Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya



Saya Lynie Yusoff mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada 
semua follower@pengintip berdaftar di blog saya nie, dan kepada  orang-orang yang sudi singgah
di blog saya yang hudoh nie. Saya menyusun sepuloh jari memohan maaf  andai 
ada coretan  di blog nie telah menguris hati mana-mana pihak, ter'mention' nama atau apa saja, saya MOHON MAAF.

*with Pakcik

Tuesday, August 14, 2012

Hindari penyakit RIAK




MAHA Besar dan Maha Berkuasanya Allah dapat kita lihat dengan kejadian manusia yang pelbagai rupa dan kelakuan. Walaupun rambut sama hitam, tapi warna kulit, bahasa, tingkah laku dan agama tidak sama antara seorang dengan seorang. Begitu juga kalau kita lihat dalam kehidupan manusia di bumi ini. Ada yang miskin ada yang kaya. Ada yang baik hati, ikhlas, jujur, amanah dan terdapat juga mereka yang busuk hati, sombong, dengki, kedekut dan riak.

Apa saja sifat yang boleh mendatangkan keburukan, kebinasaan atau kecelakaan dalam hidup seseorang, ia boleh dianggap sebagai penyakit. Perbuatan riak dianggap satu daripada penyakit rohani dan Islam memandangnya sebagai wabak yang mengancam kemurnian akidah orang Islam. Di kalangan orang Islam riak masih wujud dalam kehidupan hari ini walaupun sifat dan perbuatan itu dibenci Allah s.w.t. Ulama Islam berpendapat riak adalah sifat yang tidak baik diamalkan oleh orang Islam. Dalam Islam, riak adalah sifat yang cukup keji kerana ia boleh membinasakan segala kebaikan yang pernah dilakukan selama ini dan merosakkan pahala amal soleh seseorang. Sifat riak sebenarnya boleh dihindari dengan memperkuat atau mempertingkatkan iman dan hati sentiasa takut akan azab dan seksa Allah di akhirat nanti.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan. Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al-Maun ayat 4-6).

Dalam surah al-Baqarah ayat 264 Allah berfirman maksudnya: “Hai orang- orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia.” Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah.

Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya.
Kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam akan tercemar dan rosak jika tidak dilandasi keimanan dan keikhlasan hati serta mengharapkan keredaan Allah. Justeru, dalam Islam setiap amal kebajikan yang disertai dengan riak adalah tergolong dalam perbuatan syirik kecil yang boleh merosakkan amal kebajikan, melunturkan kemurnian akhlak dan akan mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat.

Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau mengerjakan ibadah hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadah untuk menunjukkan yang kononnya mereka baik, pemurah, warak atau rajin beribadah. Mereka lakukan kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turuti hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu daripada (agama) Allah. (Surah Sad ayat 26).
Dalam surah Muhammad ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka itu telah dicap (ditutup) Allah mata hatinya dan mereka mengikut hawa nafsunya.” Adalah sangat jelas umat Islam yang melakukan perbuatan riak akan mendapat balasan buruk daripada Allah. Sementara Rasulullah sendiri sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhi diri daripada perbuatan riak melalui beberapa hadisnya. Antaranya, Rasulullah bersabda: “Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).
Untuk menjauhkan diri atau membersihkan hati daripada perbuatan riak, umat Islam hendaklah mengamalkan sifat muraqabah. Muraqabah dapat memperlihatkan dan menghayati kepentingan dan hak Allah dengan memperhitungkan diri sendiri, berapa banyak kebaikan dan dosa yang telah dilakukan sebagai perbandingan supaya terus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan apa jua tindakan yang akan dilakukan.

Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya. Taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135).

Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222).

Credit to : Harian Metro

Monday, August 13, 2012

Du'a for future husband


A woman's du'a for her future husband ♥




O Allah! Please grant me the one
Who will be the garment for my soul
Who will satisfy half of my deen
And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path
In all he'll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray

May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah's guidance always
To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side

May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way

May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife

And finally, O Allah!
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!

May Allah grant all the Muslim sisters with such husbands... Ameen

by : كلنا مسلمون (We All Are Muslims)

Saturday, August 4, 2012

Bahaya Facebook



Dalam statistik terbaru, lebih dari 10 juta rakyat Malaysia telah mempunyai akaun Facebook. Ia berkembang dengan sangat pantas. Namun tanpa kita sedari, ia mempunyai bahaya yang terselindung yang tidak disedari oleh kita disebabkan terlalu asyik dengan FB.


