Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Sunday, February 26, 2012

Kau Penipu!

Penipu!!! Penipu!!! Penipu!!!

hah korang pernah ader pasangan yang kaki penipu? ader pengalaman tak?
hoishh.... aku dulu memang pernah.. memang menyakitkan hatikan.. tapi aku tak kan cite la pengalaman aku yang dulu., aku malas da nak ingat perkara yang lepas-lepas, coz sekarang Allhamdulillah aku dapat orang yang jujur ngan aku.. aceh..

Nape yer tetiba aku nak wat entry tajuk camni? owh camginie,.. ader seorang teman aku nie, beliau selalu jer kene tipu ngan pasangan beliau, lalu beliau mintak pendapat pada aku,, yer la, org ader pengalaman kan.. huhu, skit-skit tu aku bley la kongsi.

Lelaki nie, kla da skali menipu, percaya lah, die akan tipu kite berkali-kali., tak percaya? just wait and see, tu pun kalau korang memang tak rasa sakit hati. hehehehe.

Meh kita kenal, ciri-ciri LELAKI PENIPU, meh meh

Berikut adalah ciri-ciri lelaki penipu

1. Mudah sangat panggil kita syg (sebab dia ada ramai awek.,TERLAMPAU RAMAI.,sebab tu x ingat nama., so panggil syg senang, tah yah ingat nama)

2. Cepat sangat cakap dia dah jatuh CINTA dgn kita (dia tak nak buang masa dan nak kita pun cepat jatuh ke perangkap dia)

3. Bila kita call selalu tak angkat.Bila kita SMS selalu lambat jawab., Alasan Busy la., tertido la., (Kalau sekali sekala xpe... kalau tiap-tiap kali kita call or SMS dia ckp mcm tu... there must be something wrong with this guy., girls.,BEWARE!!!)

4. Dia ada 2,3 Handphone.,( ini paling bahaya.,1 phone untuk bini., 1 phone utk cikaro... ,1 phone utk ofis... ekekekke) (macam aku terkena dulu, last-last baru tahu die ader hp buruk tuk cikaro beliau, alah sian, hp buruk jek tuk msg cikaro.. ish-ish.

5. Si lelaki selalu marah kita bila kita lambat angkat call or lambat reply SMS (sebab dia takut kita pun macam dia... pasang ramai) hahaha, yang nie tak bley blah kan.., kalau da pasangan kita berlaku curang, tak mustahil kita pun akan curang gak kan.. ish ish... (AKU SETIA OKEY!)

6. Bile kite ade ngan die, dan ade org lain call encet die, die pegi jauh-jauh dari kite sebab nak jawab fon... ermm..fikirlaa nape ek!

7. Bile die tak bagi kite pegang hp die lgsung, jangankan nak pegang, nak tengok-tengok time die sms pun die tak bagi..ermm..memang SAH..ade tak kene!

8. Bile die ngah sms kite elok-elok, tibe-tibe die kata nak TIDO... fuhh...memang weird..kalo tengah malam tak pe, ni awal lagi kot.

9. Bile die cam gelabah bile kite tuduh die something..die mule nk putar citer, mule-mule kite nk salahkan die, tp last-last die wat kite rase kite yang bersalah..punye pjg lebar die membebel marah kite, sebenarnye nk cover salah die... ahaks!

10. Dia suka cakap besar.YB ni makcik dia.,Menteri tu pakcik dia.Ada rumah besar 500k.Ada company besar.,nak expand company la apala., tapi yg ado rumah serupa reban Ayam, haish!

11. Dia tak lokek belanja pompuan.Apa saja yang pompuan mintak dia akan bagi.Selagi dia belum dapat apa yg dia mahu ( kaum hawa... kalau dia nak belikan apa-apa.Terima saja..,itu rezeki namanya... tapi jgn sekali-kali meminta-minta.Dia bukan suami kamu...dan bila-bila masa dia boleh ungkit tentang pemberiannya pada kamu... BEWARE girls... )

12. Bila kamu tanya nama penuh kamu.dia tergagap-gagap nak jawab.Sebab awek ramai sangat.sampai terlupa nama kamu siapa., Nie da tahap kritikal la nie, nie haram jadah punya pasangan!

