Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Thursday, November 21, 2013

Syahid yang Tertangguh


Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sumber: melvister.com 




Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 
29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. ─░nnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi.)


Rakaman Perbualan Terakhir Ahmad Ammar Dengan Kakaknya


Terasa gelap pandangan seketika, apabila menerima berita yang sangat menyedihkan. Adinda kami, Ahmad Ammar Ahmad Azam, pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul, telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.

Beliau merupakan pelajar sangat cemerlang SPM di RMC, namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.

Seorang anak yang terbaik kepada kedua ibu bapanya, seorang sahabat yang terbaik kepada kami semua, dan seorang anak muda yang penuh iman di dadanya dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai cita-citanya, bagi berbakti kepada umat.

Semasa di Istanbul, saya meluangkan masa berbincang dengan beliau dan sahabat-sahabatnya yang menuntut di sana, tentang banyak persoalan, terutamanya keprihatinan beliau tentang program pengajian Sejarahnya yang ketiadaan elemen 'Ilahiyat' untuk membentuk pandangan hidup Muslim. Ia penting kerana Ammar bukan hanya mahu menjadi sejarawan, tetapi sejarawan yang jati diri dan dasar intelektualnya adalah ISLAM.

Terlalu banyak persoalan berbangkit. Tidak sempat dibual sepenuhnya. Bersambung sedikit di Ankara. Kemudian berjanji untuk menyambung diskusi di rumah saya apabila beliau dan rakan-rakan pulang bercuti ke tanah air musim panas baru-baru ini. Namun jadualnya penuh. Saya pun begitu juga. Kami tidak sempat berjumpa. Buku-buku yang saya siapkan untuk bekalannya juga tidak sempat saya serahkan.

Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita semua. Jenazahnya Insha Allah akandikebumikan di Eyup, pinggiran Constantinople yang penuh sejarah dan barakah itu. Saya menunggu peluang seterusnya untuk ke Istanbul, menziarahi pusara al-Syahid, dan mengambil azimat untuk menyambung perjuangan.

Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.

Impian Ammar, adalah realiti kita.


-Ustaz Hasrizal Abdul Jamil





“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
 – Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H 



Saman Tetap Saman !!!

Susulan kekecohan yang berlaku di Villa Nabila,  yang pernah aku kongsikan bebarapa hari lalu di entry  MISTERI VILLA NABILA . Satu Malaysia kecoh pasal kisah nie. Haih ... Rupa-rupanya budak yang hilang tu di sorok oleh makwenya. Satu Malaysia kene Troll.. aiyo..yo.. apa jadahnya semua nie..  Kesian hantu Nabila kene fitnah.. adeh!



p/s : buang masa aku je amik tahu!

Sunday, November 17, 2013

Misteri Villa Nabila



Hari nie, buka fb, kecoh pasal budak hilang dekat Villa Nabila nie, menurut sumber, budak-budak nie masuk ke kawasan Villa Nabila seramai 30 orang, dan yang berjaya keluar hanya 7 orang. hurmmm pelik..
dan ade sumber yang mengatakan  dilaporkan hanya seorang yang hilang., hurmm tak tahu mana satu yang betul..haih. 

Cerita pasal Villa Nabila sekarang nie tengah trending dekat twitter. uik.. ni la first time aku dengar pasal Villa Nabila nie.. so dengan perasaan ingin tahu, aku start dengan google gambar Villa Nabila.. perghhh.. seram..
Baru tengok gambar da seram..belum jejak kan kaki lagi..haih..macam mana la bebudak ni berani nak pergi ke Villa Nabila nie.


(Villa Nabila, JB)

Hasil bacaan aku di blog-blog yang menceritakan kisah Villa Nabila nie, kononya berlaku pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak yang bernama Nabila, dan mayatnya di simen di dinding Villa tersebut. Namun terdapat beberapa versi tentang cerita Villa Nabila ni. Meh baca kat bawah nie.

Versi  1 
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi  2 
Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi 3
Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4
Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi 5
Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6
Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.


sumber : villanabilla.blogspot.com

Monday, November 11, 2013

Taring Haloba

Aku diam, bukan tanda setuju dengan apa yang diperkatakan,
Didepan kau perkatakan tentang dia,dibelakang, aku pula yang diperkatakan,
Eh! kau punya bermuka-muka macam sampah tak boleh dilupuskan,

Aku hanya mampu berdiri longlai,
Tuturkata yang kau keluarkan berbau  busuk seakan bangkai,
Didepan kau ketawakan, dibelakang kau siat-siat menjadi lunyai,

Aku senyum,
seakan faham,

Mungkin,
Cara ini yang kau mainkan.

