Followers

Monday, November 7, 2011

Main Masak-Masak ehy.....


Halo...halo
Petang-petang nie x tahu nak wat per.,,, aku mencari-cari ler resepi yang boley di masak malam kang.,kan baru lepas raya korban, dah sah-sah ler peti ais kat umah penuh ngan daging lembukan.,.
hah per lagi., sebulan la kan duk makan daging jer.,meh la kite try test masak resepi yang aku share ngan korang kat bawah nie.,semuanyer pasal daging. Meh., meh try..

1) DAGING KICAP SIMPLE

Bahan-bahan

daging 300g
b.merah, b.putih, halia ditumbuk
bawang besar dihiris
Kicap masin
tomato 1 biji

Cara-cara

Daging dibersihkan.
Kalau rase cam liat rebus dulu. Potong daging melawan ira daging dan nipis nipis
Gaul kicap + bahan yang ditumbuk dengan daging tadi
Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris tadi.
(Ikut la berape lama, kalau saye suke sampai bawang layu)
Campakkan le daging yang telah digaulkan tadi. Kalau kering tambahkan air utk kuah. Masakkan hingga lembut.
Masukkan tomato yang dibelah 4.

SIAP
------------------------------------------------------------
2) DAGING GORENG BERSOS

Bahan-bahan

daging- direbus seketul agar empuk elok disediakan awal
cili sos,kicap dan bawang putih

Cara-cara

Daging yang siap direbus dipotong dan digoreng biar nampak hangus sedikit
Bawang putih - ditumis
Masukkan daging yang telah digoreng sekejap tadi bersama cili sos, dan kicap
Kalau suka tambahkan tomato biji,ubi kentang(yg sudah digoreng),dan carrot
Rasalah manis, masin dan perasanya tambahkan sedikit air jika ingin ianya berkuah

SIAP
-------------------------------------------------------------
3) Daging Goreng Berlada Hitam

Bahan-bahan

Daging 500 gram
4 camca besar minyak masak
40 gram perencah maggi
1 labu bawang besar (dihiris)
2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus
1 cawan air
5 batang kacang panjang dipotong 3 cm

Cara-cara

Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet)
Rebus daging dengan secawan air
Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali.
Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar
Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi.
Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
Goreng selama 1 minit. Itu saja! :)

SIAP
-----------------------------------------------------------
4) Singgang daging

Bahan-bahan

200 g daging
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 keping asam keping a.k.a. gelugor
3cm lengkuas (ditumbuk kasar)
3 batang serai sederhana besar (dititik)
500ml air
Garam & gula utk perisa

Cara-cara

Bersihkan daging dan hiris nipis (1cm tebal).
Masukkan semua bahan kecuali garam dan gula. Rebuskan sehingga air menggelegak. Perlahankan api dan reneh untuk seketika lagi.
Masukkan garam dan gula. Kacau seketika. Tutup api dan hidangkan.

SIAP
---------------------------------------------------------------------
5) DAGING APRIL ASMARA

Bahan-bahan

Daging
Kicap tiram, kicap manis, kicap masin
Minyak bijan
Butter, Madu
B.merah, B.putih didadu
Halia dihiris halus
Biskut marie (tp i ganti ngan nestum je)
Capsicum

Cara-cara

Daging diperap dgn kicap tiram, kicap manis dan masin.
Masukkan sekali minyak bijan ngan bawangan yg didadu dibwh daging yg diperap utk mendapatkan aromanye. Kalau boleh perapla 1 jam.
Cairkan butter dlm kuali dan tumis bawang putih. Bile dah naik bau masukkan le daging yg diperap tadi dgn hirisan halia. Masak dan asingkan.
Utk kuah, masukkan biskut yg dihancurkan dgn air ke dlm bekas daging yg digoreng tadi. Masukkan butter dan kacau. Asingkan. (Ayat nih den krg paham)
Selepas itu cairkan butter lagi, masukkan semula daging yg diasingkan tadi, goreng hingga kering dan masukkan capsicum. Bolehla dihidangkan.

SIAP
----------------------------------------------------------------------
Hah camner korang., lapor plak pewut aku nie.., berjoget-joget da cacing dalam pewut nie kan., melihat resepi-resepi yang cam best nie., malam nie nak try masak., huhuhu..
korang pun try gak ehy., adios.

No comments:

Post a Comment