Followers

Monday, July 23, 2012

Hati tolong lah tenang

Sambil-sambil menunggu untuk solat trawih nie, sempat lagi aku nak mengupdate blog ni..huh.. hampir sebulan mata nie tak lelap pada sebelah malam., puas aku berguling-guling, berangan-rangan tapi masih juga tak dapat nak lelapkan mata.., naik lemau badan, terasa reput tulang temulang, bila badan tak cukup rehat pada waktu malam. Waktu siang plak baru bleh tido, itu pun hanya 2 hingga 4 jam sehari, naik pening dah kepala. 

Tiap tiba waktu malam, hati aku seperti tak tenang, seperti ada perkara penting yang aku pikir kan, tp aku sendiri tak pasti apa yang aku pikirkan. Wahai hati, tolong la tenang, supaya aku bisa tidur dengan nyeyaknya.

Bila keaadaan mcm nie, aku jadi hilang sabar, semakin sensitif, jadi tolong la jaga hati aku, supaya tidak mengeluarkan perkara-perkara yang boleh menguriskan hati, dan tidak meninggikan suara.

Hurmm, Pakcik bersusah payah google, cari penyelesaian  masalah aku nie,.. di bawah adalah artikel yang pakcik suruh aku baca..mari baca sesama.


Gaya Hidup
Salah satu punca kenapa kita sukar untuk tidur di malam hari adalah disebabkan gaya hidup kita yang aktif atau gemar untuk bekerja di malam hari. Apabila hari mulai gelap, kita pun mulai aktif melakukan setiap kerja yang perlu dilaksanakan. Setiap individu mempunyai ruang waktu yang berbeza untuk selesa bekerja, ada yang gemar bekerja di waktu siang, ada pula di malam hari. Tanpa sedar, disebabkan perkara ini, kita cenderung untuk berjaga sehingga lewat pagi dan ini menyebabkan jam biologi kita terganggu, dan apabila kita cuba untuk tidur lebih awal pada hari kita tidak bekerja, kita akan menghadapi masalah untuk tidur.
Seandainya kita bekerja sendiri, ataupun memang syarikat kita memberi kelonggaran untuk bekerja mengikut masa kita, perkara ini bukanlah satu masalah, namun begitu, sekiranya kita bekerja makan gaji di siang hari, sedikit sebanyak pasti akan mengganggu produktiviti dengan gaya hidup sebegini. Cara terbaik adalah dengan menukar jam biologi kita, sedikit demi sedikit kita awalkan masa kita masuk tidur, walaupun mungkin pada awalnya akan sukar untuk melakukannya, tetapi ada perkara yang akan membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak, akan dibincangkan dalam perenggan seterusnya.
Tidur di siang hari
Amalan tidur di siang hari ini juga antara punca kenapa kita sukar untuk tidur di malam hari. Kebiasaannya ini berlaku apabila kita berjaga sepanjang malam, dan apabila matahari terbit, kita sudah terlalu letih untuk berjaga, maka jalan penyelesaian mudah, kita pun tidur di siang hari. Apabila malam, kita kembali segar kerana telah tidur di siang hari, walaupun sememangnya disunatkan untuk tidur sebelum zuhur dengan niat ingin bangun malam untuk menunaikan ibadat, namun ramai antara kita yang tidur terlalu lama sehinggakan tidak boleh tidur terus di waktu malam.
Cara untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku, kita ambil satu hari untuk tidak tidur langsung di siang hari, dan kemudian tunggu sehingga masa yang sesuai di malam hari untuk tidur, disebabkan badan kita sudah terlalu lebih, pasti kita akan tidur dengan mudah. Jangan tunggu terlalu lewat sehingga 2-3 pagi untuk cuba tidur, itu akan tetap mengganggu anda untuk tidur dengan baik.
Trytophan
Trytophan adalah salah satu daripada 10 jenis asid amino yang badan kita perlukan untuk penguraian sumber protein dalam badan. Bahan ini berkait rapat dalam proses sistem perhubungan saraf kita terutama yang berkaitan dengan proses rehat, ketenangan dan tidur. Kebaikan trytophan ini adalah boleh membantu mengawal selera makan kita, membantu anda tidur dan membaiki mood anda. Sumber makanan yang mempunyai unsur trytophan adalah seperti daging merah, produk tenusu, kekacang, pisang, kacang soya, tuan, produk bercengkerang dan juga ayam turki.
Sekiranya anda sukar tidur, cuba panaskan segelas susu segar, kemudian minum semasa ianya masih suam, kebiasaannya anda akan lebih mudah untuk tidur selepas itu. Tabiat meminum susu suam ini seringkali aku amalkan sekiranya aku sukar untuk tidur, tetapi sekiranya anda melakukan aktiviti yang menyebabkan anda leka (seperti menulis di twitter) mungkin ianya tidak akan berkesan. Seeloknya, selepas anda meminum susu tersebut, baring dan rehatkan badan anda agar boleh melelapkan mata.
Semoga tips ini akan dapat membantu anda tidur dengan lebih mudah. Perlu diingatkan, tidur di malam hari dan di siang hari memberi kesan yang berbeza, ada proses semulajadi yang badan kita lakukan semasa kita tidur di malam hari, tetapi proses itu akan terganggu sekiranya kita tidur di siang hari. Selamat menjalani hari anda dengan lebih sihat.
cerdit to www.eizil.com

2 comments:

  1. Terima kasih kongsi info2 nih..
    hope lepas ni awak dapatlah tidur dengan hati yang tenang :)

    ReplyDelete
  2. sesama ^_^v
    Thanks, hope mcm tu la.

    ReplyDelete