Followers

Friday, December 16, 2011

Zaman Study

Semalam, aku tak tahu kenape aku duk teringat-ingat time zaman study kat U dolu-dolu, banyak kenangan-kenangan yang aku rasa boley buat aku tergelak sensorang. Syok kan bila time study, hidup ngan kawan-kawan, makan meggie ngan kawan-kawan, tido sebantal ngan kengkawan, bergaduh pun ngan kawan-kawan semuanya ngan kawan-kawan kite kan., so meh la aku citer, kenangan pahit manis aku kat UiTM Machang nie.Tahun 2004 to 2006

Aku rindu giler nak lepak-lepak ngan member baik aku, Juliana (Na). Dari sem 1 sampai sem 6 aku duk sebilik ngan die, susah senang, pahit manis, semua la ngan die. Rindu nak wat keje giler., pergi dining pukul 2 3 pagi, semata-mata nak mintak air, rindu nak panjat bilik, sebab pintu bilik terkunci belah dalam., rindu nak jd peguambela tuk kawan-kawan yang kene tindas., rindu nak lepak-lepak kat food court sambil kacau abg-abg foodcourt. Wah banyak giler kerja-kerja nakal yang kitorang buat berdua., bile ingat-ingat balik, kelakar gak kan.

Time kat sini gak, ader la budak-budak KL cakap aku kerek., erk? tang mana tu? yer la aku nie memang la agak susah sikit nak senyum kat org,so?itu pun salah? aku nie pemalu tahap tenuk skit, memang tak la nak senyum kat orangkan, kecuali orang tu senyum dulu, coz aku tak reti nak start dulu.hurmmm

Time kat UiTM machang nie gak, aku ader 2 org peminat.,huhuhuhu cam x cayer kan., da la time nie serabai gile, tu pun ader orang minat kan, pelik-pelik, orang tu bute ker aper? haih. Peminat aku yang pertama nie, haih bukan main la lagi, beliau nie kerja kat dining tempat kitorang selalu makan, beliau jual burger jer kat situ, orangnyer kecik-kecik jer, putih-putih, aku da x ingat da nama beliau,. beliau nie tiap kali aku order burger jer, mesti dapat lagi 1 free., pelikkan..pelikkan, orang lain siap kene beratur pepanjang lagi nak tunggu burger, aku pergi-pergi jer, baru nak order, burger da siap, wah! suka giler okey aku time tuh., yer la, mana taknyer, orang tengok aku muka bengang, hahahaha. kesian!.

Hah nie plak citer peminat aku yang no 2, yang nie lagi pelik dan sampai skang aku tak faham. Beliau call aku, tanpa memperkenalkan diri and beliau cuma bagi pesanan., begini bunyinyer., "kalau awak nak g mana-mana, sy hantar" erkkkk pelik tul, aku tak kenal pun ko,. Time aku sedang enak berfoya-foya di pekan koboi Machang tu, mesti beliau akan call, dan mengatakan "Jap lagi saya antar awk balik" erkkk pelik lagi aku., macam tau-tau jer kan aktiviti aku., aku ngan member aku aper lagi, try ler nak suh dia antar.,time tu kitorang terlepas naik tengiling kuning UiTM, van yang color kuning tuh, selamat la duit kitorang RM 0.50..huhuhu., wah mamat nie agak boley tahan, kacaknyer, tinggi dah macam ala-ala remy ishak da., tapi time tu remy ishak tak jadi pelakon lagi ehy. Beliau memang seorang yang baik, tugas beliau hanya ambil dan menghantar aku ngan kawan-kawan aku ke pekan machang, dan setiap kali beliau menghantar aku, mesti bertukar-tukar jenis kereta, tokey kete kot? entah., sampai ke harini aku tak tahu nama beliau, sedangkan beliau tahu tentang aku dari A to Z, pelik! Habis jer aku grad dari UiTM Machang tu, terus beliau tak contact aku., semata-mata jd bodyguard ngan driver jer kot., manusia pelik betul!