1. Ketagih Facebook
Ini banyak kali kita dengar dimana rumahtangga berantakan disebabkan si isteri atau suami terlalu ketagih dengan facebook. Biasanya terjadi kepada isteri atau surirumah. Mereka terlalu asyik dengan Facebook sehingga mengabaikan keperluan suami dan anak anak. Ia sangat bahaya untuk hubungan kekeluargaan. Sebagai surirumah yang mempunyai akses internet, berpada pada mengunakan Facebook. Jangan mendedahkan rahsia rumah tangga di FB anda.

2. Lubuk Penipuan/ Scammer
Penipu atau scammer mula mengalihkan modus operandi mereka kepada media sosial seperti Facebook untuk mencari mangsa mereka. Mereka akan cuba mengenali anda dan akan cuba menipu secara perlahan lahan. Ia bermula dengan mengambil perhatian dan juga kepercayaan mangsa mereka sebelum menipu.

3. Eksplotasi dan Kecurian Data
Menerusi Facebook, penggunanya boleh membangunkan perisian mereka untuk Facebook. Sesetengah daripada developer ini mengunakan kod sumber yang boleh dieksploitasi oleh pembangun perisian ini untuk mencuri data penting daripada akaun Facebook mangsa. Data penting seperti alamat emel dan password boleh dicuri menerusi malware yang diselitkan menerusi aplikasi FB.

4. Kebocoran Maklumat Peribadi
Jangan sesekali memasukkan maklumat peribadi yang penting seperti nombor kad pengenalan dan maklumat penting dalam profile Facebook. Anda boleh masukkan maklumat asas sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan maklumat anda digunakan untuk tujuan tidak baik. Malah maklumat ini juga boleh digunakan oleh musuh Islam untuk memahami orang Islam..Facebook adalah milik orang Yahudi. Mereka pasti ada agenda yang tersebunyi. Isu ini juga berlaku pada Google kerana data yang diperolehi oleh Google digunakan oleh Amerika Syarikat untuk analisis diatas nama “membanteras keganasan”.

5. Mengurangkan Prestasi Kerja
Bagi mereka yang terlalu asyik berfacebook boleh menyebabkan prestasi kerja seseorang menurun. Lebih banyak masa diluangkan dengan Facebook menyebabkan kerja lain tertangguh. Ini akan menyebabkan prestasi kerja akan menurun.

6. Fitnah Disebabkan Dengan Mudah
Fitnah boleh disebarkan dengan cukup mudah. Dengan fungsi viral yang ada pada Facebook, ia menyebabkan sebarang fitnah boleh disebabkan dan tersebar dengan cukup pantas.

7. Pasangan Curang
Sekarang cerita tentang suami/isteri curang disebabkan semakin menjadi jadi. Masakan tidak dengan Facebook, kita boleh mencari kembali rakan rakan lama dan juga kekasih lama. Lama ke lamaan, cinta kembali berputik dan berakhir dengan kecurangan. Syaitan sentiasa mencari masa yang sesuai untuk mencucuk jarumnya maksiatnya. Malah semakin banyak kes penceraian disebabkan oleh Facebook ini.

8. Perangsang Masalah Sosial Remaja
Facebook juga boleh mendedahkan remaja kepada gejala sosial yang serius. Bermula dengan cinta siber, kemudian ia berubah kepada dunia luar. Maka terjadilah seks diluar perkahwinan dan juga rogol. Ibu bapa perlu mengambil serius tentang perkara ini. Mereka perlu memantau anak anak mereka di internet. Jangan menyangka anak anak hanya bermain internet tetapi tidak tahu menahu mengenai apakah yang mereka lakukan.

9. Buli Siber
Istilah buli siber atau cyber bully ini masih tidak cukup dikenali di Malaysia. Mereka yang suka memberikan gambar mereka sesuka hati di facebook boleh menjadi mangsa buli siber ini. Malah ada yang memberikan gambar bogel mereka kepada kenalan Facebook. Mereka kemudian mengugut untuk mendedahkan gambar tersebut jika tidak melakukan apa yang mereka mahu. Mereka akan terus membuli mangsa sehabis habisnya.

