Followers

Tuesday, July 9, 2019

TIPS ke KLIA/KLIA2 dengan bajet ciput


Hello guys,

Mesti korang tercari-cari tips ke KLIA/KLIA2 dengan bajet ciput kan.,
betul tak?? Mungkin ramai yang dah tahu atau mungkin juga ramai yang belum tahu.
Ok., jom aku share.

Awal tahun (Jan 2019) aku dengan keluarga kecik aku nie, dah plan nak bercuti ke Thailand, tapi yang menjadi masalahnya, macam mana kitorang nak pergi KLIA2 dengan bajet yang ciput,. Last time kitorang pergi KLIA2 naik teksi kene bayar RM80 dekat pakcik teksi tu. Serius aku rasa mahal gila weh., Aku naik dari Puchong ke KLIA2, macam tak berbaloi. Jadi kali ni aku dah nekad tak nak naik teksi lagi.

Aku decide nak naik grab je., nampak macam murah sikit dari teksi. Korang boleh tengok harga Grab ke KLIA2 dekat Apps diorang. If korang dari Lembah Klang harga Grab cuma RM65, macam iklan dorang kat bawah ni.


Tapikan.. tapikan..
Aku dapat cara yang lagi murah dari naik grab nie. Cuba korang tengok gambor bawah ni.,


Harga tiket bas dari Putra Heights ke KLIA/KLIA2 cuma Rm 4 je weh., aku rasa ni yang paling murah aku dapat. Lagipun memang ngam la dengan aku, sebab aku dari Puchong. If korang dari KL Sentral boleh naik LRT ke Putra Heights, tambang LRT pun baru Rm 4.10, boleh tengok gambor dekat bawah ni.

Click gambor untuk semak harga tiket LRT

So berbaloi ke tidok?? hehehe..

Tapi korang kene ingat JET BUS nie cuma ade beberapa masa sahaja., so korang pandai-pandai la plan trip korang, kang ade yang terlepas Flight pulak. Kaunter tiket ade di level bawah LRT Putra Heights., kalau korang tak jumpa sila la ringankan mulut untuk bertanya orang ek.

Bus sangat cantik, selesa dan masih baru. Masa aku naik tu, cuma ade dalam 6 atau 7 orang penumpang je.. mungkin ramai yang belum tahu tentang kewujudan JET BUS nie.

Tengok! Tak penuh pun basnya.

Di harap dengan perkongsian tips aku nie, dapat menjimatkan poket korang., duit tambang lebih tu boleh lah buat shopping or makan-makan di KLIA/KLIA2 nanti.

ok
Cau ^_^

No comments:

Post a Comment