Followers

Tuesday, November 27, 2012

Pengintip ke 500

Yuhuuuuuu .... dah cecah pengintip ke 500. Siapakah blogger yang bertuah itu???

Tadaaa.., 


Blog yang diberi nama LELA SURI DLILA adalah pengintip berdaftar ke 500. Thanks coz sudi follow blog yang tak seberapa nie.

Jom terjah blog beliau beramai-ramai..,

Klik gambor untuk ke Blog beliau

Monday, November 26, 2012

O' ON



Sejak kehilangan BUBU., aku rasa  macam dah tak nak bela kucing lagi., tapi selepas ayah aku bawa balik seekor kucing yang agak comel., aku terus rasa nak bela dia nie. Beliau di beri nama O' ON., bukan Jafaar On malah bukan skali Linda On tau tapi nama beliau O' ON. Sebut betul-betul  O' ON. aceh!



Seekor kucing yang sangat hyperaktif, susah benar nak main ngan die, sebab lincah sangat. Tiap kali nak gurau ngan die mesti die cakar or gigit, kadang-kadang aku rasa nak hempok je die sebab geram sangat.

Tapi yang bestnye tentang O' ON nie, beliau pandai berak dalam toilet, aku cuma sediakan satu bekas tuk beliau membuang ., sangat terbaek, sebab x payah suruh, die pandai pergi toilet sendiri. Pernah satu hari, sedang enak aku di dapur, tetiba si O' ON belari dengan pantasnye dari ruang tamu ke dapur,  rupanye beliau mahu membuang,  cirit birit rupanya.. ahaks kelakar betul time tu.

 Selain makan dan tidur, O' ON nie suka tengok bola,. bila kitorang tengah tengok bola, die pun sibuk gak nak tgk., siap duk seat depan skali.. Adeh, sabor  je la.. nie mesti ikut tuan die suka tengok bola. haih., meh la layan gambor O' ON nie.

O' ON

Sebelum game start, posing la dulu

PERAK vs NEGERI SEMBILAN





TERENGGANU vs KELANTAN







SINGAPURA vs MALAYSIA



Si O' ON dapat bergambor dlm tv je..tuan punya kucing dapat bergambor betul-betul.. ^_^

adiossssss

Friday, November 23, 2012

Segmen Kenal-kenal bersama Aisyah Humaira'





Tentang Lynie Yusoff

Panggilan : Lynie
Panggilan Manja : Niniey
Asal Usul Nama Blog : Lynie Yusoff
Umur : 27 Tahun (31/08/1985) *tapi tetap nampak comey okey walaupun..............! 
Status : (bakal bernikah)
En.Tunang : Mohd Azmi Mohd Akil
Saya Seorang Graphic Designer.

Monday, November 19, 2012

Skyfall by Adele


This is the end
Hold your breath and count to ten
Feel the earth move and then
Hear my heart burst again
For this is the end
I've drowned and dreamt this moment
So overdue, I owe them
Swept away, I'm stolen

Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall
That's sky fall

Skyfall is where we start
A thousand miles and poles apart
Where worlds collide and days are dark
You may have my number, You can take my name
But you'll never have my heart

Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall

(Let the sky fall, When it crumbles, We will stand tall x2)

Where you go I go
What you see I see
I know I'd never be me without the security
Of your loving arms keeping me from harm
Put your hand in my hand and we'll stand

Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall

Let the sky fall 
We will stand tall
At sky fall
Ooooo...

Thursday, November 15, 2012

Our New Place

Pencarian tempat baru untuk kami berdua memang boleh dikatakan agak drama. Hey! bukan senang nak cari rumah di area KL and Selangor ni. Jenuh mencari di Mudah.com. Rate harga mencecah ribu untuk sewa bulanan., oiiiiiiii kla camtu baik terus beli rumah sendiri lagi puas hati.