Hah, macam-macam lagi yang berlaku time study kat UiTM Machang tu, giler rindu nak pergi sana, walaupun jauh dari kemodenan yang ader kat KL nie, tapi duk sana sangat best, tenang jer,.. biar la orang nak cakap duk tempat jin bertendang ke aper., klau korang student UiTM Machang, korang tahu suasana kat sana macam mana., sangat syok okey!

Wednesday, December 14, 2011

W.O.R.D.L.E.S.S W.E.D.N.E.S.D.A.Y :::: 8



*p/s : Masa akan berubah kecuali kita. Perubahan masa akan membuat kita menjadi tua, tetapi kita belum tentu menjadi bijak.Kitalah yang patut berubah!

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu by Hafiz & Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


For > Azmi Akil

With my GurlFwen

Halo, Halo wahai sang pengintip.,
huuuaaaarrgggggghhh penatnyer berjalan sakan hari ni,balik terus update blog nie, hari nie pagi-pagi lagi da dikejutkan oleh member aku, beliau ialah Cik Fiza yang sangat Gorgeous nie... gorgeous ker?..nt korang tengok sendiri okey., Beliau call aku pagi-pagi, tapi x pagi sangat gak la.,da dekat kul 10 pagi, so kitorang set la nak kuar dalam pukul 12 tengah hari.

Lokasi perjumpaan ialah di KL Sentral, beliau drive dari Shah Alam dan bertemu aku di Kl Sentral., manakala lokasi kami lepak plak., tempat biasa la.., kat mana lagikan, kat MID VALLEY la. hah mesti korang da tahukan, kitorang pergi mana,? huhuhuhu mana lagi beb, kalau tak lepak kat Sushi Zanmai kat The Garden tuh., cacing dalam perut da berjoget-joget, da berdongdang dendang bagai da., lapor weh... Cik Fiza kiter palak tengah demam, tapi time berjalan sihat jer kan.,hehehehe.,
orang kat sini punya la ramai giler beratur sampai ke luar, huh... tak tahan., dekat 15 or 20 minit gak la kitorang duk beratur., sanggup nih sushi punya pasal.

Okey la, malas nak cite panjang-panjang, meh layan dua tiga keping gambor kitorang kuar tadi., meh meh.


Ramai kan orangnyer





Layan le entry ni yek

Friday, December 9, 2011

10 tanda pasangan anda mulai curang


Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda!!!!

1) Kurang memberi perhatian terhadap diri anda- Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

2) Menghabiskan masa banyak ditempat kerja- Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

3) Tidak berminat dengan persekitaran dirumah- Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.

4) Bau- Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.

5) Perubahan gaya hidup secara mendadak- Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.

6) Menjawab panggilan telefon secara sembunyi- Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.

7) Melayari internet sehingga tengah malam- Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.

8) Perubahan terhadap hubungan intim- Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.

9) Bil pembayaran yang luar biasa- Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

10) Tidak memakai cincin yang diberikan- Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.

Perhatian, artikel ini hanyalah untuk panduan terhadap anda sahaja. Penilaian yang terbaik adalah daripada gerakhati anda sendiri. Setiap kecurangan pasti akan dapat dikesan dan ia akan terbongkar secara semulajadi.

credit to top5reason.com

Tuesday, December 6, 2011

112 ways to say... I LOVE YOU


English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Frisian - Ik hâld fan dy
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe (Thanks Craig)
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Surinam - Mi lobi joe
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu di
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

Eleven Hints for Life



1. It hurts to love someone and not be loved in return.
But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.

2. A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch swing with, never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conversation you've ever had.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone-but it
takes a lifetime to forget someone.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
even that fades away. Go for someone who makes you
smile because it takes only a smile to make a dark day
seem bright.

7. Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.

8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.

9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.

10. The happiest of people don't necessarily have the best
of everything they just make the most of everything that comes
along their way.

11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when you die,
you're the one smiling and everyone around you is crying.

Sunday, November 27, 2011

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... !




