Followers

Tuesday, July 24, 2012

Senja di Janda Baik

Aku punya satu cerita yang mahu di kongsi. Jam di lapppy nie menunjukkan pukul 3.09 a.m dan entry yang aku tulis nie bertarikh 24 July 2012 hari Selasa. Pagi-pagi buta macam nie, mata aku memang tak dapat nak lelap., seperti yang aku telah jelas kan di entry hati tolong la tenang . Jadi aku putuskan untuk mengeluarkan satu entry, yang sudah lama aku pendam-pendamkan. Tapi oleh sebab aku nie pemalas nak update blog, cerita nie sudah menjadi perkasam.., erk. sedap tuh.

Oleh sebab pagi  nie, kebosanan tahap melampau, aku akan keluarkan cerita nie. Mari hayati cerita ini bersama-sama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

* Sekadar gambar hiasan *

Kisahnya bermula disini., tahun lepas iaitu 2011, aku selalu berulang alik dari Gombak ke Janda Baik  Pahang(JB), Perjalanan yang mengambil masa lebey kurang 30- 40 minit. Kebiasaannye laluan yang akan aku ambil untuk sampai ke JB adalah melalui jalan lama dr Genting Sempah. Siapa yang biasa jalan ni, akan tahu macam mana keadaannye. jalan yang penuh berliku-liku dan agak menyeramkan, biarpun pada waktu siang.

Waktu-waktu yang pernah aku lalu jalan nie, biasanya pada waktu siang, dan kerap jugak pada waktu malam, angaran masa 8mlm dan pernah jugak dlm 12mlm. 

Selepas menghantar pakcik, aku akan mengambil jalan pintas, mengikut jalan lama JB ke Genting sempah nie. Berpuluh kali pakcik pesan, jangan ikut jalan lama tu, tapi sebab kedegilan aku nie, aku still je ikut jalan tu., nak takut apekan., lagi pun cepat sikit sampai, walau pun jalan tu jarang orang lalu pada waktu malam. Ada satu lagi jalan iaitu melalui Bukit Tinggi dan keluar terus ke highway. Bagi aku jalan tu macam leceh skit, sebab agak jauh dan melambatkan aku. 

Tapi.......

Semuanya berubah,...Selesai urusan di KL, aku menghantar pakcik ke JB, lebey kurang pukul 6 lebey sampai di JB. Waktu senja yang menyamankan di JB. Drive sensorang mengikut haluan yang selalu aku pilih, Jalan Lama, JB > Genting Sempah. Haritu, tak de sebijik kete pun yang lalu., hanya aku.

Ye, hanya aku yang melalui jalan lama tu, dengan hati girang sambil memandu, sambil mendengar lagu di corong radio, dan tingkap kereta kiri dan kanan terbuka luas, sambil menghirup angin senja yang nyaman, bibir terkebil-kebil menyanyikan bait-bait lagu., sehingga sampai di selekoh yang punya satu tokong kecil berwarna merah, yang betul-betul berada  di tepi selekoh , hati mula berdebar kencang, seperti ada sesuatu yang sedang melirik panjang ke arah aku. 

Ye., tepat tekaan aku, ada sekujur tubuh yang berada di tepi selekoh, betul-betul di sebelah tepi tingkap aku memandu. Sekujur tubuh berdiri kaku, berwarna putih dan berambut panjang mengurai. Jantung berdegup kencang seperti mahu memecut laju.

Aku cepat-cepat naikkan tingkap kereta kiri dan kanan., belum sempat tingkap kereta di naikkan,,,......


dddddddddddddeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmm

bunyi sesuatu jatuh di atas bumbung kereta, bunyi yang agak kuat, yang mengejutkan aku., aku pandang di cermin pandang belakang, mungkin ranting kayu yang jatuh, oleh sebab itu adalah kawasan hutan, tapi ternyata tekaan aku meleset, tiada apa pun yang jatuh bergolek., hati semakin kencang, gelisah, bercampur-baur., air mata hampir menitis., aku cepat capai hp dan call pakcik. Pakcik pesan jangan berhenti kereta kat kawasan tu terus drive sampai ke Petronas Genting Sempah,. belum sempat aku nak cakap........

tetiba......

ada satu entiti berbentuk bulat yang jatuh bergolek dari atas bukit betul-betul di hadapan kereta aku., tak de apa yang boleh aku pikirkan lagi masa tu., pecut se laju mungkin,  sehingga ke Gombak. Haritu adalah hari terakhir aku menggunakan jalan lama tersebut., dan pengalaman nie akan terus kekal dalam ingatan aku.

Kata Pakcik, aku adalah antara orang yang bertuah sebab dapat jumpa ................. 



Mungkin beliau mahu bergurau haritu,, tahniah!!!! anda berjaya!





Monday, July 23, 2012

Hati tolong lah tenang

Sambil-sambil menunggu untuk solat trawih nie, sempat lagi aku nak mengupdate blog ni..huh.. hampir sebulan mata nie tak lelap pada sebelah malam., puas aku berguling-guling, berangan-rangan tapi masih juga tak dapat nak lelapkan mata.., naik lemau badan, terasa reput tulang temulang, bila badan tak cukup rehat pada waktu malam. Waktu siang plak baru bleh tido, itu pun hanya 2 hingga 4 jam sehari, naik pening dah kepala. 

