Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Tuesday, November 6, 2012

TIPS PEMILIHAN BAJU PENGANTIN



Secara umumnya menjadi Raja Sehari atau bernikah adalah impian setiap orang.
Pernikahan adalah saat-saat yang berharga dalam kehidupan manusia. Sudah menjadi lumrah, pada semua pernikahan, calon pengantin selalu mangharapkan yang terbaik untuk meraikan kebahagiaan mereka.
Salah satu perkara yang diambil berat adalah Pemilihan Baju Pengantin.
Ada berbagai cara bagi calon pengantin untuk memilih baju pengantin.
Sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat Perunding Perkahwinan (Wedding Planner), perihal pakaian biasanya sudah ada dalam pakej mereka. Pilih saje.
Ada juga baju yang digunakan merupakan warisan turun-temurun dalam tradisi keluarga.
Baju juga boleh ditempah oleh tukang jahit yang khusus bergantung kepada citarasa calon.
Rekabentuk atau ‘design’ baju pengantin ada bermacam-macam di pasaran. Calon pengantin hanya perlu memikirkan konsep dan tema majlis yang dirancang. Anda boleh memilih konsep tradisional, gaya mewah atau yang moden, semua terserah pada anda.
Sebagai contoh, konsep majlis pernikahan tradisional menjadikan baju kurung modern sebagai pilihan utama. Sementara itu, pada pernikahan berkonsep moden, calon pengantin mungkin lebih suka mengenakan gaun-gaun dengan sentuhan ‘english’.
Sebelum membeli baju pengantin, sebaiknya anda menyesuaikan dengan konsep pernikahan yang dirancang. Berikut ini merupakan beberapa tips bagi anda dalam memilih baju pengantin :

1. Sesuaikan konsep baju dengan konsep majlis pernikahan.
2. Jika anda mahukan ‘design’ baju mengikut citarasa anda sendiri, kenalah cari tukang jahit yang mampu memenuhi permintaan anda.
3. Luangkan masa untuk mendapatkan idea di butik yang menjual baju pengantin dan di majalah-majalah pengantin.
4. Anda juga harus menyesuaikan konsep baju dengan ‘budget’ anda.
5. Anda juga boleh memikirkan baju yang mungkin boleh dipakai bukan hanya pada majlis itu sahaja. Boleh pakai pergi dinner, rumah terbuka hari raya atau menghadiri majlis perkahwinan sahabat handai.

2 pengintip komen:

ecah said...

jom tengok baju tidur untuk pengantin :)

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.50566308

Change The Day said...

betul tu..semua nak cantik kan..tapi ikut bajet masing2 :) B2B jugak..jom follow saya
http://driwena.blogspot.com/

Post a Comment