♥ Malas angkat telefon..
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..mcm lar dia YB..!
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati..
♥ Mula menggelakkan diri dari bejumpa..
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Bila dah janji date, tapi lupa nak datang.alasan lapuk diberi.lupa larr.tertido
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'
masa ngorat kita dulu xda pulak timbul hal tu..!
♥ Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak..
♥ Dah jumpa parent pun alasan banyak,nak cakap hal “kahwin” kejap ja dia
tukar topik..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp
sekarang dah terbalik..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas..

p/s * Kalau ader tanda-tanda nie kat pasangan korang., SEPAK jer beliau laju-laju.,okeh., jangan bagi orang tindas kiter!

Monday, November 14, 2011

I need a doctor by Eminem



I Need A Doctor
Eminem



I'm about to lose my mind
You've been gone for so long, I'm running out of time
I need a doctor, call me a doctor
I need a doctor, doctor to bring me back to life

I told the world one day, I would pay it back
Say it on tape and lay it, record it so that one day I could play it back
But I don't even know if I believe it when I'm saying that
Y'all starting to creep in, everyday it's just so gray and black

Hope, I just need a ray of that
'Cause no one see's my vision when I play it for 'em
They just say it's whack, they don't know what dope is
And I don't know if I was awake or asleep when I wrote this
All I know is you came to me when I was at my lowest

You picked me up, breathing life in me, I owe my life to you
but for the life of me, I don't see why you don't see like I do
But it just dawned on me, you lost a son
See this light in you, it's dark
Let me turn on the lights and brighten me and enlighten you

I don't think you realize what you mean to me, not the slightest clue
'Cause me and you were like a crew
I was like your sidekick, you gon' either wanna fight me
When I get off this fucking mic or you gon' hug me
But I'm not an option, there's nothing else I can do 'cause

I'm about to lose my mind
You've been gone for so long, I'm running out of time
I need a doctor, call me a doctor
I need a doctor, doctor to bring me back to life

It hurts when I see you struggle, you come to me with ideas
You say they're just pieces so I'm puzzled
'Cause the shit I hear is crazy but you're either getting lazy
Or you don't believe in you no more
Seems like your own opinion's not one you can form

Can't make a decision, you keep questioning yourself
Second guessing and it's almost like you're begging for my help
Like I'm your leader, you're supposed to fucking be my mentor
I can endure no more, I demand you remember who you are

It was you who believed in me
When everyone was telling you don't sign me
Everyone at the fucking label, let's tell the truth
You risked your career for me, I know it as well as you
Nobody wanted to fuck with the white boy Dre
I'm crying in this booth

You saved my life, now maybe it's my turn to save yours
But I can never repay you, what you did for me is way more
But I ain't giving up faith, and you ain't giving up on me
Get up Dre, I'm dying, I need you, come back for fuck's sake

I'm about to lose my mind
You've been gone for so long, I'm running out of time
I need a doctor, call me a doctor
I need a doctor, doctor to bring me back to life
Bring me back to life, bring me back to life, bring me back to life
I need a doctor, doctor to bring me back to life

It literally feels like a lifetime ago
But I still remember the shit like it was just yesterday though
You walked in, yellow jumpsuit, whole room, cracked jokes
But once you got inside the booth, told you like smoke

Went through friends, some of them I put on
But they just left, they said they was riding to the death
But where the fuck are they now, now that I need them
I don't see none of them, all I see is Slim
Fuck all you fair-weather friends, all I need is him

Fucking backstabbers
When the chips were down, you just laughed at us
Now you 'bout to feel the fucking wrath of aftermath, fagots
You gon' see us in our lab jackets and ask us where the fuck we been?
You can kiss my indecisive ass crack, maggots, and the cracker's ass

Little crackerjack beat, making wack mass
Backwards producers, I'm back bastards
One more CD and then I'm packing up my bags and as I'm leaving
I'll guarantee they scream, Dre don't leave us like that man 'cause

I'm about to lose my mind
You've been gone for so long, I'm running out of time
I need a doctor, call me a doctor
I need a doctor, doctor to bring me back to life

MooD hari nie!



p/s: I'm waiting

Thursday, November 10, 2011

Masak untuk Die...