-Lynie Yusoff-

Monday, October 21, 2013

TITIK

Sesampai di rumah, cepat-cepat aku capai lappy, otak aku ligat mengeluarkan bait-bait kata untuk entry kali nie. Arghh kau lynie! Cepat tulis!., sebelum semuanya kabur dan kembali hilang. Jadi ceritanya begini…………….

Dah  bertahun perkara ni aku simpan,aku telan sorang diri. 
Melihat orang tua yang punya akal  senteng beraksi bodoh! depan mata aku. 
Di sebabkan harta, manusia jadi tamak!.

Eh!tamak kau macam kau boleh bawa harta tu ke kubur.

Puas aku perhatikan, aku tilik , aku jeling, dulu  kau pijak semut pun tak mati.! 
Ye ! tapi itu dulu! Masa aku kecil-kecil dulu. Now? 

Segalanya terselah,  sikap tamak!, dendam! semua kau keluarkan.
 Bagus ! bagus! Bagus! 
kau tunjuk sikap sebenar, kau serlahkan sikap tamak kau.

Aku !

Aku diam seribu bahasa, hanya boleh memerhati, bila suara aku berbunyi,
 katanya “jangan masuk campur”. Arggh !  apa kau ingat kau boleh lukakan hati mak aku macam tu!

 Bodoh!

Perkara pertama yang terlintas dalam hati aku. 
Tapi aku masih ade rasa hormat pada kau. Orang tua!

Bertahun!
Dari aku kecil berulang alik ke sana, dengan rasa rindu akan atuk nenek di kampung.
 Bila selalu melawat katanya “ tu balik nak mengendeng harta la tu” apa kau ingat kami ni punya otak senteng  macam kau. Orang tua!

Bila tiba harinya, kata kau“ tak nak apa-apa, anak-anak semua dah senang” 
owh!.. senang kataku di dalam hati., tapi cara kau?! , gelojoh kau!, macam  semua anak-anak kau tengah merempat di kaki lima.
 Aku tersenyum dalam hati, perkataaan yang kau ucapkan tak sama dengan tingkah laku kau.

Heiiii Kau!!!

Kau buat mak aku menangis! aku terkedu,  begini rupanya sikap orang-orang senang. 
Biar tak punya harta, dari berebut untuk buat masuk kubur. 
Jadi kubur kau harus luas, seluas dan sebanyak harta kau.

Kami tak punya harta, tapi ayah aku mampu hantar semua anaknya  ke university. 
Penat lelah die, caci maki kau, tak patahkan semangat kami.
Aku tanam dalam hati., kalau nak harta,nak hidup senang, usaha sendiri! bukan berebut harta mak bapak!

Hari nie kau berebut harta mak bapak kau, esok –esok anak-anak kau berebut harta kau! 
Orang senang! Memang begitu!.

Biarkan saja mereka dengan cara meraka.., aku tetap begini.,
hanya mampu pendam rasa..hmmm kadang-kadang aku mengeluh..hmm ..argh… hidup harus ‘move on’…

Allah uji dengan pelbagai cara., redha tu penting, sabar juga harus, jadi aku kene kuat, ignore saja!

Bila berjumpa, mulut kau muncung menunjuk kearah ku,mahu lagi berbicara soal aku?!. Arghhh tak perlu! Pertalian Cuma huruf! Titik noktah saja!. 
Aku boleh melangkah tanpa pikirkan  orang-orang senang seperti mu.

Biar susah!, biar tak punya harta! , biar caci maki kau!, biar umpat keji kau!, aku senyum dan telan saja. Maaf kata! Kamu tidak wujud!
Sombong! Ye itu aku! So what?? Aku sombong dengan orang senang seperti kau! Hanya kau! Sudah ku kata Titik Noktah saja!

Bila mereka persoalkan tentang pertalian, aku hanya menjawab “ orang yang mana satu? Maaf sy tak kenal” bukan mahu bersikap kurang didikan., tapi cara kamu memperlakukan ibuku seperti pertalian itu tidak wujud, jadi bagaimana harus aku respon??? Bagaimana???

Jadi aku putuskan
TITIK NOKTAH SAJA!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s :
Kata-kata dan ayat-ayat disini hanya lahir dari pikiran aku, dari bekuan perasaan yang tersimpan.
Suka atau tidak, terasa atau terkena hanya mereka-mereka saja yang rasa.

Pengintip  datang dan pergi, tapi aku masih disini, menulis setiap detik yang berlalu dalam kehidupan aku.


-Lynie Yusoff-

Tuesday, October 15, 2013

Pesanan Buat Suami






1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

24. Sekali sekala bawa isteri makan tempat-tempat yang biasa pergi makan masa bercinta dulu jangan masa isteri dah tukar size badan x nak ajak makan tempat2 yang indah-indah.

25. Ada masa bawa isteri pergi bercuti serta sambut ulangtahun, harijadi dan sebagainya..InsyaAllah.

26.Sayangi dan hargai lah sepenuh hati isteri anda kerana ianya dijadikan dari rusuk seorang suami peneman setia ke hujung nyawa suami.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Wednesday, October 9, 2013

Nape mimpi die?

Hola hola...

Lama sungguh aku bertapa!

Tadaaaa..tetiba plak muncul hari nie dengan tajuk entry yang suspen.erk!
Malam semalam entah kenapa tetiba aku mimpi budak sekolah aku.


Mimpi tu cam gini :

Aku ngan budak sekolah aku tu berjumpa, (tapi aku tak tahu kat mana tempat dalam mimpi aku tu.)
Perasaan tu cam dah lama sangat tak jumpa., yang aku peliknye.. bila kitorang berjumpa, siap aku ngan die nangis-nangis lagi., cam sedih sangat la gayenye...

Tetiba bunyi.........


MAAAAAAAKKKKKCIIIKKKKK BANGGGUUUUNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


(jerit pakcik)


Aku ngan gelabah nye terus bangun, haih penat! mimpi tak abis lagi la pakcik!..aiyooyoo.. Aku ade cerita mimpi ni dekat pakcik., pakcik cakap aku ni selalu mimipi yang pelik-pelik... Haritu mimpi Rosyam Nor la., pergi bercuti ke Old Trafford la. Sejak dua menjak nie, aku duk mimpi pelik-pelik je la. Haih!




- orang yang aku mimpi tu adalah Shiedah Mohd, entah kenapa ko masuk dalam mimpi aku.Maybe dah lama tak tengok kot.
 hehehe.


* p/s : tak sabar nak makan nasi minyak geng Busuk!

Tuesday, August 27, 2013

Kad Kahwin Unik weh!


Pemilihan kad kahwin yang unik, seakan sudah menjadi trend pada zaman sekarang.Macam-macam bentuk dan macam-macam rupa. Bagi aku, kad kahwin berbentuk unik nie, menampakkan kreativiti si empunya kad..eceh.. ye la.., selalu kite dapat kad yang simple, yang selalu sangat orang buat kan, apa salahnya, kite tukar selera dan hasilkan kad yang sangat unik dan kreatif, baru la bila orang dapat kad kahwin kite "demeh" akan cakap "wow unik!!"

So bagi memudahkan korang, aku tunjukkan beberapa contoh kad kahwin unik bagi pandangan mata aku., mungkin sedikit sebanyak boleh memberi idea kepada bakal B2B, ayuh lihat gambar di bawah :


Tema Laman Sosial





Tema Ala-ala Surat Khabar




Tema Islamik



Tema Exam Paper
Tema Ticket Kapal Terbang / Pasport






Tema Cek Bank


Tema Postcard




Tema Hanphone



Tema Poster Filem

Tema Bil Eletrik

Tema Bungkusan Coklat



Tema Bola Sepak
Hah! yang nie paling aku suka.




TEMA MACAM KAD KAWAN AKU (Lynie Yusoff yang Punya !)


(Depan)


(Belakang)

( Dalam )







So da dapat idea? hah apa lagi, buat la yang lagi pelik dari nie, okeh!

Adiooss..

Sumber gambor : macam2 tempat & sendiri




Wednesday, August 14, 2013

Raya oH Yeah 2013


Hai.. masih belum terlambat rasa nya untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR dan BATIN kepada pengintip-pengintip yang berdaftar dan pengintip yang selalu lalu lalang dalam blog aku nie. Semoga hari raya korang meriah la yek.

