Macam mana nak pergi Perth Australia ye?
Hummm soalan
tu yang bermain di fikiran aku, bila tiba-tiba pakcik (en.suami) cakap nak pergi.
Masa tu, Air
Asia tengah buat promo tiket murah, Mula-mula dia plan nak ke
korea, lepas survey-survey travel agency, adoi mahal betul. Fikir-fikir kalau
nak pergi sendiri pun, macam tak lepas je, salah satunya faktor bahasa.
Hari
terakhir promo Air Asia, kitorang decide untuk beli ticket flight ke Perth, dalam pukul 10 malam macam tu, baru beli
tiket flight, promo abis pukul 12 malam haritu, sempat la grab tiket untuk 2
dewasa 1 bayi (bawah 2 tahun). Masa tu kakak ya baru 1 tahun 11 bulan, kalau
dia 2 tahun, dah sah-sah la dia pun kena bayar tiket flight harga dewasa.
Kitorang dapat grab harga tiket total
pergi balik RM 1100 macam tu la, tu harga tiket saja tau belum masuk baggage
dan lain-lain., lepastu setiap bulan baru tambah., contoh gaji bulan ni tambah
beli seat (sebab nak duduk sama pergi-balik),
gaji bulan depan tambah baggage, gaji bulan satu lagi tambah makanan, begini la
percutian bajet… huhuhu.
Percutian
kali ni, kitorang plan 6 bulan dari tarikh beli tiket. So ada banyak masa la
nak survey-survey tempat, nak plan aktiviti. Selesai bab tiket, kene apply Visa
ETA pulak., kalau nak masuk Australia ni, korang kene apply visa. Aku buat
dengan sorang akak ni, ade orang share number dia masa aku join group
jalan-jalan perth kat fb tu. Buat dengan akak ni murah sikit. Orang lain aku
survey dalam RM 20 ke atas, tapi akak ni cuma rm15.90 per passport. Jimat dan
berbaloi, servis pun pantas, cuma whatsaApp je gambar passport kita, nanti
kalau lulus, dia akan emailkan visa dan baru buat bayaran.
Ada setengah
yang suggest buat visa dulu, baru beli
tiket flight, sebab sekarang ni susah nak
dapatkan visa., kalau tak dapat visa macam mana nak masuk Australia kan., tapi
Alhamdullillah, kitorang punya Visa cepat je dapat.
Selasai bab
Visa, kena beli travel insurance pulak. Travel insurance ni penting, kalau kita
nak jalan-jalan tempat orang, ye lah kita mana tau apa yang akan jadi, so be
prepare. Aku ambik AXA Travel insurance., International Family RM 98.90 selama
6 hari kitorang bercuti.
Ok! Lepas ni
nak booking hotel pulak. Macam biasa, kalau nak pergi mana-mana, aku akan cari
dekat booking.com. Aku booking Akara Hotel Perth, bagi aku tersangat ok, bersih
selesa dan strategik, tapi hotel ni sesuai untuk backpacker, sebab dia ala-ala hostel gitu, tapi dia ada 1 bilik apartment, aku ambik yang tu la, dalam dia
lengkap, macam gambar yang aku kongsi dekat bawah ni. Tapi entah macam mana aku boleh tak perasan rules hotel ni, budak-budak tak boleh menginap dekat sini. Sebulan sebelum pergi tu baru perasaan, apa lagi.. gelabah la.. terus email hotel, bagi tahu yang kitorang akan bawa baby, nasib la diorang bagi. Fuhhhh !..Nanti aku cerita panjang
sikit pasal hotel dan pengalaman aku bercuti ke Perth selama 6 hari 5 malam.
Dekat bawah
ni aku share kos hangus yang kene bayar sebelum berangkat ke Perth,
Opss!! hotel
tak termasuk, sebab aku bayar hotel masa sampai dekat sana nanti.
Air Asia X
Return Flight Ticket (Food + Baggage + Seat)
2 Adult 1
Infant
MYR 1600.00
Visa ETA
Visa ETA –
RM 15.90 x 3 passport
MYR 47.70
AXA Travel
Insurance
International
(Family)
MYR
98.90
Akara Hotel
Perth (6 Day 5nights)
AUD
550
Semoga entry
ini dapat memberi rujukan untuk aku di masa akan datang, mana la tau nak pergi
lagi esok-esok.. hahaha., dan info untuk korang jugak yang ingin bercuti ke
Perth. Tunggu next entry tau..
Ok. Cau
Adios
-LynieYusoff-
Seronoknya dapat bercuti dekat Perth. Harapnya satu hari nanti Migha pun dapat kesana.
ReplyDeleteInsyaallah satu hari nanti Migha pun dapat pergi sini ^_^
Delete