Halo., Halo.,
Hari nie penuh kerajinan dan semangat membara-bara., balik-balik keje jer.,Kul 8 malam tadi, terus campak beg, tanpa menukar pakaian, buka peti ais, kuarkan bahan-bahan nak masak,. huhuhu.. rajin tul kan., kan., kan. hahahaha., macam buang tabiat plakkan., masuk dapur nak masakkan., yorlah..aku nie jarang ler masaknyer., kalau masak pun., maggie selalu ler.,hehehe.

Hah., Nape tetiba buang tebiat?

Camginie citenyer., tengah hari tadi., dapat ler call dari org tu., yang berbunyi macam gini:

"Makcik., sok Pakcik datang jumpa Makcik k, kiter g amik IC Makcik.., (da baper lama aku x amik, sejak aku kene rampok haritu., haih)

Hah, tu yang aku exited terlebey-lebey tu., coz sok beliau nak datangkan., tu yang nak wat surprise masak tuk beliau.., Haritu time nak balik kampung., masa raya haji tu., aku sempat ler masak tuk beliu., first time masak tuk beliau., and beliau cakap.,

"Cedap la Makcik Masak " (x tahu ikhlas ker tak., haih)

so malam nie kiter test-test masak dulu tuk hari esok..hehehe.meh., meh aku nak tunjuk ape benda yang aku nak masak tuk beliau esok., resepi nie di beri nama DAGING CINTA., wahahahaha... cam aper jer nama resepi nie...hahaha bior la...da masak dengan penuh kasih sayangkan..cewahhh.,

ok., nie bahan-bahan nyer.

Korang tengok sendiri., ape benda yang ader dalam gambor kat bawah nie.,okeh






Hah, pastu., daging tu korang rebus dulu tau, tapi jangan sampai bagi kering air die, coz nanti nak guna lagi., cam dalam gambor nie yek.


Pastu, bawang-bawang tadi korang cincang halus-halus tau., cam ala-ala master chef tu ehy., td jenuh aku duk mencincang bawang-bawang tu.,haih., hah bawang putih tu pun aku cincang, coz nanti pakcik aku tu x nak makan., klau da cincang., terpaksa la beliau telan kan.. biar ketiak die busuk..wahahaha.. hah dah dah melalut., korang tengok jer gambor bawah nie.


Okeh, pastu korang panaskan minyak, tumis lada hitam yg da tumbok tadi, bawang putih, bawang besar, sampai naik bau, pastu korang masukkan lada besor tu.., da rasa ok, korang masukkan sos lada hitam cikit, sos tiram cikit, kicap skit, garam ckit, pastu gaul sampai sekata, pastu korang masukkan la daging ngan air rebusan tadi, gode-gode sampai korang rasa paus hati., aip silap, gode tu kacau ehy.,huhhu kalau rasa da puas gode tuh, korang tutup ler api., siap ler.., senang kan untuk orang yang tak reti masak cam aku nie, hentam saja lah., huhhuhu layan jer la gambor kat bawah nie ehy., adios...






Selamat Mencuba, hentam saja la., ^_^v., tak sabor nak masak untuk beliau.

Monday, November 7, 2011

Main Masak-Masak ehy.....


Halo...halo
Petang-petang nie x tahu nak wat per.,,, aku mencari-cari ler resepi yang boley di masak malam kang.,kan baru lepas raya korban, dah sah-sah ler peti ais kat umah penuh ngan daging lembukan.,.
hah per lagi., sebulan la kan duk makan daging jer.,meh la kite try test masak resepi yang aku share ngan korang kat bawah nie.,semuanyer pasal daging. Meh., meh try..

1) DAGING KICAP SIMPLE

Bahan-bahan

daging 300g
b.merah, b.putih, halia ditumbuk
bawang besar dihiris
Kicap masin
tomato 1 biji

Cara-cara

Daging dibersihkan.
Kalau rase cam liat rebus dulu. Potong daging melawan ira daging dan nipis nipis
Gaul kicap + bahan yang ditumbuk dengan daging tadi
Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris tadi.
(Ikut la berape lama, kalau saye suke sampai bawang layu)
Campakkan le daging yang telah digaulkan tadi. Kalau kering tambahkan air utk kuah. Masakkan hingga lembut.
Masukkan tomato yang dibelah 4.

