Followers
Wednesday, June 6, 2012
Sunday, June 3, 2012
Segmen : Follower Pilihan Niera
Aku saje nak try-try masuk segmen nie, mana la tahu boleh menangkan. Aku dah la jarang masuk mende-mende alah macam nie., kla rezeki menang tuh, makin bersemangat la nak join segmen-segmen lain., hehehehe.
So korang meh la join sekali, klik kat banner comel atas tu. Good Luck ^_^v
Ini Cerita Dia
9 tahun dulu, aku seorang yang takutkan kucing, pantang nampak mesti aku rasa nak sepak, lagi-lagi bila time makan dekat kedai, asal kucing datang je, mesti aku akan halau, kalau degil sangat, aku halau pakai kaki, kejam sungguh time tu rasanya. Aku sangat takut dengan kucing time tu, perasaan geli tu ada, aku pun tak tahu kenapa.Tapi sejak aku sambung belajar Diploma di Uitm Machang pada tahun 2003, segala-galanya berubah bila aku kenal dengan seorang hamba Allah yang sangat sukakan kucing. Beliau yang aku maksudkan adalah Juliana (Na). Na seorang yang sangat sukakan kucing, masa tu aku pun pelik kenapa die suka sangat dengan kucing.
Na
(Sowie curi gambo ko dlm FB)
Aku rasa sebab die la aku berjinak-jinak sukakan kucing. Pastu family aku ader bela seekor kucing putih time tu, so kegelian yang aku alami terhadap kucing beransur hilang. Betul la orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Kucing nie sejenis haiwan yang sangat manja dengan tuannye, tak caya? try korang bela sendiri., sure korang akan jatuh cinta dengan kucing korang.
Nak dijadikan cerita, hujung tahun lepas,dalam bulan 12, tarikhnye aku lupa, kucing hitam aku, yang diberi nama KENEK selamat melahirkan 3 ekor anak beliau, tapi 1 ekor da mati pas lahir tu, tinggal la 2 ekor., warna kelabu (BUBU) dan sekor lagi belang-belang putih itam (BELLA).
KENEK , BUBU & BELLA
Bella telah di ambil oleh jiran aku, Mak aku plak boley kasi kat orang, time tu frust la jugak. So tinggallah BUBU. Dari BUBU kecik lagi aku yang jaga, selalu aku mandikan dia, BUBU memang seekor kucing yang sangat manja, suka duduk atas peha orang, tak banyak kerenah, tak banyak bunyi, die akan berbunyi time die lapar je. Jom layan gambar BUBU yang sangat manja nie.
Comel dan manja sangat BUBU nie, tapi segala-galanya berubah, bila BUBU tak ada selera makan, aku pun tak tahu kenapa, badan dia tetiba susut sangat, da jadi kurus. Aku ada bawa dia ke klinik. Doktor cakap die kene cacing, itu yang kurang selera makan, so doktor bagi ubat cacing dan vitamin. Balik dari klinik haiwan tu, aku memang jaga die, bagi ubat, vitamin, makan die pun aku jaga. Setiap hari aku akan mandikan dia.
Tapi BUBU dah tak seceria dulu, dia banyak termenung je, kalau aku panggil pun dia termenung je, hurmm sedih tengok dia dah tak ceria. BUBU asyik muntah dan cirit birit. BUBU akan bersuara kalau dia nak berak, aku akan angkat dia pergi toilet, dah siap berak, aku yang cebok bontot dia. Nie gambar BUBU semasa dia sedang sakit.
2 Jun 2012, BUBU dah nampak macam sihat sikit, dia dah bleh berlari-lari ke dapur, time aku panggil,. BUBU dah ade selera makan, memang sangat banyak dia makan., rasa lega sikit hati aku, aku harap dia cepat sihat dan ceria macam dulu. Malam tu dia tido atas peha aku, syok je tengok dia tidur, sambil aku melayan tv sampai pukul 3 pagi dia duk tido atas peha aku, bila aku nak tido baru aku angkat dia ke tempat tido dia.
3 Jun 2012, pagi tu Mak aku kejut, cakap BUBU dah tak larat, aku pun cepat-cepat bangun tengok BUBU, sebak rasa hati bila tengok dia da tak mampu nak gerak, mata dia terbuka, mulut dia tercungap-cungap. Aku pangil dia.., BUBU......BUBU....BUBU....bangun,,,, bangun BUBU... dia mengeow,,, mata dia pandang tepat arah aku. Aku cepat-cepat bagi dia air, BUBU memang nampak tak larat sangat, nak gerakkan tangan dia pun dah tak larat. Bila aku bagi air, dia telan perlahan-lahan., dalam hati nie, Tuhan jer tahu macam mana rasanya. Tiba-tiba die mengeow dan badan dia teketar-ketar, mata BUBU masih memandang tepat ke arah aku, sehingga BUBU tidak lagi bernafas. Petang tu aku yang tanam BUBU, sedih rasa hati nie, bila kehilangan BUBU, dia banyak ceriakan hari-hari aku ngan keletah manja dia, tapi sekarang semuanya dah tak da., hurmmmmmmmmmmmmm...
BUBU dah tak bernyawa
Gali kubur BUBU
Sedih memang sedih, nie la pertama kali aku bela kucing dengan penuh kasih sayang aku, terasa macam kehilangan orang tersayang je, hurmmmmmmmmmmmm.....walauapapun...
BUBU akan terus kekal dalam ingatan aku
BUBU
Subscribe to:
Posts (Atom)


