Jun 2012 , Pukul 3.45 pagi semalam, aku terkejut  lalu terbangun. Sedap-sedap tengah tido, boleh terjaga gara-gara mimpikan Safee Sali. Erk.. ape kejadahnye dia boleh masuk dalam mimpi aku., terus susah nak tido balik,. sumpah aku tak minat langsung ngan die, nie mesti gara-gara aku tengok rancangan 9 soalan kat tv 9 sebelum aku tido. dah dia masuk dalam mimpi aku.

Perkara pertama yang aku buat lepas aku terjaga adalah tengok hp. ermmm ada msg dr pakcik.

Pakcik aka  Mie Seven aka Azmi Akil


" Hai org d sn wt pe 2? " (kul 1.25 a.m)


aku reply " Hai..sori td tdo, ni t'jage" (kul 3.57a.m)


lalu aku ceritakan, macam mana aku boley terjaga,.kata aku :


"nak suh Azmi Akil yang masuk mimpi tp safee sali plak yang datang"

kata pakcik  "la yeke, td da cuba nak masuk tp x berjaya kene pukul ngan sapi gemuk 2"


hahahahahahahaha tergelak aku baca msg pakcik ni, bley plak wat lawak pagi-pagi buta.

so malam tadi aku duk layan game Malaysia vs Singapore., nampak muka Safee Sali aku leh sengih sorang-sorang, sebab teringat msg pakcik antar semalam..huhuhuhu...

Hummm game malam nie nampak terbaik, tapi dah nak abis boley plak seri last-last minit, gara-gara ref yang sengal lagi hampeh. Geram tul tengok. arghh malas la nak pikir...layan Euro jom....

Thursday, June 7, 2012

Alam Barzakh



Mati itu adalah ketentuan Allah SWT. Sudah suratan takdir yang tidak dapat diubah-ubah lagi. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan dan sesaat pun tidak dapat didahulukan” (Surah Al-A’raf: 34)
Tepat pada waktunya menurut perjanjian, maka malaikat maut itu melaksanakan tugasnya. Dia mencabut, mengeluarkan nyawa seseorang itu bukan dengan tangan sebagaimana yang terbayang dalam ingatan kita, melainkan cukup dengan perkataan “Keluarlah engkau” Maka keluarlah dia.
Adapun bentuk malaikat maut dalam mencabut nyawa seseorang itu tidak tetap, berubah-ubah. Ini sesuai dengan amal perbuatan orang itu selama hidupnya. Kalau mencabut atau mengeluarkan nyawa orang beriman dan beramal soleh, maka bentuk malaikat maut bagus dan menyenangkan. Tetapi sebaliknya, kalau mencabut roh orang kafir atau berdosa, maka bentuknya mengerikan dan menakutkan sekali. Hal ini dapat dibaca dari kisah Nabi Ibrahim as.
Nabi Ibrahim as mempunyai sebuah surau. Kalau akan sembahyang, maka surau itu akan ditutupnya. Pada suatu hari ketika dia hendak sembahyang, dibukanya surau itu. Ada seorang pemuda di dalamnya.
Tanya Nabi Ibrahim: “Siapa yang mengizinkan engkau masuk? Apakah engkau malaikat?”
“Ya , aku ini malaikat maut.”
Maka terjadilah perbincangan antara Nabi Ibrahim dengan malaikat maut dari hal bentuk malaikat maut mencabut nyawa orang berdosa. Hal ini dinyatakan dalam hadis dari Ibnu Abbas sebagai berikut:
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Nabi Ibrahim as. pernah bertanya kepada malaikat maut, tanyanya:
“Hai, malaikat maut. Tunjukkanlah bentuk engkau ketika engkau mencabut nyawa orang kafir.”
“Palingkanlah muka engkau!” Kata malaikat maut
Lalu Nabi Ibrahim memalingkan mukanya. Sesudah itu dia menoleh lagi. Maka kelihatan malaikat maut itu seperti seorang yang bertubuh hitam. Kakinya berada di bumi dan kepalanya tersentak ke langit. Bentuknya sangat menakutkan. Dari bawah tiap bulunya menyembur api.
Maka bersabda Nabi SAW kalau dia mencabut nyawa orang kafir sama dengan memandang kepada sebuah piring yang sedang di tanganya. Yang demikian itu timbul gentar dan takut kepadanya. Setelah dia mengambil nyawa orang itu, maka bentuknya kembali seperti biasa . (Riwayat:Muslim)
Malaikat itu makhluk ghaib yang bentuknya dapat berubah-ubah menurut apa yang apa disukainya. Demikian juga malaikat maut. Hal ini sesuai pada iktikad dan amal perbuatan seseorang selama dia hidup. Kalau orang itu beriman dan beramal soleh, malaikat maut datang menyerupai apa yang dicintainya selama ini.

credit to : nursyirah.wordpress.com

Wednesday, June 6, 2012

W.O.R.D.L.E.S.S W.E.D.N.E.S.D.A.Y :::: 10




Sunday, June 3, 2012

Segmen : Follower Pilihan Niera




Aku saje nak try-try masuk segmen nie, mana la tahu boleh menangkan. Aku dah la jarang masuk mende-mende alah macam nie., kla rezeki menang tuh, makin bersemangat la nak join segmen-segmen lain., hehehehe.