SIAP
------------------------------------------------------------
2) DAGING GORENG BERSOS

Bahan-bahan

daging- direbus seketul agar empuk elok disediakan awal
cili sos,kicap dan bawang putih

Cara-cara

Daging yang siap direbus dipotong dan digoreng biar nampak hangus sedikit
Bawang putih - ditumis
Masukkan daging yang telah digoreng sekejap tadi bersama cili sos, dan kicap
Kalau suka tambahkan tomato biji,ubi kentang(yg sudah digoreng),dan carrot
Rasalah manis, masin dan perasanya tambahkan sedikit air jika ingin ianya berkuah

SIAP
-------------------------------------------------------------
3) Daging Goreng Berlada Hitam

Bahan-bahan

Daging 500 gram
4 camca besar minyak masak
40 gram perencah maggi
1 labu bawang besar (dihiris)
2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus
1 cawan air
5 batang kacang panjang dipotong 3 cm

Cara-cara

Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet)
Rebus daging dengan secawan air
Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali.
Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar
Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi.
Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
Goreng selama 1 minit. Itu saja! :)

SIAP
-----------------------------------------------------------
4) Singgang daging

Bahan-bahan

200 g daging
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 keping asam keping a.k.a. gelugor
3cm lengkuas (ditumbuk kasar)
3 batang serai sederhana besar (dititik)
500ml air
Garam & gula utk perisa

Cara-cara

Bersihkan daging dan hiris nipis (1cm tebal).
Masukkan semua bahan kecuali garam dan gula. Rebuskan sehingga air menggelegak. Perlahankan api dan reneh untuk seketika lagi.
Masukkan garam dan gula. Kacau seketika. Tutup api dan hidangkan.

SIAP
---------------------------------------------------------------------
5) DAGING APRIL ASMARA

Bahan-bahan

Daging
Kicap tiram, kicap manis, kicap masin
Minyak bijan
Butter, Madu
B.merah, B.putih didadu
Halia dihiris halus
Biskut marie (tp i ganti ngan nestum je)
Capsicum

Cara-cara

Daging diperap dgn kicap tiram, kicap manis dan masin.
Masukkan sekali minyak bijan ngan bawangan yg didadu dibwh daging yg diperap utk mendapatkan aromanye. Kalau boleh perapla 1 jam.
Cairkan butter dlm kuali dan tumis bawang putih. Bile dah naik bau masukkan le daging yg diperap tadi dgn hirisan halia. Masak dan asingkan.
Utk kuah, masukkan biskut yg dihancurkan dgn air ke dlm bekas daging yg digoreng tadi. Masukkan butter dan kacau. Asingkan. (Ayat nih den krg paham)
Selepas itu cairkan butter lagi, masukkan semula daging yg diasingkan tadi, goreng hingga kering dan masukkan capsicum. Bolehla dihidangkan.

SIAP
----------------------------------------------------------------------
Hah camner korang., lapor plak pewut aku nie.., berjoget-joget da cacing dalam pewut nie kan., melihat resepi-resepi yang cam best nie., malam nie nak try masak., huhuhu..
korang pun try gak ehy., adios.

DERHARKA kepada IBU BAPA antara 4 DOSA BESAR



Malam yang sangat bosan., baru jer sampai dari balik bercuti.,
seperti biasa aku akan mengadap PC aku., tapi malam nie aku dok mengadap Lappy yang baru di beli dekat LOW YAT tadi.,huhuhu...sambil-sambil menge'test' lappy baru nie, aku jenjalan la ke blog-blog org., sesambil membaca kisah dorang.

Aku tertarik ngan satu entry yang aku terbaca nie., sesuai la sangat tuk dijadikan panduan hidup kita., meh aku share ngan korang gak.., di persilakan baca kat bawah nie okeh.

SETIAP anak wajib berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi bagi orang Islam yang sangat dituntut untuk berbuat baik terhadap orang tuanya.

Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 36, daripada surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”


Penegasan ini disusuli dengan sabda Rasulullah s.a.w se bagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: “Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara dirinya.”

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka dan perbuatan derhaka adalah dosa besar.

Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan kata-kata nabi yang dinyatakan Bukhari: “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah me nyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

Perintah Islam supaya anak berbuat baik kepada ibu bapa adalah perintah yang wajar. Baru saja tiga bulan hamil, si ibu menghadapi pelbagai keperitan. Badan selalu letih, kepala pening dan selalu loya.

Apabila kandungan semakin besar, hatinya diganggu was-was, khuatir dan penuh persoalan. Apa akan terjadi kepada anak yang bakal dilahirkan? Apakah jantinanya? Apakah sempurna anggotanya?

Tiba detik melahirkannya, perasaan ibu bertambah gelisah. Khuatir keselamatan diri dan anak sentiasa menghantui fikiran. Tetapi segala kerisauan, kebimbangan dan kesakitan terubat sebaik mendengar tangisan bayi yang dilahirkan.

Bermula anak yang sebesar tapak tangan itu, ibu bapa tidak renggang membesarkan anaknya disusuli dengan kasih sa yang tidak berbelah bahagi. Makan, minum, pakaian, pen didikan dan segala keselesaan diberikan, sehinggalah anak yang kecil tadi menjadi seorang kanak-kanak, remaja dan dewasa seganding dengan ibu bapanya.

Jasa ibu bapalah membolehkan si anak mengenal dan mengecap nikmat dunia, malah dapat menggali khazanah dunia serta menerajuinya. Justeru, sudah selayaknya ibu bapa dimuliakan, dibajai dengan kasih sayang sebagaimana mereka mencurahkan kasih kepada anaknya yang kecil dulu.

Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang menerima balasan buruk. Ini sebagaimana dapat difahami daripada hadis yang diceritakan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”

Ada banyak contoh yang menunjukkan pengajaran betapa azabnya derita yang ditanggung derhaka di dunia. Seksa ini datang dalam bentuk penderitaan sakit, baik rohani atau jasmani, sukar mencari nafkah, gagal mendapatkan pekerjaan dan tiada ketenteraman dalam kehidupan.

Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.

Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.


credit to SENJA SELALU CERAH

Tuesday, November 1, 2011

W.O.R.D.L.E.S.S W.E.D.N.E.S.D.A.Y :::: 6

Soalan Terbaeeekkk Yang Boleh Buat Orang Bengang


1)Bila orang nampak anda baring tutup mata....
Soalan: Hyee! Nak tidur ke?
Jawapan: Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti...

2)Imagine anda bawa tv anda yang rosak gi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan: Tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.

3)Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan...

4)Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat bus stop!!!

5)Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!

6)Anda di dalam toilet , pintu berkunci , ada gak orang ketuk pintu dan tanya anda..
Soalan: Ada orang tak?
Jawapan: ( *Suara Kiut* ) Mana ada orang!! Air paip yang bercakap ni!!

Friday, August 19, 2011

"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"



Hye Korang., Jom Join GA nie, aku pun first time nak join nie, lepas di tag oleh Cik Faizah Hafizah, aku pun nak try-try la gak join kan. Jom Korang, mana la tahu dapat duit raya kan.

Meh tengok syarat-syaratnyer.

1. Copy banner di atas dan pastekan daLam entry korang bertajuk
"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"

2. SudikanLah diri korang untuk foLLow bLog Fairus IBrahim.
Dan juga bLog Cikgu FiQrie,sebab dia sponsor duit raya .
KaLau tak foLLow macam mane nak tau news pasaL GA ni ye dak ?

3. Tag 3 kawan korang .

4. Link kan banner tu ke entry GA F.I ni okey .

5. Postkan link korang kat comment eyh .

Hadiah :

1. Kad raya big size + 3D kartun + bunyi2 & Duit raya RM20

2. Kad raya kecik sikit dari size yg no.1 & duit raya RM15

3. Kad raya size sederhana & duit raya RM10

4. 3 orang pemenang saguhati akan menerima kad raya & duit raya RM5



Pemenang akan dipiLih oLeh encik random memandangkan ini bukanLah contest .
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Ogos 2011 .
Kesemua hadiah akan diposkan kepada anda pada 22 Ogos .


so kat sini aku tag gadis-gadis yang sweet kat bawah nie :

