Followers

Tuesday, July 23, 2019

::: PERTH ::: Macam mana nak pergi?

 Macam mana nak pergi Perth Australia ye?



Hummm soalan tu yang bermain di fikiran aku, bila tiba-tiba pakcik (en.suami) cakap nak pergi.
Masa tu, Air Asia tengah buat promo tiket murah, Mula-mula dia plan nak ke korea, lepas survey-survey travel agency, adoi mahal betul. Fikir-fikir kalau nak pergi sendiri pun, macam tak lepas je, salah satunya faktor bahasa.

Hari terakhir promo Air Asia, kitorang decide untuk beli ticket flight ke Perth,  dalam pukul 10 malam macam tu, baru beli tiket flight, promo abis pukul 12 malam haritu, sempat la grab tiket untuk 2 dewasa 1 bayi (bawah 2 tahun). Masa tu kakak ya baru 1 tahun 11 bulan, kalau dia 2 tahun, dah sah-sah la dia pun kena bayar tiket flight harga dewasa. Kitorang dapat grab harga tiket  total pergi balik RM 1100 macam tu la, tu harga tiket saja tau belum masuk baggage dan lain-lain., lepastu setiap bulan baru tambah., contoh gaji bulan ni tambah beli seat (sebab nak duduk sama pergi-balik), gaji bulan depan tambah baggage, gaji bulan satu lagi tambah makanan, begini la percutian bajet… huhuhu.

Percutian kali ni, kitorang plan 6 bulan dari tarikh beli tiket. So ada banyak masa la nak survey-survey tempat, nak plan aktiviti. Selesai bab tiket, kene apply Visa ETA pulak., kalau nak masuk Australia ni, korang kene apply visa. Aku buat dengan sorang akak ni, ade orang share number dia masa aku join group jalan-jalan perth kat fb tu. Buat dengan akak ni murah sikit. Orang lain aku survey dalam RM 20 ke atas, tapi akak ni cuma rm15.90 per passport. Jimat dan berbaloi, servis pun pantas, cuma whatsaApp je gambar passport kita, nanti kalau lulus, dia akan emailkan visa dan baru buat bayaran.
Ada setengah yang suggest  buat visa dulu, baru beli tiket flight, sebab sekarang ni susah  nak dapatkan visa., kalau tak dapat visa macam mana nak masuk Australia kan., tapi Alhamdullillah, kitorang punya Visa cepat je dapat.

Selasai bab Visa, kena beli travel insurance pulak. Travel insurance ni penting, kalau kita nak jalan-jalan tempat orang, ye lah kita mana tau apa yang akan jadi, so be prepare. Aku ambik AXA Travel insurance., International Family RM 98.90 selama 6 hari kitorang bercuti.

Ok! Lepas ni nak booking hotel pulak. Macam biasa, kalau nak pergi mana-mana, aku akan cari dekat booking.com. Aku booking Akara Hotel Perth, bagi aku tersangat ok, bersih selesa dan strategik, tapi hotel ni sesuai untuk backpacker, sebab dia ala-ala hostel gitu, tapi dia ada 1 bilik apartment, aku ambik yang tu la, dalam dia lengkap, macam gambar yang aku kongsi dekat bawah ni. Tapi entah macam mana aku boleh tak perasan rules hotel ni, budak-budak tak boleh menginap dekat sini.  Sebulan sebelum pergi tu baru perasaan, apa lagi.. gelabah la.. terus email hotel, bagi tahu yang kitorang akan bawa baby, nasib la diorang bagi. Fuhhhh !..Nanti aku cerita panjang sikit pasal hotel dan pengalaman aku bercuti ke Perth selama 6 hari 5 malam.




Dekat bawah ni aku share kos hangus yang kene bayar sebelum berangkat ke Perth,
Opss!! hotel tak termasuk, sebab aku bayar hotel masa sampai dekat sana nanti.


Flight Ticket <<Click sini

Air Asia X Return Flight Ticket (Food + Baggage + Seat)
2 Adult 1 Infant
MYR 1600.00 


Visa ETA

Visa ETA – RM 15.90 x 3 passport
MYR 47.70


Travel Insurance <<Click sini

AXA Travel Insurance
International (Family)
MYR 98.90


Hotel <<Click sini

Akara Hotel Perth (6 Day 5nights)
AUD 550




Semoga entry ini dapat memberi rujukan untuk aku di masa akan datang, mana la tau nak pergi lagi esok-esok.. hahaha., dan info untuk korang jugak yang ingin bercuti ke Perth. Tunggu next entry tau..

Ok. Cau

Adios

-LynieYusoff-

2 comments:

  1. Seronoknya dapat bercuti dekat Perth. Harapnya satu hari nanti Migha pun dapat kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah satu hari nanti Migha pun dapat pergi sini ^_^

      Delete