Tiap tiba waktu malam, hati aku seperti tak tenang, seperti ada perkara penting yang aku pikir kan, tp aku sendiri tak pasti apa yang aku pikirkan. Wahai hati, tolong la tenang, supaya aku bisa tidur dengan nyeyaknya.

Bila keaadaan mcm nie, aku jadi hilang sabar, semakin sensitif, jadi tolong la jaga hati aku, supaya tidak mengeluarkan perkara-perkara yang boleh menguriskan hati, dan tidak meninggikan suara.

Hurmm, Pakcik bersusah payah google, cari penyelesaian  masalah aku nie,.. di bawah adalah artikel yang pakcik suruh aku baca..mari baca sesama.


Gaya Hidup
Salah satu punca kenapa kita sukar untuk tidur di malam hari adalah disebabkan gaya hidup kita yang aktif atau gemar untuk bekerja di malam hari. Apabila hari mulai gelap, kita pun mulai aktif melakukan setiap kerja yang perlu dilaksanakan. Setiap individu mempunyai ruang waktu yang berbeza untuk selesa bekerja, ada yang gemar bekerja di waktu siang, ada pula di malam hari. Tanpa sedar, disebabkan perkara ini, kita cenderung untuk berjaga sehingga lewat pagi dan ini menyebabkan jam biologi kita terganggu, dan apabila kita cuba untuk tidur lebih awal pada hari kita tidak bekerja, kita akan menghadapi masalah untuk tidur.
Seandainya kita bekerja sendiri, ataupun memang syarikat kita memberi kelonggaran untuk bekerja mengikut masa kita, perkara ini bukanlah satu masalah, namun begitu, sekiranya kita bekerja makan gaji di siang hari, sedikit sebanyak pasti akan mengganggu produktiviti dengan gaya hidup sebegini. Cara terbaik adalah dengan menukar jam biologi kita, sedikit demi sedikit kita awalkan masa kita masuk tidur, walaupun mungkin pada awalnya akan sukar untuk melakukannya, tetapi ada perkara yang akan membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak, akan dibincangkan dalam perenggan seterusnya.
Tidur di siang hari
Amalan tidur di siang hari ini juga antara punca kenapa kita sukar untuk tidur di malam hari. Kebiasaannya ini berlaku apabila kita berjaga sepanjang malam, dan apabila matahari terbit, kita sudah terlalu letih untuk berjaga, maka jalan penyelesaian mudah, kita pun tidur di siang hari. Apabila malam, kita kembali segar kerana telah tidur di siang hari, walaupun sememangnya disunatkan untuk tidur sebelum zuhur dengan niat ingin bangun malam untuk menunaikan ibadat, namun ramai antara kita yang tidur terlalu lama sehinggakan tidak boleh tidur terus di waktu malam.
Cara untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, kita ambil satu hari untuk tidak tidur langsung di siang hari, dan kemudian tunggu sehingga masa yang sesuai di malam hari untuk tidur, disebabkan badan kita sudah terlalu lebih, pasti kita akan tidur dengan mudah. Jangan tunggu terlalu lewat sehingga 2-3 pagi untuk cuba tidur, itu akan tetap mengganggu anda untuk tidur dengan baik.
Trytophan
Trytophan adalah salah satu daripada 10 jenis asid amino yang badan kita perlukan untuk penguraian sumber protein dalam badan. Bahan ini berkait rapat dalam proses sistem perhubungan saraf kita terutama yang berkaitan dengan proses rehat, ketenangan dan tidur. Kebaikan trytophan ini adalah boleh membantu mengawal selera makan kita, membantu anda tidur dan membaiki mood anda. Sumber makanan yang mempunyai unsur trytophan adalah seperti daging merah, produk tenusu, kekacang, pisang, kacang soya, tuan, produk bercengkerang dan juga ayam turki.
Sekiranya anda sukar tidur, cuba panaskan segelas susu segar, kemudian minum semasa ianya masih suam, kebiasaannya anda akan lebih mudah untuk tidur selepas itu. Tabiat meminum susu suam ini seringkali aku amalkan sekiranya aku sukar untuk tidur, tetapi sekiranya anda melakukan aktiviti yang menyebabkan anda leka (seperti menulis di twitter) mungkin ianya tidak akan berkesan. Seeloknya, selepas anda meminum susu tersebut, baring dan rehatkan badan anda agar boleh melelapkan mata.
Semoga tips ini akan dapat membantu anda tidur dengan lebih mudah. Perlu diingatkan, tidur di malam hari dan di siang hari memberi kesan yang berbeza, ada proses semulajadi yang badan kita lakukan semasa kita tidur di malam hari, tetapi proses itu akan terganggu sekiranya kita tidur di siang hari. Selamat menjalani hari anda dengan lebih sihat.
cerdit to www.eizil.com

Saturday, July 21, 2012

Jangan kahwini perempuan yang ada 6 sifat ini

 

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".


1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:


Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.


Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

Sunday, July 1, 2012

18 CIRI SUAMI SOLEH







1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya.


2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.


3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.


4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.


5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.


6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut
kemampuannya


7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.


8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan  rumah tangga mereka.


9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.


10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.


11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.


12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina,  menipu, mencuri dan sebagainya.


13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini  meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.


15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.


16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.


17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.


18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.