1. Cik Piko

2. Cik Azalina

3. Cik Syue


GUD LUCK La Korang ehy


Thursday, August 18, 2011

Nak Kasut Raya yang nie Boley?

hey, korang-korang, da shopping kasut raya tak?
kalau belum meh tengok koleksi-koleksi kasut yang sangat menarik ni.
korang pilih la ye, yang mana satu berkenan di hati tu, hehehe.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kasut untuk si JEJAKA








Ha, camner wahai jejaka semua? ader yang berkenan di hati tak? hehehehe, mari kita tengok pulak koleksi-koleksi kasut tuk si gadis.






Ha, si gadis, ader yang berkenan jugak ker? try la pakai masa raya nanti. sure meletop!

Monday, August 15, 2011

WOW Pesanan Berguna

Malam nie mood ber"blogwalking" sambil menziarah rakan-rakan blogger yang lain, sambil-sambil membaca entry-entry dorang,tetiba terjumpa satu entry yang menarik, mari aku kongsikan untuk bacaan korang bersama.

Entry yang sangat sesuai untuk semua kaum hawa, Siapa Makan Cili Beliau Yang Rasa Pedas ^_^

Sila klik "SINI" untuk membaca entry tersebut.


Sunday, August 14, 2011

Hikmah


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:


1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir


Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Jangan cintai seseorang setinggi langit, karena langit bisa runtuh…Jangan cintai seseorang sedalam lautan, karena lautan bisa surut…Jangan cintai seseorang sebesar dunia, karena dunia bisa hancur. Cukup cintai seseorang seujung kuku, walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh…

CREDIT TO DiariHati.com

Friday, August 12, 2011

Review Sang Pengintip (001)

Halo..halo... wahai semua pengintip yang sweet mueet.... ^_^

Seperti yang dijanjikan petang tadi...aku dengan FREE nyer mahu meng'REVIEW'kan 5 Blog TERPILIH...
Seramai 19 orang Blogger's yang telah meletakkan link korang di wall post aku... Sebelum aku REVIEW BLOG yang TERPILIH tu... meh kite tengok dulu..senarai-senarai mereka yang meletakkan link blog mereka.. meh..meh..

List blog

1. http://azwaniwanie.blogspot.com/
2. http://bloggergel.blogspot.com/
3. http://angelzjourney.blogspot.com/
4. http://qynnhudsoon.blogspot.com/
5. http://einnaffendy.blogspot.com/
6. http://husnaifah.blogspot.com/
7. http://duridurichenta.blogspot.com/
8. http://sitizarizza.blogspot.com/
9. http://mywasabicinta.blogspot.com/
10. http://syuhadaabdrazak.blogspot.com/
11. http://qynnhudsoon.blogspot.com/
12. http://azashafizapunya.blogspot.com/
13. http://azarthegilagila.blogspot.com/
14. http://mesyabizstar.blogspot.com/
15. http://sidahiluas.blogspot.com/
16. http://thecrappingstarts.blogspot.com
17. http://www.ciklilyputih.com/
18. http://www.apisv2.com/
19. http://szainun.blogspot.com/

adeh...ha..ni la blogger-blogger yang tinggalkan link tu...blog korang semua sweet-sweet tau..
tapi aku janji nak pilih 5 je kan...so x per...yang mana pengintip-pengintip aku yang lum FOLLOW dorang-dorang kat atas nie... meh la FOLLOW reramai ehy... ^_^

k.k... tiba masa nyer aku nak review 5 BLOG yang TERPILIH tu... aku pilih berdasarkan.. warna Blog korang..susun atur..and Header... hehehe...meh-meh tengok saper yang bertuah tu... ^_^

5 BLOG TERPILIH

1. http://azwaniwanie.blogspot.com/

Blog beliau nie sweet jer bile First time aku tengok...tersusun rapi..mesti tuan punyer blog nie orangnyer pengemaskan,....kan..hehehehe...kiter suka la blog awak cik Wanie... alamak...tapi
nama awak ni sama cam orang yang dah meruntuhkan KEBAHAGIAAN saya satu ketika dulu...hehehe... adeh lupakan la pasal tu... ok... saya tertarik ngan ayat kat blog awk nie