So korang meh la join sekali, klik kat banner comel atas tu. Good Luck ^_^v

Ini Cerita Dia

9 tahun dulu, aku seorang yang takutkan kucing, pantang nampak mesti aku rasa nak sepak, lagi-lagi bila time makan dekat kedai, asal kucing datang je, mesti aku akan halau, kalau degil sangat, aku halau pakai kaki, kejam sungguh time tu rasanya. Aku sangat takut dengan kucing time tu, perasaan geli tu ada, aku pun tak tahu kenapa.Tapi sejak aku sambung belajar Diploma di Uitm Machang pada tahun 2003, segala-galanya berubah bila aku kenal dengan seorang hamba Allah yang sangat sukakan kucing. Beliau yang aku maksudkan adalah Juliana (Na). Na seorang yang sangat sukakan kucing, masa tu aku pun pelik kenapa die suka sangat dengan kucing.

Na
(Sowie curi gambo ko dlm FB)

Aku rasa sebab die la aku berjinak-jinak sukakan kucing. Pastu family aku ader bela seekor kucing putih time tu, so kegelian yang aku alami terhadap kucing beransur hilang. Betul la orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Kucing nie sejenis haiwan yang sangat manja dengan tuannye, tak caya? try korang bela sendiri., sure korang akan jatuh cinta dengan kucing korang.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun lepas,dalam bulan 12, tarikhnye aku lupa, kucing hitam aku, yang diberi nama KENEK selamat melahirkan 3 ekor anak beliau, tapi 1 ekor da mati pas lahir tu, tinggal la 2 ekor., warna kelabu (BUBU) dan sekor lagi belang-belang putih itam (BELLA).

KENEK , BUBU & BELLA

Bella telah di ambil oleh jiran aku, Mak aku plak boley kasi kat orang, time tu frust la jugak. So tinggallah BUBU.  Dari BUBU kecik lagi aku yang jaga, selalu aku mandikan dia, BUBU memang seekor kucing yang sangat manja, suka duduk atas peha orang, tak banyak kerenah, tak banyak bunyi, die akan berbunyi time die lapar je. Jom layan gambar BUBU yang sangat manja nie.








Comel dan manja sangat BUBU nie, tapi segala-galanya berubah, bila BUBU tak ada selera makan, aku pun tak tahu kenapa, badan dia tetiba susut sangat, da jadi kurus. Aku ada bawa dia ke klinik. Doktor cakap die kene cacing, itu yang kurang selera makan, so doktor bagi ubat cacing dan vitamin. Balik dari klinik haiwan tu, aku memang jaga die, bagi ubat, vitamin, makan die pun aku jaga. Setiap hari aku akan mandikan dia.

Tapi BUBU dah tak seceria dulu, dia banyak termenung je, kalau aku panggil pun dia termenung je, hurmm sedih tengok dia dah tak ceria. BUBU asyik muntah dan cirit birit. BUBU akan bersuara kalau dia nak berak, aku akan angkat dia pergi toilet, dah siap berak, aku yang cebok bontot dia. Nie gambar BUBU semasa dia sedang sakit.






2 Jun 2012, BUBU dah nampak macam sihat sikit, dia dah bleh berlari-lari ke dapur, time aku panggil,. BUBU dah ade selera makan, memang sangat banyak dia makan., rasa lega sikit hati aku, aku harap dia cepat sihat dan ceria macam dulu. Malam tu dia tido atas peha aku, syok je tengok dia tidur, sambil aku melayan tv sampai pukul 3 pagi dia duk tido atas peha aku, bila aku nak tido baru aku angkat dia ke tempat tido dia.

3 Jun 2012, pagi tu Mak aku kejut, cakap BUBU dah tak larat, aku pun cepat-cepat bangun tengok BUBU, sebak rasa hati bila tengok dia da tak mampu nak gerak, mata dia terbuka, mulut dia tercungap-cungap. Aku pangil dia.., BUBU......BUBU....BUBU....bangun,,,, bangun BUBU... dia mengeow,,, mata dia pandang tepat arah aku. Aku cepat-cepat bagi dia air, BUBU memang nampak tak larat sangat, nak gerakkan tangan dia pun dah tak larat. Bila aku bagi air, dia telan perlahan-lahan., dalam hati nie, Tuhan jer tahu macam mana rasanya. Tiba-tiba die mengeow dan badan dia teketar-ketar, mata BUBU masih memandang tepat ke arah aku, sehingga BUBU tidak lagi bernafas. Petang tu aku yang tanam BUBU, sedih rasa hati nie, bila kehilangan BUBU, dia banyak ceriakan hari-hari aku ngan keletah manja dia, tapi sekarang semuanya dah tak da., hurmmmmmmmmmmmmm...

 BUBU dah tak bernyawa

Gali kubur BUBU

Sedih memang sedih, nie la pertama kali aku bela kucing dengan penuh kasih sayang aku, terasa macam kehilangan orang tersayang je, hurmmmmmmmmmmmm.....walauapapun...


BUBU akan terus kekal dalam ingatan aku

BUBU