10. Kecurian Identiti
Dengan facebook, kecurian identiti sangat merbahayakan. Ini adalah kerana hacker boleh menyamar sebagai anda dan melakukan jenayah. Sebelum ini ada dikalangan artis dan golongan biasa digodam akaun Facebook mereka. Hacker ini kemudian menghantar mesej kepada rakan rakan anda dan meminta wang yang kononnya anda dalam kesusahan. Ini pernah kepada seorang usahawan internet yang juga penulis buku beberapa tahun lepas.

Inilah antara bahaya facebook yang perlu anda ambil perhatian. Mungkin anda tidak menyedarinya akan bahaya yang menanti ini. Diharap anda sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan dan juga mangsa bahaya facebook ini.

credit to www.shamsuriyadi.com
 

Thursday, August 2, 2012

Mengesan Lelaki Curang



Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

credit to penpatah

Wednesday, August 1, 2012

Manchester City vs Malaysia 2012

Aku rajin nak update blog nie selapas da kene sound dengan pakcik Mie Seven, yang berbunyi

" Pakcik tunggu cite MC  aritu x kuar pun lagi, cite antu jer ader kt blog Makcik"... (bunyi seakan beliau tgh sentap ngan aku)

Wah boley tahan yek ayat die, Follow gak  blog x fofulor nie ehy..so nilah entry khas untuk awak ye En. Mie Seven. Sila baca dan hayati dengan teliti.. hehehehehe.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



30 Julai 2012, berlangsungnye perlawanan persahabatan di antara  Manchester City vs Malaysia di Stadium Bukit Jalil., seperti selalu la kan.., kalau ader game Malaysia, mesti ader muka kitorang yang datang menempek kat stadium tu. Seperti tahun-tahun yang lepas, kalau ada melibatkan perlawanan yang agak best, kitorang tak akan ketinggalan tuk turun support, cuma tahun nie agak bermakna tuk Pakcik Mie Seven aku tuh., sebab die turun support seseorang.

Sebelum menunggu perlawanan yang bermula malam tu, kami menghabiskan masa di Mid Valley menonton wayang cite The Amazing Spiderman 3D , bermain bowling sampai tergeliat tangan aku, and bershoping sakan di kedai sukan. Fuuuuuuuuoooh hari yang sangat memenatkan, dah la time puasa plak tu,haih sabor je lah.  Hah En. Seven sila ngadap gambor kat bawah nie tuk  ubati rasa rindu tuh... kikikikiki ^_^v







Dengan berbekalkan tiket free 2 keping yang berhaga RM 58.00 hengget tu, kami menikmati perlawanan dengan penuh semangat.., 



aceh.... semangat for 1st half je la.. pastu bosan  plak menengoknye yek bila dah masuk separuh masa kedua. Game yang agak membosankan, sampai kitorang banyak menyembang sambil makan kuaci., yer la., lagi pun kami peminat tegar Manchester RED not BLUE.. turun pun semata-mata tuk Harimau Malaya je la. 

bla bla bla bla bla bla bla bla kami duk menyembang berdua., dah macam tengah tengok wayang la plak..hehehehe.. tetiba semua menjerit..

GOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

Pakcik Mie Seven bukan main melompat, terjerit-jerit, naik bingit telinga aku, sambil duk sep sep horey ngan aku.., aku sempat tengok kat screen, rupanye adik beliau yang score, patut la melompat-lompat beliau. Tu la, melepas nak tengok gol cantek, alih2 kene tengok kat screen je.. punya la duk asyik menyembang. haish..

Manchester City vs Malaysia berkesudahan 3-1

Tapi overall,  Hari yang sangat best, sebabnye, tiap kali dating mesti kite dating kat stadium, huhuhu hope sampai bila-bila kiter terus sokong team HARIMAU MALAYA yek En.SEVEN.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ermm., ada la dua tiga orang duk cakap, yang aku nie minat bola, sebab en. Seven tu. Kalau sape yang dah lama kenal aku,  mesti  tau yang time skolah lagi aku minat bola, dan sebab minat team bola yang sama la aku kenal ngan en.Seven tuh., sampai die tegur dalam FB.., " la awk minat MAN U gak ke, sama la" dari ayat tu la aku makin rapat ngan beliau sampai skang nie., semuanya pasal minat yang sama, okey! 

bye adiossss. nak g wat design org tempah plak.