"Name aku wanie..memang tak sesexy Nora Danish,
cuma adalah sikit-sikit iras Eva Longaria...."

hehehe..pada semua pengintip yang rasa nak kurus..meh la singgah blog beliau nie..ader tips untuk kurus di bulan puasa...^_^

Ehem...ehem...Cik Wanie ngan saper tu yek..hehehe ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2. http://azarthegilagila.blogspot.com/

Azarthegilagila? hehehehe nama blog nie jek aku da tertarik...bila buka blog beliau lagi la menarik...hehehe...aku rasa beliau ni mesti seorang yang gila-gilakan...kan.. ker tak?huhuhu...
korang cuba tengok Header beliau...wah memang aku suka la...ader ciri-ciri designer..tapi aku rasa beliau nie takut lipas...huhuhuhu... Bro aku suka la entry ko yang bertajuk

MAN U TERBAEK!!!!

wah..bley geng la bro...minat MAN U gak upernyer...meh kite tengok gambor owner Blog nie

Memang sah beliau nie gila-gila orangnyer

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3. http://thecrappingstarts.blogspot.com

Nie blog yang ke-3 aku pilih... blog beliau nie comei jek aku tengok...secomei tuan punya blog...Header beliau sangat simple, but look so sweet...try korang tengok..huhuhuhu... adik manis nie baru jer berumur 14 tahun..muda sangatkan...tapi entry beliau masih skit.. x dapat nak komen banyak..hehehehe... tapi memang nice giles la blog beliau...meh ramai-ramai FOLLOW beliau...

Belajor rerajin yek Cik Adik Manis

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4. http://syuhadaabdrazak.blogspot.com/

Wah blog nie...ceria sungguh yer...oleh sebab aku nie pantang tengok warna-warna... so aku pilih la blog beliau nie... memang ceria and sweet,,, Header beliau simple jek...tapi cantik...
Beliau nie rupenyer geng aku gak... hehehehe,,, Awak minat MAN U gak ehy Cik Syuhada... cayalah...Umur beliau nie sebaya dengan adik aku yang akan masuk UUM bulan depan..Tahniah la Cik Syuhada dapat melanjutkan pelajaran ke USM... cayalah... HOPE U BERJAYA la yek.. ^_^ meh layan gambor beliau...suke gile gambor awak nie... hehehe

Suke la gaye camnie...heheheeh ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5. http://www.apisv2.com/

Akhirnyer....sampai la kiter ke Blog yang terakhir...blog beliau nie memang sangat-sangat simple yek...Header beliau pun simple dan comei,,,..blog beliau tersusun rapi...senang la nak tengok...x serabut pale otak aku yang memang tengah serabut nie...huhuhuhu...Blog beliau banyak entry-entry yang berguna tuk korang baca...meh la reramai FOLLOW blog beliau wahai pengintip-pengintip semua...puas aku duk mencari gambor beliau nie...aku x tahu mana satu beliau...kang salah amik...wat malu jek kan.. adeh...huhuhuhu...so aku pilih jer la gambor kat header beliau...meh layan sesama meh...

Comeikan?....mesti se comei tuan punye blog nie..^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maka dengan ini selesai sudah la review aku...maaf la kalau ader tersalah menaip or terkasar ejaan...hehehehehe... adiosssss..... ^_^

Wednesday, August 10, 2011

suker lagu nih...



Di dalam hati selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata
Saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Tuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki ‘tuk selama-lamanya


Monday, August 1, 2011

sape curik beliau...haaaaa??????

geram tul la...sape la yang curik beliau nie ha..
ish...ish....
geram tul aku..

ingatkan biler balik kampung...
leh peluk cium beliau nie.. tapi
tup...tup da kene curik...aiyoooooooo...

aku ngah geram nie...
meh la layan gambor kenangan aku ngan beliau nie...

ish...ish...
sedey wei...






kesian beliau da kene curik..ish... hmmm
harap-harap beliau di jaga dengan baek..
sekian. 

*p/s( x dek mood nak wat entry )