hah, agak-agak ader tak terkena sipi-sipi kat batang idung korang tuh.., bawa-bawa la bersabor., korang yang nak sangat kan lelaki cam gitu,hurmmm..,

apa yg penting dlm sesebuah perhubungan tu,JANGAN TERLALU MENGHARAP dan JANGAN CEPAT PERCAYA DGN KATA-KATA MANIS.

jangan la cepat serah-menyerah neh.kalau dia nak kita, dia tunggu la.,tak yah la takot kena tinggal,jodoh tu dah lama tertulis untuk kita sebelum keluar dari perut ibu lagi.sebelum roh ditiup masuk ke jasad.

Lelaki ni kalau dia betul-betul nak..serious... tak de nyer nak menipu-nipu nie, yang penting IKHLAS dengan kite..semua benda akan lalui jalan dengan MUDAH dan DIREDHA.esok lusa tau-tau dah jemput majlis kawen je.

so,perempuan...
TIPS nak elak kena tipu,pilih la lelaki yg CAKAP SERUPA BIKIN.
DIA NAK YOU,KESUNGGUHAN DAN TANGGUNGJAWAB TU BERIA-IA..,DIORANG LAKUKAN DENGAN RELA HATI.
bukan susah nak detect diorang ikhlas ke tidak, nak detect 'sweet talker a.k.a penipu ni' senang je..diorang tak akan larat nak berlakon 'baik dan suci' smpai 2/3 bulan.dan mereka ini golongan yg cepat bosan.


pengalaman itu mendewasakan & selamat maju jaya kepada sekalian perempuan.

“Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, CINTA, dan rasa hormat. - Saidina Ali bin Abi Thalib”

credit to :virtualfriends.net/discussion

Friday, February 24, 2012

Sedang berada di bulan

Alhamdulillah...
Lapang rasa hati, lapang rasa fikiran.,
Masalah yang menimpa, sudah hilang begitu sahaja.,

Silap sendiri yang terlalu ikutkan perasaan,
berfikir yang bukan-bukan,
aiyoo..,kesian si sang hati,
menanggung perasaan gundah gelana,
meyakinkan aku si keras kepala,
melahirkan cinta yang kian mekar, berbunga-bunga.,

Sejak kami bertaut hati,
itulah kali pertama,
aku merajuk hati tidak terkata,
tapi hanya untuk sehari dua,
mujur si sang hati punya kesabaran berganda-ganda,

hari-hari kami kembali ceria,
gelak tawa di mana-mana,
kisah silam tidak mungkin di kata,
kerna kami saling setia,
menjalani hari-hari bahagia.


*nota kaki = Gud Luck to sang hati,Kursus kawen tu perlu di fahami dan di hayati. ^_^

Tuesday, February 14, 2012

Wahai sang hati

Redha...

Aku tak tahu nak mulakan entry nie dengan ayat macam mana, aku tak pasti entry nie boley fahamkan die apa yang aku rasa saat nie. Baiklah, aku mulakan entry nie dengan perkataan redha.
Aku redha dengan apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku, aku percaya pada Qada dan Qadar. Aku percaya Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk aku.

Wahai sang hati yang diambil,

Tolong fahami perasaan aku, tolong fahami apa yang aku pernah lalui, tolong fahami kenapa aku bersikap begitu, tolong fahami setiap keputusan aku, dan tolong fahami perasaan hatiku.
Di saat hati sedang berbunga-bunga, kenapa perlu datang masa lalu., kenapa? kenapa perlu dikeluarkan statment yang boley menyakitkan hatiku.

I don't care.,kamu pernah menjadi adik angkat or what so ever..but why? when u get married.,u tell me, everything about u n sang hatiku? ya.. kamu berjaya membuat hatiku sakit., dan terima kasih untuk itu.

Wahai sang hati yang diambil,

Aku sudah penat, penat dengan perasaan ragu-ragu, penat dengan luahan hatiku kepada mu,yang kamu mungkin untuk cuba fahami,tapi percayalah, perasaan aku tak mungkin berubah, selagi kamu menjaga hatiku.

Wahai sang hati yang diambil,

Sekarang aku sudah redha, aku tidak meletakkan sebarang harapan, aku hanya menanti saat itu.,