Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Sunday, December 16, 2012

My Wishlist for 2013



Banyak mende yang aku berkenan dan teringin nak beli tuk tahun depan.
Antaranya :

1. Camera DSLR NIKON
Semalam dah pergi menjenguk-jenguk dengan pakcik, dah try test-test. Cuma belum angkat buat balik rumah je lagi. Tengah berfikir-fikir bajet yang akan di keluarkan nanti. hehehe


2.  Bercuti ke Pulau
Dah banyak aku research pulau yang ada kt malaysia nie.., dah banyak quotation jugak yang aku dapat, cuma tinggal decide nak pergi Pulau yang mana satu, tapi buat masa nie, Pulau hanya boleh masuk masa bulan March, so pikir dan terus berpikir...ekekekeke.


3. Lampu untuk Dining Table
Actually aku tak pernah terpikir pun nak beli menda alah nie, tapi bila Pakcik usulkan pasal menda nie, aku plak yang excited terlebey. Nape la tak pernah terpikir pasal lampu nie.. anyway its a good idea!





Nampak tak kecomelan lampu nie, hehehe nampak lain la sikit ruang makan tu kan., aku dengan semangatnye dah pergi survey ke IKEA, harga pun boley tahan, dan yang lagi bestnye warna yang aku nak beli pun ade, PURPLE gelap, erk.. tapi kene tunggu bajet tahun depan..adeh!

4. Carpet Purple
Okeh! yang ni pun termasuk tuk bajet tahun depan, mesti nak dapatkan nie! Aku dah tgk gak kat IKEA.., perghhh rugi betul, haritu IKEA ade buat discount untuk carpet nie semperna Christmas,  tapi oleh kerana bulan nie banyak menda yang perlu di setel, jadi haruslah di tangguhkan ke tahun hadapan.. haissh!.


5. Rak Kasut
Oleh kerana kat umah baru nanti belum ader lagi rak kasut, jadi mende alah nie haruslah dibeli. Macam-macam jenis rack kasut yang ader, tapi jenis aku nie, nak gak yang lain dari yang lain. Makanya aku telah memilih rak kasut dibawah untuk di beli tahun hadapan.

Simple dan nampak kemas. Letak je balakang pintu, letak kasut pun tak berbau, sebab tertutup kan rak nie.
Hope berjayalah bawa balik mende alah nie ke rumah.





Semogo Allah s.w.t limpahkan rezeki pada kami sekeluarga, Amin.



Sunday, December 2, 2012

Ciri-ciri LELAKI PENYAYANG







Seorang lelaki yang benar-benar mengasihi anda mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Sentiasa menelefon anda untuk bertanya bagaimana hari anda.

2. Sentiasa memberitahu anda bahawa dia mencintai anda.

3. Ingat hari jadi dan ulang tahun.

4. Lembut dalam berkasih sayang kepada anda.

5. Memberi kejutan  dengan perkara yang anda suka.

6. Tidak menyakiti anda dengan sengaja.

7. Memaafkan anda bagi kelemahan dan kesilapan anda.

8. Meminta maaf apabila dia merasakan dia telah melakukan sesuatu yang salah.

9. Sanggup berkorban untuk menyelamatkan hubungan anda.

10. Menyokong anda dengan impian dan usaha anda.

11. Menghormati anda sebagai seorang wanita.

12. Tahu bagaimana untuk memberi dan mengambil peduli tentang pemikiran dan emosi anda.

Andai lelaki tahu..





Andai lelaki tahu..

Dalam hati seorang perempuan..
Ada naluri untuk disayangi, ada rasa untuk diberi perhatian..
Ada rasa untuk didengar keluh kesahnya..
Ada waktu2 diminta ditemani kesedihannya..

Andai lelaki tahu…
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk..
Marah seorang perempuan perlu didekati..
Sedih seorang perempuan harus didengari..
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi..

Andai nya lelaki tahu..
Disebalik seribu satu rasa itu..
Ada sekeping hati nan lembut..
Bukan untuk dimanjai..
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
Tetapi..hanya perlu sedikit perhatian..
Agar rasa kasih itu wujud walau disaat jauh..