Followers

Friday, December 16, 2011

Zaman Study

Semalam, aku tak tahu kenape aku duk teringat-ingat time zaman study kat U dolu-dolu, banyak kenangan-kenangan yang aku rasa boley buat aku tergelak sensorang. Syok kan bila time study, hidup ngan kawan-kawan, makan meggie ngan kawan-kawan, tido sebantal ngan kengkawan, bergaduh pun ngan kawan-kawan semuanya ngan kawan-kawan kite kan., so meh la aku citer, kenangan pahit manis aku kat UiTM Machang nie.Tahun 2004 to 2006

Aku rindu giler nak lepak-lepak ngan member baik aku, Juliana (Na). Dari sem 1 sampai sem 6 aku duk sebilik ngan die, susah senang, pahit manis, semua la ngan die. Rindu nak wat keje giler., pergi dining pukul 2 3 pagi, semata-mata nak mintak air, rindu nak panjat bilik, sebab pintu bilik terkunci belah dalam., rindu nak jd peguambela tuk kawan-kawan yang kene tindas., rindu nak lepak-lepak kat food court sambil kacau abg-abg foodcourt. Wah banyak giler kerja-kerja nakal yang kitorang buat berdua., bile ingat-ingat balik, kelakar gak kan.

Time kat sini gak, ader la budak-budak KL cakap aku kerek., erk? tang mana tu? yer la aku nie memang la agak susah sikit nak senyum kat org,so?itu pun salah? aku nie pemalu tahap tenuk skit, memang tak la nak senyum kat orangkan, kecuali orang tu senyum dulu, coz aku tak reti nak start dulu.hurmmm

Time kat UiTM machang nie gak, aku ader 2 org peminat.,huhuhuhu cam x cayer kan., da la time nie serabai gile, tu pun ader orang minat kan, pelik-pelik, orang tu bute ker aper? haih. Peminat aku yang pertama nie, haih bukan main la lagi, beliau nie kerja kat dining tempat kitorang selalu makan, beliau jual burger jer kat situ, orangnyer kecik-kecik jer, putih-putih, aku da x ingat da nama beliau,. beliau nie tiap kali aku order burger jer, mesti dapat lagi 1 free., pelikkan..pelikkan, orang lain siap kene beratur pepanjang lagi nak tunggu burger, aku pergi-pergi jer, baru nak order, burger da siap, wah! suka giler okey aku time tuh., yer la, mana taknyer, orang tengok aku muka bengang, hahahaha. kesian!.

Hah nie plak citer peminat aku yang no 2, yang nie lagi pelik dan sampai skang aku tak faham. Beliau call aku, tanpa memperkenalkan diri and beliau cuma bagi pesanan., begini bunyinyer., "kalau awak nak g mana-mana, sy hantar" erkkkk pelik tul, aku tak kenal pun ko,. Time aku sedang enak berfoya-foya di pekan koboi Machang tu, mesti beliau akan call, dan mengatakan "Jap lagi saya antar awk balik" erkkk pelik lagi aku., macam tau-tau jer kan aktiviti aku., aku ngan member aku aper lagi, try ler nak suh dia antar.,time tu kitorang terlepas naik tengiling kuning UiTM, van yang color kuning tuh, selamat la duit kitorang RM 0.50..huhuhu., wah mamat nie agak boley tahan, kacaknyer, tinggi dah macam ala-ala remy ishak da., tapi time tu remy ishak tak jadi pelakon lagi ehy. Beliau memang seorang yang baik, tugas beliau hanya ambil dan menghantar aku ngan kawan-kawan aku ke pekan machang, dan setiap kali beliau menghantar aku, mesti bertukar-tukar jenis kereta, tokey kete kot? entah., sampai ke harini aku tak tahu nama beliau, sedangkan beliau tahu tentang aku dari A to Z, pelik! Habis jer aku grad dari UiTM Machang tu, terus beliau tak contact aku., semata-mata jd bodyguard ngan driver jer kot., manusia pelik betul!

Hah, macam-macam lagi yang berlaku time study kat UiTM Machang tu, giler rindu nak pergi sana, walaupun jauh dari kemodenan yang ader kat KL nie, tapi duk sana sangat best, tenang jer,.. biar la orang nak cakap duk tempat jin bertendang ke aper., klau korang student UiTM Machang, korang tahu suasana kat sana macam mana., sangat syok okey!

No comments:

Post a Comment