Dalam statistik terbaru, lebih dari 10 juta rakyat Malaysia telah
mempunyai akaun Facebook. Ia berkembang dengan sangat pantas. Namun
tanpa kita sedari, ia mempunyai bahaya yang terselindung yang tidak
disedari oleh kita disebabkan terlalu asyik dengan FB.
1. Ketagih Facebook
Ini
banyak kali kita dengar dimana rumahtangga berantakan disebabkan si
isteri atau suami terlalu ketagih dengan facebook. Biasanya terjadi
kepada isteri atau surirumah. Mereka terlalu asyik dengan Facebook
sehingga mengabaikan keperluan suami dan anak anak. Ia sangat bahaya
untuk hubungan kekeluargaan. Sebagai surirumah yang mempunyai akses
internet, berpada pada mengunakan Facebook. Jangan mendedahkan rahsia
rumah tangga di FB anda.
2. Lubuk Penipuan/ Scammer
Penipu
atau scammer mula mengalihkan modus operandi mereka kepada media
sosial seperti Facebook untuk mencari mangsa mereka. Mereka akan cuba
mengenali anda dan akan cuba menipu secara perlahan lahan. Ia bermula
dengan mengambil perhatian dan juga kepercayaan mangsa mereka sebelum
menipu.
3. Eksplotasi dan Kecurian Data
Menerusi
Facebook, penggunanya boleh membangunkan perisian mereka untuk
Facebook. Sesetengah daripada developer ini mengunakan kod sumber yang
boleh dieksploitasi oleh pembangun perisian ini untuk mencuri data
penting daripada akaun Facebook mangsa. Data penting seperti alamat emel
dan password boleh dicuri menerusi malware yang diselitkan menerusi
aplikasi FB.
4. Kebocoran Maklumat Peribadi
Jangan
sesekali memasukkan maklumat peribadi yang penting seperti nombor kad
pengenalan dan maklumat penting dalam profile Facebook. Anda boleh
masukkan maklumat asas sahaja. Ia adalah untuk mengelakkan maklumat
anda digunakan untuk tujuan tidak baik. Malah maklumat ini juga boleh
digunakan oleh musuh Islam untuk memahami orang Islam..Facebook adalah
milik orang Yahudi. Mereka pasti ada agenda yang tersebunyi. Isu ini
juga berlaku pada Google kerana data yang diperolehi oleh Google
digunakan oleh Amerika Syarikat untuk analisis diatas nama “membanteras
keganasan”.
5. Mengurangkan Prestasi Kerja
Bagi
mereka yang terlalu asyik berfacebook boleh menyebabkan prestasi kerja
seseorang menurun. Lebih banyak masa diluangkan dengan Facebook
menyebabkan kerja lain tertangguh. Ini akan menyebabkan prestasi kerja
akan menurun.
6. Fitnah Disebabkan Dengan Mudah
Fitnah
boleh disebarkan dengan cukup mudah. Dengan fungsi viral yang ada pada
Facebook, ia menyebabkan sebarang fitnah boleh disebabkan dan tersebar
dengan cukup pantas.
7. Pasangan Curang
Sekarang
cerita tentang suami/isteri curang disebabkan semakin menjadi jadi.
Masakan tidak dengan Facebook, kita boleh mencari kembali rakan rakan
lama dan juga kekasih lama. Lama ke lamaan, cinta kembali berputik dan
berakhir dengan kecurangan. Syaitan sentiasa mencari masa yang sesuai
untuk mencucuk jarumnya maksiatnya. Malah semakin banyak kes penceraian
disebabkan oleh Facebook ini.
8. Perangsang Masalah Sosial Remaja
Facebook
juga boleh mendedahkan remaja kepada gejala sosial yang serius.
Bermula dengan cinta siber, kemudian ia berubah kepada dunia luar. Maka
terjadilah seks diluar perkahwinan dan juga rogol. Ibu bapa perlu
mengambil serius tentang perkara ini. Mereka perlu memantau anak anak
mereka di internet. Jangan menyangka anak anak hanya bermain internet
tetapi tidak tahu menahu mengenai apakah yang mereka lakukan.
9. Buli Siber
Istilah
buli siber atau cyber bully ini masih tidak cukup dikenali di
Malaysia. Mereka yang suka memberikan gambar mereka sesuka hati di
facebook boleh menjadi mangsa buli siber ini. Malah ada yang memberikan
gambar bogel mereka kepada kenalan Facebook. Mereka kemudian mengugut
untuk mendedahkan gambar tersebut jika tidak melakukan apa yang mereka
mahu. Mereka akan terus membuli mangsa sehabis habisnya.
10. Kecurian Identiti
Dengan
facebook, kecurian identiti sangat merbahayakan. Ini adalah kerana
hacker boleh menyamar sebagai anda dan melakukan jenayah. Sebelum ini
ada dikalangan artis dan golongan biasa digodam akaun Facebook mereka.
Hacker ini kemudian menghantar mesej kepada rakan rakan anda dan
meminta wang yang kononnya anda dalam kesusahan. Ini pernah kepada
seorang usahawan internet yang juga penulis buku beberapa tahun lepas.
Inilah
antara bahaya facebook yang perlu anda ambil perhatian. Mungkin anda
tidak menyedarinya akan bahaya yang menanti ini. Diharap anda sentiasa
berwaspada agar tidak
menjadi mangsa penipuan dan juga mangsa bahaya facebook ini.
credit to www.shamsuriyadi.com