Followers

Tuesday, July 16, 2019

Pengalaman melahirkan bayi pramatang (Emergency Czer). Part2

sambungan dari kisah Pengalaman melahirkan bayi pramatang (Emergency Czer). Part1


Suasana dalam NICU., Sunyi Sepi.

Hari pertama selepas pembedahan, memang terbaring je dekat katil, Hari kedua, pagi-pagi lagi nurse dah kejut, suruh bangun mandi dan buang apa yang patut, ahaks!
Punya la seksa nak bangun masa tu, aku rasa macam nak tercabut pinggang, bapak punya sakit nak turun katil!. 

Tapi aku gagahkan juga la turun katil untuk pergi ke toilet, jalan "slow-slow" sambil pegang perut. Seksa juga bersalin ikut tingkap ni ek!.  Selesai urusan di tandas, nurse tak bagi naik katil, dia suruh duduk dekat kerusi dan suruh aku jalan-jalan bagi peredaran darah aku lancar. Ikut sajo lah!., sambil-sambil nak menunggu laki aku datang waktu melawat tu.

Laki aku dah sampai awal, tapi dia pergi tengok baby dekat NICU dulu, dah sampai waktu melawat baru dia datang tengok aku. Pagi tadi doctor dah pesan, kalau aku larat boleh la pergi tengok baby dekat NICU.

Keadaan baby masa 1st time aku tengok.

Gambor kat atas ni, 1st time aku tengok baby, adoi sedeh! wayar beselirat, dalam gambor nampak macam besar, tapi halus je. Pampers yg dia pakai tu new born, besar jugak dengan dia. Aku tengok sekejap je, pastu naik wad balik. 

Hari ketiga, nurse dah suruh aku tukar bilik, duduk bilik sorang-sorang, sebab diorang tak cukup katil., sebelum ni aku duk bilik berempat, di sebabkan aku tak ada baby, diorang hantar la aku kat single room. Bilik ni best juga, sebab bilik air pun tak kongsi, ada la privasi sikit. Tapi yang tak bestnya, baru je nak syok-syok dapat privasi, doctor datang, cakap dah boleh balik.. Haha., baru je nak merasa dapat bilik sorang,.

Maka bermula la episod berpantang tanpa baby di sisi, dan kene ulang alik ke NICU. Aku rasa macam tak pantang, sebab hari-hari keluar rumah., tapi nasib baik la tak lama sangat.

Hari keempat, oksigen baby dah cabut., dia dah boleh bernafas sendiri dah., dah pindah bilik ke tempat yang lebih stabil tapi masih dalam NICU lagi. Suasana dalam NICU tu sunyi je., baby semua kecik-kecik je, ada yang dah berbulan-bulan dah duduk dalam tu.


Dia tengah syok tido dalam katil kaca dia.


Hari kelima, baru aku dapat pegang baby, masa tu nak pegang pun kekok, dah la baby pertama, pra matang pulak tu, tak pandai aku nak pegang.


 Masa 1st time dapat pegang baby


Hari keenam, baby dah boleh pindah ke wad biasa, so aku pun ikut sekali la chek in hospital, sebab nak jaga baby. Dekat wad biasa ni, doctor akan pantau berat baby. Bila berat baby dah mencapai 1.9kg baru la boleh balik rumah.

Opsss lupa pulak.., masa dia lahir haritu berat dia 1.8kg, dan berat badan dia turun 1.6kg masa dalam NICU.

Alhamdulillah, baby cuma ambik masa 3 hari dalam wad biasa untuk naikkan berat badan dia 1.9kg.
3 hari aku dalam wad tu, gila punya stress., memang macam tak pantang lansung la., dengan tak cukup tidonya, tak selesanya., adoii sabor je la.

Aku banyak google pasal baby pra matang ni., banyak tips yang kita boleh dapat, dari segi penjagaan baby pra matang. Aku ada jumpa satu group dekat facebook BABY PREMATURE MALAYSIA - NICU  . Dalam group nie, banyak ilmu yang kita boleh dapat dari pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang ada anak pramatang., serta banyak info yang berguna.


 Masa room in dekat wad kanak-kanak.


Dah sampai rumah. Muka saya berubah-ubah, kejap putih, kejap gelap.


Pengalaman melahirkan bayi secara "emergency czer" memang pengalaman yang tak dapat dilupakan, sebab berlaku secara pantas, tak rasa sakit, tau-tau  baby dah keluar. Pengalaman ada anak pramatang pun pengalaman yang manis bagi aku. Lepas baby boleh balik rumah, maka berderet la tarikh checkupnya. Checkup mata, telinga, pakar kanak-kanak, dan kkm.

Alhamdullilah checkup telinga sampai umur 1 tahun, checkup dengan  kkm sampai umur 2 tahun, checkup dengan pakar kanak-kanak sampai umur 3 tahun, dan checkup mata masih diteruskan sampai sekarang 2019.

Bagi korang yang sedang mengalami pengalaman macam aku ni,  jangan stress-stress, ikut je nasihat doctor, kalau anak masih dalam NICU. ok!

Belanja gambar baby besar ni., dah 4 tahun dah., mulut pot pet tak berhenti.


Kakak Ya

 Kakak Ya


Ok. Cau! Adios!

-LynieYusoff-















No comments:

Post a Comment