Kami mengambil keputusan tuk cari sendiri. Yupp misi berjalan seperti di rancang. Target beberapa kawasan perumahan di sekitar KL dan Selangor. Start kereta terus ke tempat yang dituju., mencari iklan-iklan yang ditampal., call beberapa tuan rumah., malangnya semua rumah hanya untuk dijual. Aiyoooo encik.. nape perlu tulis FOR RENT kalau ianya FOR SALE.. buat abis credit orang je.

Sepanjang pencarian rumah yang bakal kami duduki bersama, drama-drama merajuk kerap berlaku.. huhuhu. ye ar mana taknye.. park kereta jauh-jauh, pusing satu flat , satu apartment., satu taman perumahan.. mau tercabut kepala lutut.

So Pakcik buat keputusan yang drastik. " Sok Makcik x yah ikut Pakcik cari rumah! "

"ok fine!" (nada merajuk, tapi suka..hahaha)

Keesokan harinya, beliau pergi keseorangan, dan hasilnya, beliau berjaya! yehaaaaaa tingkat 10! erk. tinggi sangat kot.. terasa cam gayat je. 

Erk! ruang tamu, bilik , dapur, bilik air semua di cat HIJAU!... saya ulangi HIJAU okey. arghhh agak tension di situ.. Sebagai seorang designer, aku rasa agak janggal bile satu rumah di cat HIJAU. rasa otak cam semak, dengan ruang yang x seberapa besar tu,.dengan color camtu.. adoii..

So, aku cadangkan pada Pakcik, kite cat PUTIH je... saya ulangi ye.. PUTIH. hehehe. Pengunaan warna Putih dapat meluaskan ruang yang sempit.,untuk ilusi mata je la kan.

Sangat bersyukur bila permintaan di laksanakan oleh Pakcik. Maka bermulalah sesi mengecat rumah. 

Pakcik tengah mengecat bahagian bilik

Thanks banyak-banyak tuk Akak Lydia dan husband sebab banyak membantu kami, mengecat dan mengemas rumah, Akak Memang TERBAEK!!!

Untuk bahagian bilik., warna untuk first layer adalah putih, dan tuk second layer, pakcik rahsiakan, katanye nak bg surprise, aceh!.

Surprise la sangat, bila beliau datang berjumpa aku dengan suar yang ada terpalit cat berwarna light blue. Hah! kantoi di situ.

Sesi hari keesokkannya adalah SHOPPING barang rumah! heeep heeep horeyyyyyy!



Sempat lagi kami bergambor yek., gambor kat atas nie time di PARADIGM MALL Kelana Jaya, 5 minit dari umah aku!. Untuk perabot umah, IKEA adalah tempat yang sesuai untuk memborong., design perabot yang simple dan mesra alam adalah pilihan hati. aceh!

Pakcik sedang memasang rak TV yang baru aku borong dr IKEA

Set meja makan IKEA, Simple!

Pasu dan rumput dr IKEA. (selitkan warna hijau biar nampak tenang) 

First time jahit langsir sendiri!

First time jahit langsir sendiri, malam minggu haritu ., pukul 11 malam pergi TESCO Shah Alam, dengan cik Fiza, cari kain lansir, punya la exited, balik umah terus jahit langsir., sampai pukul 4 pagi., gile kentang! walaupun senget benget, aku berpuas hati sebab dapat gantung.  erk! thanks to Cik Fiza sebab berjaga teman aku menjahit! anda memang TERBAEK!!!

Layan PS ngan pakcik sambil tunggu orang duk sembur anai-anai

Cermin pun nak warna putih! adeh

Tadaaaaaaaaaa

Pemandangan KL  dari dapur

Alhamdulillah, apa yang dirancang selama setahun nie, telah dimakbulkan, semoga tempat baru nie nanti akan penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan untuk kami berdua. Amin




Thursday, November 8, 2012

Baby Shower & Birthday Party

 Dah lama sebenarnya nak update cite nie, tapi tetap tak ter UPDATE., haih.. memang sangat malas nak berceloteh dalam nie., hilang mood! Aku pun tak tahu la kenapa. hurrmm bila dah datang rajin, baru la nak update cite..huhuhu..

