Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Sunday, December 16, 2012

My Wishlist for 2013



Banyak mende yang aku berkenan dan teringin nak beli tuk tahun depan.
Antaranya :

1. Camera DSLR NIKON
Semalam dah pergi menjenguk-jenguk dengan pakcik, dah try test-test. Cuma belum angkat buat balik rumah je lagi. Tengah berfikir-fikir bajet yang akan di keluarkan nanti. hehehe


2.  Bercuti ke Pulau
Dah banyak aku research pulau yang ada kt malaysia nie.., dah banyak quotation jugak yang aku dapat, cuma tinggal decide nak pergi Pulau yang mana satu, tapi buat masa nie, Pulau hanya boleh masuk masa bulan March, so pikir dan terus berpikir...ekekekeke.


3. Lampu untuk Dining Table
Actually aku tak pernah terpikir pun nak beli menda alah nie, tapi bila Pakcik usulkan pasal menda nie, aku plak yang excited terlebey. Nape la tak pernah terpikir pasal lampu nie.. anyway its a good idea!





Nampak tak kecomelan lampu nie, hehehe nampak lain la sikit ruang makan tu kan., aku dengan semangatnye dah pergi survey ke IKEA, harga pun boley tahan, dan yang lagi bestnye warna yang aku nak beli pun ade, PURPLE gelap, erk.. tapi kene tunggu bajet tahun depan..adeh!

4. Carpet Purple
Okeh! yang ni pun termasuk tuk bajet tahun depan, mesti nak dapatkan nie! Aku dah tgk gak kat IKEA.., perghhh rugi betul, haritu IKEA ade buat discount untuk carpet nie semperna Christmas,  tapi oleh kerana bulan nie banyak menda yang perlu di setel, jadi haruslah di tangguhkan ke tahun hadapan.. haissh!.


5. Rak Kasut
Oleh kerana kat umah baru nanti belum ader lagi rak kasut, jadi mende alah nie haruslah dibeli. Macam-macam jenis rack kasut yang ader, tapi jenis aku nie, nak gak yang lain dari yang lain. Makanya aku telah memilih rak kasut dibawah untuk di beli tahun hadapan.

Simple dan nampak kemas. Letak je balakang pintu, letak kasut pun tak berbau, sebab tertutup kan rak nie.
Hope berjayalah bawa balik mende alah nie ke rumah.





Semogo Allah s.w.t limpahkan rezeki pada kami sekeluarga, Amin.



Sunday, December 2, 2012

Ciri-ciri LELAKI PENYAYANG







Seorang lelaki yang benar-benar mengasihi anda mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Sentiasa menelefon anda untuk bertanya bagaimana hari anda.

2. Sentiasa memberitahu anda bahawa dia mencintai anda.

3. Ingat hari jadi dan ulang tahun.

4. Lembut dalam berkasih sayang kepada anda.

5. Memberi kejutan  dengan perkara yang anda suka.

6. Tidak menyakiti anda dengan sengaja.

7. Memaafkan anda bagi kelemahan dan kesilapan anda.

8. Meminta maaf apabila dia merasakan dia telah melakukan sesuatu yang salah.

9. Sanggup berkorban untuk menyelamatkan hubungan anda.

10. Menyokong anda dengan impian dan usaha anda.

11. Menghormati anda sebagai seorang wanita.

12. Tahu bagaimana untuk memberi dan mengambil peduli tentang pemikiran dan emosi anda.

Andai lelaki tahu..





Andai lelaki tahu..

Dalam hati seorang perempuan..
Ada naluri untuk disayangi, ada rasa untuk diberi perhatian..
Ada rasa untuk didengar keluh kesahnya..
Ada waktu2 diminta ditemani kesedihannya..

Andai lelaki tahu…
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk..
Marah seorang perempuan perlu didekati..
Sedih seorang perempuan harus didengari..
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi..

Andai nya lelaki tahu..
Disebalik seribu satu rasa itu..
Ada sekeping hati nan lembut..
Bukan untuk dimanjai..
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh..
Tetapi..hanya perlu sedikit perhatian..
Agar rasa kasih itu wujud walau disaat jauh..


Tuesday, November 27, 2012

Pengintip ke 500

Yuhuuuuuu .... dah cecah pengintip ke 500. Siapakah blogger yang bertuah itu???

Tadaaa.., 


Blog yang diberi nama LELA SURI DLILA adalah pengintip berdaftar ke 500. Thanks coz sudi follow blog yang tak seberapa nie.

Jom terjah blog beliau beramai-ramai..,

Klik gambor untuk ke Blog beliau

Monday, November 26, 2012

O' ON



Sejak kehilangan BUBU., aku rasa  macam dah tak nak bela kucing lagi., tapi selepas ayah aku bawa balik seekor kucing yang agak comel., aku terus rasa nak bela dia nie. Beliau di beri nama O' ON., bukan Jafaar On malah bukan skali Linda On tau tapi nama beliau O' ON. Sebut betul-betul  O' ON. aceh!



Seekor kucing yang sangat hyperaktif, susah benar nak main ngan die, sebab lincah sangat. Tiap kali nak gurau ngan die mesti die cakar or gigit, kadang-kadang aku rasa nak hempok je die sebab geram sangat.

Tapi yang bestnye tentang O' ON nie, beliau pandai berak dalam toilet, aku cuma sediakan satu bekas tuk beliau membuang ., sangat terbaek, sebab x payah suruh, die pandai pergi toilet sendiri. Pernah satu hari, sedang enak aku di dapur, tetiba si O' ON belari dengan pantasnye dari ruang tamu ke dapur,  rupanye beliau mahu membuang,  cirit birit rupanya.. ahaks kelakar betul time tu.

 Selain makan dan tidur, O' ON nie suka tengok bola,. bila kitorang tengah tengok bola, die pun sibuk gak nak tgk., siap duk seat depan skali.. Adeh, sabor  je la.. nie mesti ikut tuan die suka tengok bola. haih., meh la layan gambor O' ON nie.

O' ON

Sebelum game start, posing la dulu

PERAK vs NEGERI SEMBILAN





TERENGGANU vs KELANTAN







SINGAPURA vs MALAYSIA



Si O' ON dapat bergambor dlm tv je..tuan punya kucing dapat bergambor betul-betul.. ^_^

adiossssss

Sunday, November 25, 2012

Tips Perkahwinan

Harimau menGUAP, Singa menGAUM



Semalam adalah hari yang  sangat mengecewakan hari aku, apabila Harimau Malaya kalah 3-0 dengan team Singapura. Adeh ! Permainan keseluruhan yang ditunjukkan  oleh Harimau Malaya  agak hambar dan mengecewakan seluruh Penyokong Malaysia yang datang ke Stadium mahupun yang menonton di rumah.

Bagi pendapat aku yang menonton di Stadium, barisan pertahanan  nampak lemah dan tidak tersusun., kelam kabut je aku  tengok.  Ramai penyokong yang merungut, bukan semalam je, tapi dari siri persahabatan yang lepas-lepas pun penyokong duk merungut,.

Tapi....

Sekarang bukan masanya nak tuding jari salah jurulatih, salah pemain, sepatutnya semua bergabung beri semangat, tunjukkan yang terbaik,!

Tahun 2010 aku ke Stadium support Harimau Malaya, Tahun 2012 haruslah ke Stadium juga Support Harimau Malaya. 

Next game MALAYSIA vs LOAS, 28 November 2012. (Hope Malaysia beroleh kemenangan!)

Friday, November 23, 2012

Segmen Kenal-kenal bersama Aisyah Humaira'





Tentang Lynie Yusoff
Nama Sebenar : Noor Mazlyni Mohd Yusoff
Panggilan : Lynie
Panggilan Manja : Niniey
Asal Usul Nama Blog : Lynie Yusoff
Umur : 27 Tahun (31/08/1985) *tapi tetap nampak comey okey walaupun..............! 
Status : Bertunang (bakal bernikah)
En.Tunang : Mohd Azmi Mohd Akil
Saya Seorang Graphic Designer.

Thursday, November 22, 2012

oh SOTONG gua (sedey)!!!!!!!!!!!!


Pergghhhhhhh.......minggu yang memang menyakitkan hati gua!.. 
Okeh! Entry ni agak kasar bunyinye., bagi menunjukkan tahap kebenganggan  aku terhadap pencelok-pencelok makanan aku kat rumah!.. panas beb,,, panas...! bilamana stok makanan gua di celok orang!.. geram sey!

Mana taknye bila stok makanan yang dibeli untuk sebulan, tp yg tinggal  habuk.. aku tegaskan di sini HABUK okey!

First, air mineral yang di letakkan di dalam peti ais. Dengan harapan yang menggunung tinggi dapat minum air sejuk!... aku dengan happynye meletakkan sebotol air mineral yang memang agak berbeza dari botol-botol yang ada dalam peti ais tersebut.

Dua tiga hari kemudian, kaki melangkah tergedik-gedik menuju peti ais, dengan perasaan yang sangat teruja semata-mata nak minum air mineral sejuk, buka saja peti ais....perghhhhhhh.... yang tinggal hanya botol kosong... luluh hati gua tau wahai pencelok! Oleh kerana aku nie memang tak minum air kosong lain melainkan air mineral  sejuk.

Siri penCELOKan yang seterusnya berlaku! Minyak masak botol besar yang dibeli juga di CELOK. Oleh kerana aku nie jenis yang memang jarang masak di awal-awal bulan., ye la .. al mak long lah.., poket tengah tebalkan time awal-awal bulan tu, kejenye makan kat luar je la.. dan bila tiba time tangan ni gatal nak pegang sodek dan periok, kaki sekali lagi melangkah tergedik-gedik menuju dapur.. perghhhhhhhhhhhh.... minyak dalam botol yang dulunye penuh dah tinggal separuh., terbantut mood nak memasak gua!

Dua hari kemudian, aku sengaja masuk ke dapur, mata terus tertumpu pada botol minyak..,, sekali lagi.... perghhhhhhhhhhhhhhhhh....... baru dua hari lepas aku tengok tinggal separuh, ni lagi 2 inci je nak abis.. memang sangat keTAHIan kau si penCELOK!

Hari berikutnya, SOTONG gua diperkotak katikkan. yang nie agak melampau!Hey..  Pakcik punya la belikan aku sotong tu kt TESCO..., kau si penCELOK sesuka hati je kau bg busuk.. memang busuk punya orang la kau!,

Selepas penat lelah bershopping sakan di THE CURVE and IKEA bersama Cik Fiza sampai ke malam, balik ke rumah dengan penatnya, tetiba dapat perkhabaran buruk dari rakan sebilik yang berbunyi begini :

" Lynie ade letak SOTONG ATAS PETI AIS? "

"Erk, x de plak, Lynie x masak pun hari nie, semalam pun pg je masak "

"Ada orang letak SOTONG ATAS PETI AIS, SOTONG tu dalam plastik TESCO, da busuk da"

"Tu SOTONG Lynie tu"

Sepantas kilat aku bangun terus ke dapur.. perghhhhhh geram melampau aku, sape punya keje la agaknye yek! abis SOTONG gua! Gua x sempat masak lagi SOTONG tu, banyak kot dalam plastik tu.. memang MELAMPAU! dah tu sorang pun x nak ngaku!!!!! TENSION gua!!!!



p/s : Pakcik aku memang belikan tuk korang REMBAT !!!

Senarai Pemain Malaysia (AFF SUZUKI CUP 2012)



Senarai 22 Pemain Malaysia: 


1 .Baddrol Bakhtia

2 .Fakri Saarani

3. Khyril Muhymeen

4. Wan Zack

5. S. Kunanlan

6. Azamuddin Akil

7. Hazwan Bakri

8. Safiq Rahim

9. Shakir Shaari

10. Gary Steven Robbat

11. Farizal Marlias

12. Safee Sali

13. Zubir Azmi

14. Azmi Muslim

15. Bunyamin Umar

16. Mahali Jasuli

17. Norshahrul

18. Amar Rohidan

19. Fadhli Shas

20. Faizal Muhamad

21. Aidil Zafuan

22. Khairul Fahmi

Tuesday, November 20, 2012

Jadual Penuh Perlawanan AFF Suzuki Cup 2012


Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 :

Kumpulan A
24 November 2012 Vietnam vs Myanmar
24 November 2012 Thailand vs Filipina
27 November 2012 Vietnam vs Filipina
27 November 2012 Myanmar vs Thailand
30 November 2012 Filipina vs Myanmar
30 November 2012 Thailand vs Vietnam
Kumpulan B
25 November 2012 Indonesia vs Laos
25 November 2012 Malaysia vs Singapura
28 November 2012 Indonesia vs Singapura
28 November 2012 Laosp vs Malaysia
1 December 2012 Singapura vs Laos
1 December 2012 Malaysia vs Indonesia
Semi Final Piala AFF Suzuki 2012
1st Leg
8 December 2012 S1: Naib Juara Kumpulan A vs Juara Kumpulan B
9 December 2012 S2: Naib Juara Kumpulan B vs Juara Kumpulan A
2nd Leg
12 December 2012 S1: Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan A
13 December 2012 S2:Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan B
Final AFF Suzuki 2012
1st leg
19 December 2012 Juara S1 vs Juara S2
2nd Leg
22 December 2012 Juara S2 vs Juara S1

Monday, November 19, 2012

Skyfall by Adele


This is the end
Hold your breath and count to ten
Feel the earth move and then
Hear my heart burst again
For this is the end
I've drowned and dreamt this moment
So overdue, I owe them
Swept away, I'm stolen

Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall
That's sky fall

Skyfall is where we start
A thousand miles and poles apart
Where worlds collide and days are dark
You may have my number, You can take my name
But you'll never have my heart

Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall

(Let the sky fall, When it crumbles, We will stand tall x2)

Where you go I go
What you see I see
I know I'd never be me without the security
Of your loving arms keeping me from harm
Put your hand in my hand and we'll stand

Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
Let the sky fall, when it crumbles
We will stand tall
And face it all together
At sky fall

Let the sky fall 
We will stand tall
At sky fall
Ooooo...

Thursday, November 15, 2012

Our New Place

Pencarian tempat baru untuk kami berdua memang boleh dikatakan agak drama. Hey! bukan senang nak cari rumah di area KL and Selangor ni. Jenuh mencari di Mudah.com. Rate harga mencecah ribu untuk sewa bulanan., oiiiiiiii kla camtu baik terus beli rumah sendiri lagi puas hati.

Kami mengambil keputusan tuk cari sendiri. Yupp misi berjalan seperti di rancang. Target beberapa kawasan perumahan di sekitar KL dan Selangor. Start kereta terus ke tempat yang dituju., mencari iklan-iklan yang ditampal., call beberapa tuan rumah., malangnya semua rumah hanya untuk dijual. Aiyoooo encik.. nape perlu tulis FOR RENT kalau ianya FOR SALE.. buat abis credit orang je.

Sepanjang pencarian rumah yang bakal kami duduki bersama, drama-drama merajuk kerap berlaku.. huhuhu. ye ar mana taknye.. park kereta jauh-jauh, pusing satu flat , satu apartment., satu taman perumahan.. mau tercabut kepala lutut.

So Pakcik buat keputusan yang drastik. " Sok Makcik x yah ikut Pakcik cari rumah! "

"ok fine!" (nada merajuk, tapi suka..hahaha)

Keesokan harinya, beliau pergi keseorangan, dan hasilnya, beliau berjaya! yehaaaaaa tingkat 10! erk. tinggi sangat kot.. terasa cam gayat je. 

