Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Thursday, February 12, 2015

PULAU LANGKAWI :: EP 2

Holaaa…..
Jumpa lagi, setelah sekian lama menyepi…! Okeh mari sambung cite pasal Holiday ke Pulau Langkawi Ep 2. Oleh sebab keboringan yang melanda, maka nya aku gagahkan jua jejeri ku nie menaip kat blog yang semakin usang nie.

Aktiviti kitorang kat Langkawi tu agak padat jugak la, walaupun berdua. Orang kata pergi langkawi tak sah kalau tak pergi Island Hopping. So kami pun teringin gak la pergi join aktiviti tu. Untuk pergi Island Hopping korang boley beli dekat sepanjang  jalan Pantai Chenang. Time tu kitorang dapat harga RM25 untuk seorang. Aku rasa nie harga yang paling murah., sebabnya banyak yang aku dengar harga ke Island Hopping Rm 30 dan ade gak yang jual dengan harga RM 35. So pandai-pandai la korang cari tempat yang murah.

Okeh! Da beli pakej ke Island Hopping, so tunggu la keesokan paginya,.. tak silap aku dalam pukul 8 pagi kami di bawa menaiki bot ke Pulau Dayang Bunting,  Pulau Beras Basah dan tengok orang bagi helang makan.

Sebelum naik bot


Mula-mula singgah dulu di Pulau Dayang Bunting., kalau korang plan nak mandi kat tasik dayang bunting ni.., better korang pakai siap-siap baju mandi dari hotel., dan tak perlu bawa baju lain. So aku ngan pakcik memang plan nak mandi kt tasik tu, kitorang da siap pakai baju nak mandi and Cuma bawa towel je. Lagi satu korang jangan bawa plastic makanan, nanti ade plak makhluk lain (beruk) yg rampas plastic makanan korang..

Nak ke tasik dayang bunting ni, kene panjat tangga yang agak banyak,, jenuh gak la nak sampai, tapi bila da sampai… gile syooooookkkk ooooo… tak sabor nak terjun.. eh! Tapi nanti dulu., kalau tak pandai nak berenang camne nak terjun, kalau korang pandai berenang pun tak di galakkan untuk terjun, sebab dah ramai sangat orang lemas kat tasik nie. So sebelum terjun, kite pergi sewa life jacket dulu. Aku tak berapa ingat la plak berapa sewa life jacket tu.



Pulau Dayang Bunting

Okeh! Da pakai life jacket..apa lagi…terjun la…ekekeke.. time tu ramai gak la pelancong yang ade.Air kat tasik ni Nampak hijau, sebenarnya sangat jernih. Ermmm…. Orang-orang cakap, kalau minum air tasik nie boley bunting (hamil).. ermm nak caya ke tak ye??? Tapi… pakcik suh gak la aku minum., erk! Nak minum pun cam tak lalu.. tapi time berenang-renang tu, ade gak la tertelan sikit, rasa air tasik ni cam air mineral je.


Sempat lagi kami berposing

Selesai mandi manda di tasik dayang bunting, kami di bawa melihat burung helang, alah tak best mana pun, tengok pun kejap je., dalam 10 minit camtu. Lepastu kami terus dibawa ke Pulau Beras Basah, dekat sini kami diberi  masa 1 jam.Dekat Pulau Beras Basah nie aktiviti bebas, lantak korang la nak buat apa pun, nak mandi ke nak sekodeng mat saleh ke… ekekekeke..

Abis aktiviti di Pulau Beras basah, kami terus di hantar balik ke hotel. Dari pagi sampai tengah hari gak la aktiviti Island Hopping nie. Balik Hotel apa lagi, melantak dan tidozzzzzzzzz, petang plak mandi kolam kat hotel.

Aktiviti esoknya adalah naik cable car. Gayat memang la gayat, tapi macam tak best plak kalau datang Langkawi tak try naik mende alah tu kan.

Pemandangan dari dalam Cable Car




So itula antara aktiviti kitorang sepanjang honeymoon kt Langkawi  tahun 2014, banyak lagi aktiviti., tapi macam dah tak berapa ingat da..huuuhuuhuu..Semoga korang bergumbira masa bercuti di Pulau Langkawi ek.


P/s : Awal tahun 2015, masa bulan Januari, kami sekali lagi ber Holiday ke Langkawi, tahun lepas ber “Honeymoon” berdua, tapi  tahun nie ber “ Honeymoon” + ber “Babymoon” + “Family Vacation”.

1 pengintip komen:

worksai kumar said...

Excellent blog! Interesting information about the kad kahwin.
Thanks for sharing this Post…
Kad kahwin online

Post a Comment