Followers

Tuesday, July 24, 2012

Senja di Janda Baik

Aku punya satu cerita yang mahu di kongsi. Jam di lapppy nie menunjukkan pukul 3.09 a.m dan entry yang aku tulis nie bertarikh 24 July 2012 hari Selasa. Pagi-pagi buta macam nie, mata aku memang tak dapat nak lelap., seperti yang aku telah jelas kan di entry hati tolong la tenang . Jadi aku putuskan untuk mengeluarkan satu entry, yang sudah lama aku pendam-pendamkan. Tapi oleh sebab aku nie pemalas nak update blog, cerita nie sudah menjadi perkasam.., erk. sedap tuh.

Oleh sebab pagi  nie, kebosanan tahap melampau, aku akan keluarkan cerita nie. Mari hayati cerita ini bersama-sama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* Sekadar gambar hiasan *

Kisahnya bermula disini., tahun lepas iaitu 2011, aku selalu berulang alik dari Gombak ke Janda Baik  Pahang(JB), Perjalanan yang mengambil masa lebey kurang 30- 40 minit. Kebiasaannye laluan yang akan aku ambil untuk sampai ke JB adalah melalui jalan lama dr Genting Sempah. Siapa yang biasa jalan ni, akan tahu macam mana keadaannye. jalan yang penuh berliku-liku dan agak menyeramkan, biarpun pada waktu siang.

Waktu-waktu yang pernah aku lalu jalan nie, biasanya pada waktu siang, dan kerap jugak pada waktu malam, angaran masa 8mlm dan pernah jugak dlm 12mlm. 

Selepas menghantar pakcik, aku akan mengambil jalan pintas, mengikut jalan lama JB ke Genting sempah nie. Berpuluh kali pakcik pesan, jangan ikut jalan lama tu, tapi sebab kedegilan aku nie, aku still je ikut jalan tu., nak takut apekan., lagi pun cepat sikit sampai, walau pun jalan tu jarang orang lalu pada waktu malam. Ada satu lagi jalan iaitu melalui Bukit Tinggi dan keluar terus ke highway. Bagi aku jalan tu macam leceh skit, sebab agak jauh dan melambatkan aku. 

Tapi.......

Semuanya berubah,...Selesai urusan di KL, aku menghantar pakcik ke JB, lebey kurang pukul 6 lebey sampai di JB. Waktu senja yang menyamankan di JB. Drive sensorang mengikut haluan yang selalu aku pilih, Jalan Lama, JB > Genting Sempah. Haritu, tak de sebijik kete pun yang lalu., hanya aku.

Ye, hanya aku yang melalui jalan lama tu, dengan hati girang sambil memandu, sambil mendengar lagu di corong radio, dan tingkap kereta kiri dan kanan terbuka luas, sambil menghirup angin senja yang nyaman, bibir terkebil-kebil menyanyikan bait-bait lagu., sehingga sampai di selekoh yang punya satu tokong kecil berwarna merah, yang betul-betul berada  di tepi selekoh , hati mula berdebar kencang, seperti ada sesuatu yang sedang melirik panjang ke arah aku. 

Ye., tepat tekaan aku, ada sekujur tubuh yang berada di tepi selekoh, betul-betul di sebelah tepi tingkap aku memandu. Sekujur tubuh berdiri kaku, berwarna putih dan berambut panjang mengurai. Jantung berdegup kencang seperti mahu memecut laju.

Aku cepat-cepat naikkan tingkap kereta kiri dan kanan., belum sempat tingkap kereta di naikkan,,,......


dddddddddddddeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmm

bunyi sesuatu jatuh di atas bumbung kereta, bunyi yang agak kuat, yang mengejutkan aku., aku pandang di cermin pandang belakang, mungkin ranting kayu yang jatuh, oleh sebab itu adalah kawasan hutan, tapi ternyata tekaan aku meleset, tiada apa pun yang jatuh bergolek., hati semakin kencang, gelisah, bercampur-baur., air mata hampir menitis., aku cepat capai hp dan call pakcik. Pakcik pesan jangan berhenti kereta kat kawasan tu terus drive sampai ke Petronas Genting Sempah,. belum sempat aku nak cakap........

tetiba......

ada satu entiti berbentuk bulat yang jatuh bergolek dari atas bukit betul-betul di hadapan kereta aku., tak de apa yang boleh aku pikirkan lagi masa tu., pecut se laju mungkin,  sehingga ke Gombak. Haritu adalah hari terakhir aku menggunakan jalan lama tersebut., dan pengalaman nie akan terus kekal dalam ingatan aku.

Kata Pakcik, aku adalah antara orang yang bertuah sebab dapat jumpa ................. 



Mungkin beliau mahu bergurau haritu,, tahniah!!!! anda berjaya!





6 comments:

  1. Kiut je hantu tu ;p

    http://twinsresourcesmgt.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. haha.. nasib dah lepas tempat tu baru akak cerita.. kalau tak mahu duduk tengah2..:D

    ReplyDelete
  3. hehehehe..kan...nasib dah cite kat adik ikah... memang x nak lalu dah kla sorang2 jln tuh... seram..

    ReplyDelete
  4. Kampung jnda baik memang bnyk kisah yg seram tapi jngn layan sangat just buat bodo je kalau jumpa sebab benda tu suka kacau org yg takut dekat mereka

    ReplyDelete
  5. Kampung jnda baik memang bnyk kisah yg seram tapi jngn layan sangat just buat bodo je kalau jumpa sebab benda tu suka kacau org yg takut dekat mereka

    ReplyDelete