Followers

Saturday, August 4, 2012

Bahaya Facebook



Dalam statistik terbaru, lebih dari 10 juta rakyat Malaysia telah mempunyai akaun Facebook. Ia berkembang dengan sangat pantas. Namun tanpa kita sedari, ia mempunyai bahaya yang terselindung yang tidak disedari oleh kita disebabkan terlalu asyik dengan FB.

1. Ketagih Facebook
Ini banyak kali kita dengar dimana rumahtangga berantakan disebabkan si isteri atau suami terlalu ketagih dengan facebook. Biasanya terjadi kepada isteri atau surirumah. Mereka terlalu asyik dengan Facebook sehingga mengabaikan keperluan suami dan anak anak. Ia sangat bahaya untuk hubungan kekeluargaan. Sebagai surirumah yang mempunyai akses internet, berpada pada mengunakan Facebook. Jangan mendedahkan rahsia rumah tangga di FB anda.

2. Lubuk Penipuan/ Scammer
Penipu atau scammer mula mengalihkan modus operandi mereka kepada media sosial seperti Facebook untuk mencari mangsa mereka. Mereka akan cuba mengenali anda dan akan cuba menipu secara perlahan lahan. Ia bermula dengan mengambil perhatian dan juga kepercayaan mangsa mereka sebelum menipu.

3. Eksplotasi dan Kecurian Data
Menerusi Facebook, penggunanya boleh membangunkan perisian mereka untuk Facebook. Sesetengah daripada developer ini mengunakan kod sumber yang boleh dieksploitasi oleh pembangun perisian ini untuk mencuri data penting daripada akaun Facebook mangsa. Data penting seperti alamat emel dan password boleh dicuri menerusi malware yang diselitkan menerusi aplikasi FB.

4. Kebocoran Maklumat Peribadi
Jangan sesekali memasukkan maklumat peribadi yang penting seperti nombor kad pengenalan dan maklumat penting dalam profile Facebook. Anda boleh masukkan maklumat asas sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan maklumat anda digunakan untuk tujuan tidak baik. Malah maklumat ini juga boleh digunakan oleh musuh Islam untuk memahami orang Islam..Facebook adalah milik orang Yahudi. Mereka pasti ada agenda yang tersebunyi. Isu ini juga berlaku pada Google kerana data yang diperolehi oleh Google digunakan oleh Amerika Syarikat untuk analisis diatas nama “membanteras keganasan”.

5. Mengurangkan Prestasi Kerja
Bagi mereka yang terlalu asyik berfacebook boleh menyebabkan prestasi kerja seseorang menurun. Lebih banyak masa diluangkan dengan Facebook menyebabkan kerja lain tertangguh. Ini akan menyebabkan prestasi kerja akan menurun.

6. Fitnah Disebabkan Dengan Mudah
Fitnah boleh disebarkan dengan cukup mudah. Dengan fungsi viral yang ada pada Facebook, ia menyebabkan sebarang fitnah boleh disebabkan dan tersebar dengan cukup pantas.

7. Pasangan Curang
Sekarang cerita tentang suami/isteri curang disebabkan semakin menjadi jadi. Masakan tidak dengan Facebook, kita boleh mencari kembali rakan rakan lama dan juga kekasih lama. Lama ke lamaan, cinta kembali berputik dan berakhir dengan kecurangan. Syaitan sentiasa mencari masa yang sesuai untuk mencucuk jarumnya maksiatnya. Malah semakin banyak kes penceraian disebabkan oleh Facebook ini.

8. Perangsang Masalah Sosial Remaja
Facebook juga boleh mendedahkan remaja kepada gejala sosial yang serius. Bermula dengan cinta siber, kemudian ia berubah kepada dunia luar. Maka terjadilah seks diluar perkahwinan dan juga rogol. Ibu bapa perlu mengambil serius tentang perkara ini. Mereka perlu memantau anak anak mereka di internet. Jangan menyangka anak anak hanya bermain internet tetapi tidak tahu menahu mengenai apakah yang mereka lakukan.

9. Buli Siber
Istilah buli siber atau cyber bully ini masih tidak cukup dikenali di Malaysia. Mereka yang suka memberikan gambar mereka sesuka hati di facebook boleh menjadi mangsa buli siber ini. Malah ada yang memberikan gambar bogel mereka kepada kenalan Facebook. Mereka kemudian mengugut untuk mendedahkan gambar tersebut jika tidak melakukan apa yang mereka mahu. Mereka akan terus membuli mangsa sehabis habisnya.

10. Kecurian Identiti
Dengan facebook, kecurian identiti sangat merbahayakan. Ini adalah kerana hacker boleh menyamar sebagai anda dan melakukan jenayah. Sebelum ini ada dikalangan artis dan golongan biasa digodam akaun Facebook mereka. Hacker ini kemudian menghantar mesej kepada rakan rakan anda dan meminta wang yang kononnya anda dalam kesusahan. Ini pernah kepada seorang usahawan internet yang juga penulis buku beberapa tahun lepas.

Inilah antara bahaya facebook yang perlu anda ambil perhatian. Mungkin anda tidak menyedarinya akan bahaya yang menanti ini. Diharap anda sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan dan juga mangsa bahaya facebook ini.

credit to www.shamsuriyadi.com
 

2 comments: