Followers

Wednesday, September 18, 2019

Pengalaman melahirkan bayi syurga (secara normal)


Pengalaman melahirkan bayi pramatang (Emergency Czer). Part1 <<< Baca entry sebelum ni.


Perjalanan pregnancy kali kedua ni,memang lain sangat-sangat., aku tak boleh bau menda wangi, sabun mandi,sabun muka,syampu dan minyak wangi memang tak boleh bau langsung. Bila bau menda wangi je mesti nak muntah., masa mandi pun terpaksa tahan nafas masa sabun.. hahaha punya la teruk aku punya alahan kali ni. Lepastu aku jadi tersangat la malas, malas kemas rumah, malas mandi, serba serbi malas la.. hehehe.. masa pregnant kakak ya terbalik pulak, rajin gila.. hari-hari nak mengemas.

Masa kandungan 4 bulan, aku dapat satu mimpi., mimpi yang tak pernah aku mimpi. Aku mimpi kena kejar dengan ular besar., ular tu siap cakap dekat aku “nak tumpang” pastu aku cakap “tak boleh” terus dia kejar aku, aku masuk dalam satu rumah, ular tu pun sempat masuk pastu tiba-tiba terbakar. Aku rasa tu la mimpi aku paling seram., sampai berpeluh juga la. Tapi aku anggap tu cuma sekadar mimpi. Mimpi kan mainan tido.

Masa kandungan 7 bulan pulak, sekali lagi aku dapat mimpi, aku mimpi bayi dalam kandungan aku, tengah senyum dekat aku, putih sangat, bercahaya wajah dia, hensem. Kedua-dua mimpi ni aku ada cerita dekat mak aku, sebelum aku beranak. Adik bongsu aku pun dapat mimpi yang sama, masa tu dia tak tahu aku tengah pregnant baby boy., tapi dia boleh mimpi yang baby dalam perut aku ni baby boy, dengan rupa paras sama macam yang aku mimpi tu.

Kandungan aku dah cecah 37 minggu, masa checkup details scan untuk kali ke 2, doctor kesan, air ketuban aku dah hampir kering dan baby pun ada masalah.Masa detail scan yang pertama di awal kehamilan, semuanya ok.

Doctor dah suruh aku check in, katanya kena bersalin esok pagi, kena induce pulak tu., aku terus cuak la, orang kata bersalin induce ni lebih sakit dari bersalin normal., yela kena paksa baby keluarkan. Aku terus minta dekat doctor nak bedah.,, hahaha.. eh boleh pulak doc cakap senarai untuk czer dah penuh. Hurmm so hadap je la apa yang akan jadi nanti.

Pagi-pagi lagi aku dah tunggu doctor datang induce., adoii mana doctor ni., lambatnya., dekat tengah hari juga la baru datang check aku., doctor yang nak induce aku semalan datang dengan seorang doctor prof perempuan., prof tu tanya aku., aku nak berapa anak., aku cakap la kurang-kurang 3 orang ok la., hahaha.,, doctor tu pun gelak je la., prof tu bagi tahu aku., aku tak boleh di induce., sebab luka bersalin czer aku baru 2 tahun., bahaya untuk aku kalau induce, lagi pun baby kecik takut baby pun stress dekat dalam., so diorang decides untuk czer je next week., tp still kena duk wad untuk pantau keadaan aku dan baby.
Fuhhhh lega je bila dengar tak payah kena induce.,,, huhuhu.

Malam tu aku dah rasa sakit memulas-mulas je perut ni., tapi still boleh tahan lagi la.. katil sebelah dah meraung-raung sakit dah, jap-jap panggil nurse., aku memamg x leh tido dah malam tu., rasa macam senggugut kuat., tahan je la sampai ke pagi..

Pagi esoknya, doctor datang check., aku bagi tahu la malam tadi rasa sakit perut., 5 minit sekali sakit., doctor pun check la jalan., dia cakap dah 6cm ni., nape x panggil nurse bila sakit., aku cakap la., boleh tahan lagi ni., huhuhu., doctor terus panggil nurse suruh bawa aku turun ke labour room.

Masuk labour room kejap, laki aku pun sampai, lama jugak la duk dalam tu., dari 9.30pagi., baby keluar pukul 3.04ptg., bersalin normal ni bapak punya sakit time contraction tu.,. Aku minta ubat tahan sakit pun x dapat., mulut ni sebut Allah Allah Allah je., x ingat lain dah., tetiba rasa nak meneran, aku terus jerit nak keluar dah, nak keluar dah.,, hahaha doctor check jalan baru 8cm., tapi dia cakap teran je la., sebab baby kecik, dua kali teran, baby dah keluar., time tu terus hilang rasa sakit.

Di saat doctor tunjukkkan baby, dan bagi tahu tentang keadaan baby., aku rasa dunia aku gelap dan terhenti................

Bersambung......

-LynieYusoff-

No comments:

Post a Comment