Followers

Thursday, November 21, 2013

Syahid yang Tertangguh


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sumber: melvister.com 




Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 
29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi.)


Rakaman Perbualan Terakhir Ahmad Ammar Dengan Kakaknya


Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akandikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil





“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H 



No comments:

Post a Comment