Jangan kahwini perempuan yang ada 6 sifat ini
Pesanan
Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang
enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan
engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang
diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan
tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini
yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah
yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka
mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.
Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang
lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik
dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak
bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat
perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,
lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa
suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu.
Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka
menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome
sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia
menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada
dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan
barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan
menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu,
orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan
itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya
tukang sibuk dan komen saja.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.
ya allah jauhilah aku dari sifat2 buruk.. huhu
ReplyDeleteawak, kalau boleh awak buang lah word verification ni eh.. kalau xtau cane nak buang, kita ada buat tutorial dekat blog.. peace.. hehe
ehy,,ade ehy...kite tak perasan la plak... okeh, nt kite jenguk blog awk ehy...
ReplyDelete