Awal bulan Oktober lepas, aku ngan kengkawan sangat syok duk berPARTY..huarrrggghhhh kenyang perut., senang hati., erk tapi bukan PARTY LIAR EK.. nie party baik-baik punya..huhuhu..


Baby Shower Puan Nisa & Birthday Party Cik Wan

Dua-dua party nie telah diadakan di Teratak Puan Nisa, di Gombak. Perghhh memang sanagat happening dan boleh pening.., sebab makan sampai buncit dan yang paling penting, bergambor sampai nak pecah kamera!..

Makanan untuk berPARTY (bg besar ckit gambar nie, biar korang terliur..huhu)


Biar la gambor-gambor di bawah nie yang berbicara, bertapa seronok dan beronok-ronoknye kami berpesta..weeeeehaaaaaaaaaa!













Adios..


Tuesday, November 6, 2012

TIPS PEMILIHAN BAJU PENGANTIN



Secara umumnya menjadi Raja Sehari atau bernikah adalah impian setiap orang.
Pernikahan adalah saat-saat yang berharga dalam kehidupan manusia. Sudah menjadi lumrah, pada semua pernikahan, calon pengantin selalu mangharapkan yang terbaik untuk meraikan kebahagiaan mereka.
Salah satu perkara yang diambil berat adalah Pemilihan Baju Pengantin.
Ada berbagai cara bagi calon pengantin untuk memilih baju pengantin.
Sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat Perunding Perkahwinan (Wedding Planner), perihal pakaian biasanya sudah ada dalam pakej mereka. Pilih saje.
Ada juga baju yang digunakan merupakan warisan turun-temurun dalam tradisi keluarga.
Baju juga boleh ditempah oleh tukang jahit yang khusus bergantung kepada citarasa calon.
Rekabentuk atau ‘design’ baju pengantin ada bermacam-macam di pasaran. Calon pengantin hanya perlu memikirkan konsep dan tema majlis yang dirancang. Anda boleh memilih konsep tradisional, gaya mewah atau yang moden, semua terserah pada anda.
Sebagai contoh, konsep majlis pernikahan tradisional menjadikan baju kurung modern sebagai pilihan utama. Sementara itu, pada pernikahan berkonsep moden, calon pengantin mungkin lebih suka mengenakan gaun-gaun dengan sentuhan ‘english’.
Sebelum membeli baju pengantin, sebaiknya anda menyesuaikan dengan konsep pernikahan yang dirancang. Berikut ini merupakan beberapa tips bagi anda dalam memilih baju pengantin :

1. Sesuaikan konsep baju dengan konsep majlis pernikahan.
2. Jika anda mahukan ‘design’ baju mengikut citarasa anda sendiri, kenalah cari tukang jahit yang mampu memenuhi permintaan anda.
3. Luangkan masa untuk mendapatkan idea di butik yang menjual baju pengantin dan di majalah-majalah pengantin.
4. Anda juga harus menyesuaikan konsep baju dengan ‘budget’ anda.
5. Anda juga boleh memikirkan baju yang mungkin boleh dipakai bukan hanya pada majlis itu sahaja. Boleh pakai pergi dinner, rumah terbuka hari raya atau menghadiri majlis perkahwinan sahabat handai.

Monday, November 5, 2012

PEMILIHAN WARNA UNTUK TEMA PERKAHWINAN

Pemilihan warna untuk tema di Majlis Perkahwinan adalah sesuatu yang wajib bagi setiap B2B. Jadi bagi memudahkan korang untuk memilih warna combination yang sesuai untuk Majlis korang nanti, aku sediakan  beberapa wedding palettes di bawah. Jom tangok!