Followers

Tuesday, January 15, 2013

Tanda-tanda awal kehamilan:









1. Terasa mual


- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.


2. Kekerapan membuang air kecil

- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.


3. Terasa Kram

- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.


4. Mengidam

- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.


5. Moody

- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.


6. Bau badan

Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.


7. Pengsan

- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.


8. Sakit punggung

Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.


9. Rasa lelah yang berlebihan

- Rasa lelah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.


10. Sembelit

- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.








credit to penpatah.blogspot.com







Thursday, January 10, 2013

GOLD COAST MORIB

Aceh..tajuk tak leh blah.

Orait, 2 Jan 2013,kami berangkat ke bulan. ala bulan tu dekat je pun.. kami singgah semalaman.
Bulan yang aku maksudkan adalah di GOLD COAST...... bukan GOLD COAST AUSTRALIA tapi GOLD COAST MORIB yek..huhuhuhu.

Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari KL, kalau tak silap aku la. GOLD COAST MORIB nie terletak di BANTING SELANGOR.

Pagi 2 Jan 2013, kami pack barang-barang, dan terus gerak ke Banting.

Nie barang yang kami bawa,


Menuju ke bulan

Actually aku da booking bilik 2 minggu awal sebelum kami berangkat. Nasib la kawan serumah bagi tahu, yang Gold Coast ader bagi voucher untuk bilik STUDIO SUITE with JACUZZI  yang berharga RM664 untuk 1 malam.  Pakej yang dorang bagi adalah 2 tiket untuk taman tema , dinner dan breakfast.



Voucher kami

Yang bestnye, kami dapat 70% diskaun okay dari harga RM664 tu.. korang kire la sendiri brape je yang kitroang kene bayar,, memang berbaloi.

Pakcik sedang berposing.

Bilik yang cantik, bersih dan boleh terus nampak ke toilet dan jacuzzi.. memang terbaik tempatnya. 

Aktiviti kitorang, dari kat umah sampai ke tempat bercuti, nasib la dua-dua hantu game!


Kitorang pergi kejap je kat theme park ., oleh kerana aku tak pandai  berenang, so aku tak berapa berkenan duk lelama.


meh layan gambor bawah nie..



Pakcik (inai masih merah la)

Walaupun hanya singgah 1 malam je kat sini, tapi tempat die memang best, lagi-lagi kalau bawa budak kecik, mesti dorang happy. 



p/s : tengah mencari bulan-bulan yang cantik untuk di singgah!





Wednesday, January 9, 2013

DOA

Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai 





" Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya. "

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.

Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata: 'Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..' tapi berkatalah: 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'. Sesungguhnya perkataan 'Kalau/seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan".



credit : doaharian.blogspot.com


Doa ketika dukacita dan sedih 




Maksudnya:


" Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."


Maksudnya:


" Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang. "



credit : doaharian.blogspot.com








Monday, January 7, 2013

DESIGNER BAJU

Mari kenali designer baju kawen aku.,, aceh.. cam promote beliau plak,. Beliau yang di beri nama Cik Fiza, merangkap girlfwens aku...masih single mingle lagi nie..hehehe..

Cik Fiza

Beliau sebenarnya bukanlah  Tukang Jahit, bahkan bukan pula Fashion Designer,tetapi beliau adalah seorang Graphic Designer yang minat menjahit. Beliau tidak pernah menjahit baju orang lain, dan aku lah customer pertama beliau yang menempah baju nikah dan baju untuk majlis kawen.

Nampak tak., yang aku sedang mengambil risiko yang tinggi, sebab antor baju kat beliau..
Tapi....... aku tahu die boley buat yang terbaik, so aku serahkan bulat-bulat pada beliau. 

Pesan aku.,

 " Ko buat je, asal jadi baju, boley pakai "


Dua bulan selepas dapat tarikh untuk menikah, aku terus menghubungi cik FIZA untuk ajak beliau pergi membeli kain dan manik-manik.

Maka bermula lah sesi jahit-menjahit beliau, sehingga beliau bawa ke tempat keje beliau untuk menjahit baju aku tu..." beb, terharu aku"...

hurmm...... meh tgk hasilnya.. aku share sikit gambor baju untuk majlis kawen.

Cik Zue, Lynie Yusoff, Cik Fiza


Bridesmaids yang cun-melecun  =P






* Sumber gambor dari FB Cik Fiza






untitled







* biar gambar yg berbicara