Followers

Thursday, July 11, 2019

Pengalaman melahirkan bayi pramatang (Emergency Czer). Part1





Entry kali ni., aku nak cerita sikit pengalaman aku melahirkan bayi pramatang. Anak sulung aku nie dilahirkan dengan pembedahan kecemasan (emergency czer). Masa tu aku ingat lagi hari isnin., aku ada checkup bulanan seperti biasa. Kandungan aku masa tu baru 34 minggu 5 hari. Memang lambat lagi nak sampai tarikh due.

Sebelum tarikh checkup tu aku memang dah rasa lain dah, baby dalam perut ni asyik mengeras je.. dua minggu sebelum tu dah mengadu dekat doktor kkm tapi doktor yang check aku tu cakap., biasa je tu... hurmm. 

Isnin, 8 jun 
Laki aku teman pergi checkup, pagi-pagi dah menapak ke PPUM. Dekat sini memang kene datang awal, kalau nak balik cepat. Hurmm harini aku mengadu lagi dekat doctor., baby selalu mengeras, dalam 10 minit sekali dia mengeras., tapi aku tak rasa sakit pun., masa aku bagi tahu doctor tu memang aku senyum-senyum., sebab memang aku tak rasa sakit pun., doctor tu pulak bagi tahu, kalau nak beranak tak dek nya aku sempat senyum-senyum. 

Dia suruh aku buat ctg, untuk tengok keaadaan baby., aku rasa ada la dalam sejam jugak kena buat mende alah tu., sakit pinggang kene duk mengereng, tak boleh gerak-gerak. Selesai buat ctg., kene tunggu doctor review pulak graf ctg tu.

Hati aku dah berdebar-debar dah time tu, harap-harap tak ada masalah la. Bila doctor panggil masuk bilik je, terus dia bg tahu aku kene rehat dekat wad dulu hari nie., perasaan aku time tu happy je., sebab doctor cakap rehat dekat wad., so maksudnya aku boleh cuti la., tak payah pergi kerja.. hahahaha., lagi pun ni la baru 1st time aku nak check in hospital., seumur hidup tak pernah masuk hospital., ahaks!

Selesai urusan check in dekat kaunter., aku kene duk wheelchair untuk naik ke wad., walaupun masa tu., aku sihat je boleh berlari lagi.,, hahaha.,, aku ikutkan je la.. arahan diorang. Laki aku la gigih tolak sampai ke wad.

Laki aku hanya boleh hantar sampai dekat kaunter depan wad tu je.. nurse pun tunjuk la bilik aku., lawo biliknya.. semua pink., 1bilik ada 4katil., tapi yang menjadi musykil., tak ade orang pun kad wad tu., aku sorang je. Hurmm pelik ni! Nurse datang bagi baju., dia suruh aku tukar dan baring atas katil., nanti akan ada doctor yang datang check aku., sebelum dia pergi., aku sempat tanya pada dia., wad apa ni? Kenapa tak ade orang? Dia cakap dekat sini untuk kandungan yang high risk. Erk! Pastu dia blah., hurmm,,


Nampak tak., aku siap boleh buat peace lagi.. memang tak rasa apa pun time nie.

Tetiba datang la sekumpulan doctor., ada la dekat 4 or 5 orang macam tu., datang check aku., check jalan la., macam kelam kabut., mintak mesin scan.,  weh aku tak rasa sakit apa pun ni., time tu aku macam konfius., apa dorang nak buat ni.. huhuhu., diorang scan perut aku cakap baby sonsang, kepala kat atas, kaki kat bawah., jalan dah buka, baby kat dalam stress, ade tanda-tanda nak keluar., diorang bagi tahu aku kene buat pembedahan segera., banyak kali aku cakap kat doctor tu, “tapi saya tak rasa sakit pun” ! Kene bedah jugak ke., aku rasa sengal juga aku time tu.,, ye la mana la tau macam mana rasa sakit nak beranak.. hehehe., 

Diorang cucuk kat aku ubat matangkan paru-paru baby, sepatutnya kene cucuk dua kali., tapi dalam kes aku ni sempat cucuk sekali je., terus kene bawa masuk bilik bedah., dalam pukul 5 petang camtu rasanya aku masuk bilik bedah. Sejuk betul dalam tu.. terketar-ketar aku.

Naik katil dalam bilik bedah tu, diorang suruh aku duduk tepi katil dan peluk bantal., sebab nak cucuk ubat bius dekat belakang.. aduh! Time ni la aku rasa paling sakit., tak sampai beberapa minit, terus aku tak rasa kaki aku., dari pinggang ke ke kaki memang dah tak rasa apa dah., aku cuma rasa orang duk godek-godek perut aku.. tapi tak sakit pun.. dalam tu sunyi je., lepas beberapa minit, baru aku dengar bunyi baby menangis., aku dengar nurse bagi salam terus sayu je bunyi., aku tak tahu diorang bawa kemana, diorang tak tunjuk pun baby pada aku., masa tu aku sedar, mungkin baby aku tak stabil.


Sumber gambar : google.com 

Lama jugak aku duk dalam bilik bedah tu, sebab suhu badan aku tak stabil, aku rasa sejuk gila., terketar-ketar aku., diorang selimutkan pun aku terketar-ketar lagi, sampai kene tambah pakai dua selimut baru la ok., bila dah stabil, diorang tolak ke wad. Hah! Dalam wad ni 1bilik 4 katil., ada 3 orang dalam bilik aku tu, diorang semua dengan baby masing-masing., aku sorang je yang tak ada baby, memang aku tido je la.,. Kesian pulak tengok diorang, perut bebelah kene jaga baby dekat sebelah.,hurmm,

Malam tu, laki aku datang hantarkan barang, dia cakap dah tengok baby, tapi dia tak bagi tahu pun keadaan baby macam mana, dia cuma cakap baby comei, baby ok.., baby kene masuk nicu, sebab paru-paru dia belum matang. 


Baby dalam nicu, curi-curi ambik gambor untuk kenangan.

Weh! korang, nanti aku sambung tentang keadaan baby di entri baru.., panjang sangat dah ni.,ahaks!

Ok. Cau! Adios!

-LynieYusoff-

2 comments: