Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Thursday, November 15, 2012

Our New Place

Pencarian tempat baru untuk kami berdua memang boleh dikatakan agak drama. Hey! bukan senang nak cari rumah di area KL and Selangor ni. Jenuh mencari di Mudah.com. Rate harga mencecah ribu untuk sewa bulanan., oiiiiiiii kla camtu baik terus beli rumah sendiri lagi puas hati.

Kami mengambil keputusan tuk cari sendiri. Yupp misi berjalan seperti di rancang. Target beberapa kawasan perumahan di sekitar KL dan Selangor. Start kereta terus ke tempat yang dituju., mencari iklan-iklan yang ditampal., call beberapa tuan rumah., malangnya semua rumah hanya untuk dijual. Aiyoooo encik.. nape perlu tulis FOR RENT kalau ianya FOR SALE.. buat abis credit orang je.

Sepanjang pencarian rumah yang bakal kami duduki bersama, drama-drama merajuk kerap berlaku.. huhuhu. ye ar mana taknye.. park kereta jauh-jauh, pusing satu flat , satu apartment., satu taman perumahan.. mau tercabut kepala lutut.

So Pakcik buat keputusan yang drastik. " Sok Makcik x yah ikut Pakcik cari rumah! "

"ok fine!" (nada merajuk, tapi suka..hahaha)

Keesokan harinya, beliau pergi keseorangan, dan hasilnya, beliau berjaya! yehaaaaaa tingkat 10! erk. tinggi sangat kot.. terasa cam gayat je. 

Erk! ruang tamu, bilik , dapur, bilik air semua di cat HIJAU!... saya ulangi HIJAU okey. arghhh agak tension di situ.. Sebagai seorang designer, aku rasa agak janggal bile satu rumah di cat HIJAU. rasa otak cam semak, dengan ruang yang x seberapa besar tu,.dengan color camtu.. adoii..

So, aku cadangkan pada Pakcik, kite cat PUTIH je... saya ulangi ye.. PUTIH. hehehe. Pengunaan warna Putih dapat meluaskan ruang yang sempit.,untuk ilusi mata je la kan.

Sangat bersyukur bila permintaan di laksanakan oleh Pakcik. Maka bermulalah sesi mengecat rumah. 

Pakcik tengah mengecat bahagian bilik

Thanks banyak-banyak tuk Akak Lydia dan husband sebab banyak membantu kami, mengecat dan mengemas rumah, Akak Memang TERBAEK!!!

Untuk bahagian bilik., warna untuk first layer adalah putih, dan tuk second layer, pakcik rahsiakan, katanye nak bg surprise, aceh!.

Surprise la sangat, bila beliau datang berjumpa aku dengan suar yang ada terpalit cat berwarna light blue. Hah! kantoi di situ.

Sesi hari keesokkannya adalah SHOPPING barang rumah! heeep heeep horeyyyyyy!



Sempat lagi kami bergambor yek., gambor kat atas nie time di PARADIGM MALL Kelana Jaya, 5 minit dari umah aku!. Untuk perabot umah, IKEA adalah tempat yang sesuai untuk memborong., design perabot yang simple dan mesra alam adalah pilihan hati. aceh!

Pakcik sedang memasang rak TV yang baru aku borong dr IKEA

Set meja makan IKEA, Simple!

Pasu dan rumput dr IKEA. (selitkan warna hijau biar nampak tenang) 

First time jahit langsir sendiri!

First time jahit langsir sendiri, malam minggu haritu ., pukul 11 malam pergi TESCO Shah Alam, dengan cik Fiza, cari kain lansir, punya la exited, balik umah terus jahit langsir., sampai pukul 4 pagi., gile kentang! walaupun senget benget, aku berpuas hati sebab dapat gantung.  erk! thanks to Cik Fiza sebab berjaga teman aku menjahit! anda memang TERBAEK!!!

Layan PS ngan pakcik sambil tunggu orang duk sembur anai-anai

Cermin pun nak warna putih! adeh

Tadaaaaaaaaaa

Pemandangan KL  dari dapur

Alhamdulillah, apa yang dirancang selama setahun nie, telah dimakbulkan, semoga tempat baru nie nanti akan penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan untuk kami berdua. Amin




0 pengintip komen:

Post a Comment