Hari Raya aku tahun nie agak meriah la jugak, ermmm tahun nie first raya beraya di rumah mak mertua,. beraya bersama adik-adik ipar., (erk! cam tua je kan aku) padahal adik-adik ipar lebih kurang sebaya je kan.
Seronok beraya dengan dorang.,semua adik beradik pakcik ada balik.. ermmmm banyak rumah yang kitorang pergi menyinggah.. perut pun terlebih muatan. haih..

Raya kedua beraya di rumah aku, dengan family, adik beradik dan kengkawan yang lama tak jumpa., Seronok memang seronok, raya taun nie meriah die lain macam sikit.. ekekeke... mungkin sebab pakcik ader kot. ehem.

ermmmm raya ketiga, pulang semula ke rumah pakcik, sambung beraya, dan petang tu kembali semula ke KL... hmmm... cam sekejap je dapat beraya.. Tahun depan mungkin beraya di KL je.. apala nasib cuti tak dapat..


Meh la layan beberapa keping gambor sekitar hari raya aku :


bersama pakcik




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

with my family






~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

with my BFF









Thursday, July 25, 2013

Indahnya Cinta Halal




Tak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta..
Jika pada kenyataannya kita begitu bangga mempertontonkan cinta belum halalnya.

Dan tak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta..
Jika kita belum terlalu kuat IMAN yang justru akan memudarkan Cinta kita kepada_Nya.

Ingatlah..
Menunggu cinta yang HALAL akan jauh lebih INDAH dirasa. 



“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah seronok hidup secara halal. Setiap masa di habiskan bersama., setiap perkara di lakukan bersama.,tidak kira dari pelbagai aspek dalam kehidupan seharian, semuanya terasa indah.

♥  Saat menonton tv adalah perkara yang paling menyeronokkan, pasti akan ada drama berebut remote control. Kadang-kadang naik geram dengan pakcik, sebab selalu je tengok channel sukan., kalau bukan tengok tv, pasti pakcik akan main game ps beliau. haih..tapi bila bab tengok rancangan memasak, seperti My Kitchen Rules or Master Chef Australia,kami pasti akan menonton bersama. 

♥  Bergaduh, cubit mencubit sudah menjadi kebiasaan bagi kami apabila tiba perlawanan game PS. Game yang kami telah gila main sekarang nie adalah MOTO GP, Lumba Kereta dan MONOPOLY. Setiap minggu pasti ade perlawanan , siap kalah akan di kena hukuman seperti basuh pinggan or jemur kain. hehehe..

♥  Paling aku seronok adalah, apabila tiba waktu memasak, pakcik akan sentiasa tolong didapur., kadang-kadang kami membahagikan tugas. Susah sebenarnye nak jumpa lelaki yang selalu ke dapur. Selalunya bila aku  balik lambat, pakcik da siapkan makanan dan terhidang di meja makan. Kami dah jarang sangat melantak dekat luar. Masak dekat rumah lebih bagus.

♥  Sebak!.., masa yang paling sebak dan terharu adalah bila pakcik akan kucup dahi selepas solat berjemaah..T_T

Banyak perkara yang di lalui bersama, masih jauh perjalanan untuk di tempuh,,.. semoga perjalanan mendatang akan ditempuh dengan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Guraun, sakat , gaduh , merajuk . itu lah yg lagi mengeratkan hubungan. 


Alhamdulillah. seronok hidup secara halal. ♥♥

* Orang yang menangis, tidak selamanya dia akan menangis. Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan bahagia.

Wednesday, July 24, 2013

Bufday Pakcik


2 Mei 2013, Genap lah umur Encik Suami yang ke 33 tahun.  Tahun nie bufday pakcik jatuh hari Khamis. Tepat jam 12, aku terus berlari-lari ke dapur, ambik kek yang baru di beli kat Secret Recipe  petang tu.

Siap-siap pasangkan lilin., sambil pakcik tengah syok duk menonton tv. Aku plak berlakon konon-konon tak ingat bufday dia. Keluar dari dapur sambil bawa kek dan jerit pada pakcik .........

                                                        " APY BUFDAY PAKCIK !!!!!!!!"


Pakcik berpaling dan tersengih-sengih melihat aku. 


                                                                           Sesi meniup lilin

* Semoga Pakcik terus sihat dan di murahkan rezeki, maaf lambat plak buat entry pasal bufday pakcik nie.

#susahsenangkitebersame.........ekekekekekekekekeke