Followers

Thursday, July 18, 2019

Bunyi orang susun perabot.., Seramnya!

Sumber gambar : google.com 


Pagi ni aku ade tertengok “IG Story” puan Piko pasal bunyi orang susun perabot dan bunyi guli jatuh,.Rumah aku pun ade juga kadang-kadang terdengar. Ramai orang cakap kalau dengar bunyi macam tu, mesti di kaitkan dengan mahluk halus dan gangguan jin. Hurmm.

Tapi bila dah selalu dengar bunyi macam tu, dah rasa biasa dah.

Macam aku ni, laki selalu kerja malam,  tinggal la kami bertiga. Setiap kali dia kerja malam, mesti aku tak boleh tido. Bila mata tak boleh lelap, maka bermulalah sesi mengemas di pagi buta., biasanya pukul 2 hingga  4 pagi tu la time aku duk mengemas rumah. Susun balik perabot, alih perabot posisi lain, haha..

Aku syak rumah bawah aku mesti fikir jin tengah susun perabot.! Hikhikhik..

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…

Salam Jumaat

Ok. Cau! Adios!


-LynieYusoff-

No comments:

Post a Comment