Followers

Friday, July 26, 2019

::: PERTH ::: Hari Pertama


Holiday berempat, plannya bertiga, tiba-tiba berempat pulak. hehe.


Macam mana nak pergi Perth Australia ye? <<< Baca entry sebelum ni.

Sebelum berangkat ke Perth, korang kena buat persediaan yang lengkap. Buat la Itinerary percutian korang selama korang bercuti tu. Itinerary ni bagi memudahkan percutian korang bila sampai sana nanti, baru la tak pening nak tuju ke mana. Follow je apa yang korang dah susun tu.

Bagi yang akan bawa makanan, pastikan bawa makanan yang boleh di bawa sahaja, buat la list barang makanan yang korang bawa dan susun dalam satu beg, jangan campur dengan baju korang pulak, kang kene geledah, tak pasal-pasal ternampak sekali yang tak sepatutnya., ahaks!

Aku gigih tangkap gambar satu-satu tau barang makan yang aku bawa, pastu buat list. Macam dalam gambar kat bawah ni. Percayalah, kalau korang buat list macam ni, staff immigration diorang mesti puji lambung-lambung, kembang la sekejap hidung tu… haha.. sebab kita dah memudahkan kerja diorang.




List barang makanan aku

Hari yang ditunggu telah tiba, Flight aku pukul 9.40 pagi. Lepas subuh kitorang gerak naik teksi ke KLIA2., Kena RM 90 jugak dengan pakcik teksi tu., untuk korang yang nak ke KLIA / KLIA2 dengan bajet ciput boleh baca sini.

Sampai KLIA2 dalam pukul 7 lebih, terus cari makan dulu, kitorang di jangka sampai Perth pukul 3.15pm. Malaysia dan Perth sama je waktu, Cuma Perth cepat gelap, pukul 6petang dah gelap dah.

Perjalanan KL ke Perth mengambil masa 5 jam 20 minit. Lama juga tu, apa lagi., tido je la.
Dalam flight korang akan diberi declaration form berwarna kuning untuk di isi. Borang ni nanti kene bagi dekat imi masa sampai nanti.

Declaration Form 




1 beg makanan, 1 beg pakaian

Tido je la dalam flight

Dah nak sampai.

Sampai je Perth, terus ke pemeriksaan imigresen, sap-sap lepas, pastu tunjuk la list makanan yang dah buat tu, imi  diorang suruh kitorang beratur untuk dihidu anjing, ada setengah penumpang diorang suruh beratur dekat tempat cek beg, dekat situ diorang akan geledah beg korang satu-satu. Macam aku kene beratur tempat hidu anjing, tak perlu buka beg, anjing tu lalu je.

Keluar dari balai ketibaan, kitorang terus cari simcard Optus AUD20, mula-mula ingat nak beli 1 je, pastu pakcik (en.suami) cakap nak beli juga, so beli la 2 simcard. Keluar je dari airport terus tunggu Abang Noah. Aku ambik airport transfer dengan abang Noah. Abang Noah ni orang Perak, tapi stay dekat Perth, ada orang share no abg Noah dekat aku, so dah deal siap-siap dengan abg Noah dari Malaysia lagi. Dari awal aku plan nak naik public transport je., tapi bila dah kenal abg Noah ni terus tukar plan.

Contoh simcard Optus

Tengah tunggu Abg Noah

Bagi korang yang nak naik public transport, lepas keluar dari Airport korang boleh ambik Bus No. 380 dan akan berhenti di Elizabeth Quay bus station. Aku sarankan korang Install App Transperth, aplikasi ni memudahkan korang. Macam aku, aku dah siap-siap print map  bus diorang, nanti senang nak tengok.

Map yang aku print

Korang boleh tengok jadual bus dekat sini


Abg Noah ambik, terus hantar kitorang ke hotel. Sampai hotel dalam pukul 5 lebih, dah dekat maghrib time tu, penat seharian, lepak bilik je, memang tak keluar dah. Pakcik (en.suami) je la yang keluar cari makan. Hotel kitorang memang dekat dengan pusat tumpuan., senang nak cari makanan halal. Abang Noah siap pesan lagi dekat kitorang pukul 10 malam camtu, duk hotel je. So awal-awal kitorang dah tido, sebab esoknya nak jalan jauh ke Pinnacles dan Lancelin Sand Dunes.

Ok. nanti aku sambung eh!

Cau Adios!

-LynieYusoff-





No comments:

Post a Comment