Erk! ruang tamu, bilik , dapur, bilik air semua di cat HIJAU!... saya ulangi HIJAU okey. arghhh agak tension di situ.. Sebagai seorang designer, aku rasa agak janggal bile satu rumah di cat HIJAU. rasa otak cam semak, dengan ruang yang x seberapa besar tu,.dengan color camtu.. adoii..

So, aku cadangkan pada Pakcik, kite cat PUTIH je... saya ulangi ye.. PUTIH. hehehe. Pengunaan warna Putih dapat meluaskan ruang yang sempit.,untuk ilusi mata je la kan.

Sangat bersyukur bila permintaan di laksanakan oleh Pakcik. Maka bermulalah sesi mengecat rumah. 

Pakcik tengah mengecat bahagian bilik

Thanks banyak-banyak tuk Akak Lydia dan husband sebab banyak membantu kami, mengecat dan mengemas rumah, Akak Memang TERBAEK!!!

Untuk bahagian bilik., warna untuk first layer adalah putih, dan tuk second layer, pakcik rahsiakan, katanye nak bg surprise, aceh!.

Surprise la sangat, bila beliau datang berjumpa aku dengan suar yang ada terpalit cat berwarna light blue. Hah! kantoi di situ.

Sesi hari keesokkannya adalah SHOPPING barang rumah! heeep heeep horeyyyyyy!



Sempat lagi kami bergambor yek., gambor kat atas nie time di PARADIGM MALL Kelana Jaya, 5 minit dari umah aku!. Untuk perabot umah, IKEA adalah tempat yang sesuai untuk memborong., design perabot yang simple dan mesra alam adalah pilihan hati. aceh!

Pakcik sedang memasang rak TV yang baru aku borong dr IKEA

Set meja makan IKEA, Simple!

Pasu dan rumput dr IKEA. (selitkan warna hijau biar nampak tenang) 

First time jahit langsir sendiri!

First time jahit langsir sendiri, malam minggu haritu ., pukul 11 malam pergi TESCO Shah Alam, dengan cik Fiza, cari kain lansir, punya la exited, balik umah terus jahit langsir., sampai pukul 4 pagi., gile kentang! walaupun senget benget, aku berpuas hati sebab dapat gantung.  erk! thanks to Cik Fiza sebab berjaga teman aku menjahit! anda memang TERBAEK!!!

Layan PS ngan pakcik sambil tunggu orang duk sembur anai-anai

Cermin pun nak warna putih! adeh

Tadaaaaaaaaaa

Pemandangan KL  dari dapur

Alhamdulillah, apa yang dirancang selama setahun nie, telah dimakbulkan, semoga tempat baru nie nanti akan penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan untuk kami berdua. Amin




Thursday, November 8, 2012

Baby Shower & Birthday Party

 Dah lama sebenarnya nak update cite nie, tapi tetap tak ter UPDATE., haih.. memang sangat malas nak berceloteh dalam nie., hilang mood! Aku pun tak tahu la kenapa. hurrmm bila dah datang rajin, baru la nak update cite..huhuhu..

Awal bulan Oktober lepas, aku ngan kengkawan sangat syok duk berPARTY..huarrrggghhhh kenyang perut., senang hati., erk tapi bukan PARTY LIAR EK.. nie party baik-baik punya..huhuhu..


Baby Shower Puan Nisa & Birthday Party Cik Wan

Dua-dua party nie telah diadakan di Teratak Puan Nisa, di Gombak. Perghhh memang sanagat happening dan boleh pening.., sebab makan sampai buncit dan yang paling penting, bergambor sampai nak pecah kamera!..

Makanan untuk berPARTY (bg besar ckit gambar nie, biar korang terliur..huhu)


Biar la gambor-gambor di bawah nie yang berbicara, bertapa seronok dan beronok-ronoknye kami berpesta..weeeeehaaaaaaaaaa!













Adios..