Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Thursday, June 21, 2012

Tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat




1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa .

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap .

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya .

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya .

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya .

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga .

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya .

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya .

9. Adakalanya dia seperti budak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain .

10. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya .

11. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama .

12. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya .

13. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri .

14. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya .

15. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting denganya .

16. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya 100 peratus mencintai kekasihnya .

17. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .

P/S : Kepada semua wanita yang bertuah menerima cinta sebegini dari seorang lelaki , hargailah mereka seadanya . Kerana jika seorang lelaki itu menangis ditinggalkan teman wanitanya , lihatlah betapa bodohnya wanita itu .

1 pengintip komen:

amranaiman said...

ye ke? :P

Post a Comment