Followers

Monday, November 5, 2012

PANDUAN PEMERIKSAAN BAKAL PENGANTIN (HIV TEST)






Panduan Pemeriksaan Saringan HIV Bakal Pengantin

Panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan bagaimana pemeriksaan Saringan HIV ( Rapid Test ) dijalankan ke atas setiap bakal pengantin.

Prosedur Untuk Pemeriksaan Saringan HIV
  1. Bakal Pengantin perlu mendapatkan Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) yang boleh didapati di semua Pejabat Agama Daerah, Negeri Terengganu Darul Iman.
  2. Bayaran dikenakan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00) untuk setiap borang permohonan Pemeriksaan Saringan HIV dan dibayar ketika mendapatkan borang tersebut.
  3. Hanya borang ASAL sahaja diterima.
  4. Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) perlu dilengkapkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan bagi menjalani Ujian Saringan HIV.
  5. Keputusan Ujian Saringan HIV diserahkan kepada bakal pengantin untuk dikemukakan kepada Pegawai Agama Daerah atas sifatnya sebagai Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam di Pejabat Agama Daerah.
  6. Setiap keputusan Ujian Saringan HIV adalah SULIT . Pihak lain yang boleh mengetahui keputusan tersebut adalah terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang menjalankan ujian, Pegawai Agama Daerah, Penolong Pegawai Agama Daerah dan Pegawai Khidmat Nasihat.
Prosedur Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan
  1. Bakal pengantin oleh hadir ke klinik kesihatan pada waktu yang ditetapkan dengan membawa Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV) yang diperolehi dari Pejabat Agama Daerah.
  2. Pendaftaran perlu dibuat ke dalam Buku Daftar Saringan HIV Bakal Pengantin (BP/HIV) oleh anggota kesihatan yang menjalankan ujian.
  3. Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan yang ditugas mengendalikan perkhidmatan ini.
  4. Ujian dijalankan dengan mengambil setitik darah bakal pengantin dan dititiskan ke dalam alat ujian Saringan HIV ( Rapid Test ).
  5. Keputusan ujian akan diperolehi dalam jangkamasa 15 hingga 30 minit.
  6. Jika keputusan ujian saringan adalah "tidak reaktif", ini bermakna bakal pengantin tidak dijangkiti virus HIV atau berada di dalam tempoh " window period ".
  7. Jika keputusan saringan adalah "reaktif", ini bermakna bakal pengantin disyaki dijangkiti virus HIV. Bakal pengantin dinasihatkan menjalani ujian pengesahan HIV (ELISA dan PA).
  8. Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan/Jururawat Kesihatan akan mencatat dan mengesahkan keputusan Ujian Saringan HIV di dalam Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (JHEAT/HIV).
  9. Borang yang mengandungi keputusan ujian dimasukkan ke dalam sampul yang dilakkan dengan lak rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada bakal pengantin untuk dikemukakan kepada Pejabat Agama Daerah.
  10. Keputusan ujian Saringan HIV hanya sah digunakan bagi tiga (3) bulan dari tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment