Aku menulis mengikut gerak minda dan hati, mentafsir kehidupan yang aku lalui sepanjang hari, setiap detik berlalu mengingatkan aku tentang sesuatu, lalu di luahkan di sini, tanpa perlu menekan diri. Kamo sang pengintip perlu hormati, terima apa adanya yang tertulis disini.

Pengintip Berdaftar

Monday, March 23, 2015

10 TIPS TEMPAH KAD KAHWIN ONLINE



10 TIPS TEMPAH KAD KAHWIN ONLINE

1) BUDGET
- Ini merupakan perkara yang sangat penting sebelum nak buat apa-apa perkara sekalipun. Sebabnya ketahuilah korang bila nak kahwin,serius pakai banyak duit ooooooiii. Untuk bajet bagi kad kahwin,korang kena tetapkan sendiri berapa harga yang korang nak spend untuk 1 kad. Contohnya korang nak satu kad harga dia under 80 sen je.. So senang la korang nak memilih jenis kad yang bersesuain dengan budget dan menepati citarasa korang.


2) TENTUKAN TARIKH MAJLIS PERKAHWINAN
- Pastikan korang dah ada date yang betul & muktamad, jangan nanti bila designer dah design & print kad kahwin korang, tiba-tiba korang cakap nak tukar date. Ha kelam kabut jadinya, nak kena design balik, print balik, bayor pun jadi berdouble-double. Seeloknya dapatkan tarikh muktamad kemudian baru tempah kad kahwin sekurang-kurangnya 3 BULAN SEBELUM MAJLIS.


3) KUANTITI KAD
- Ramai pengantin yang taktau benda ni. Contohnya bila katering korang tempah untuk 1000pax, korang jagan la tempah kad pun 1000pcs. korang gi edarkan kad 1000pcs tu mmg tak cukup makanan korang tu nanti. Sepatutnya, jumlah pax korang haruslah dibahagi 2. contohnya kalau tetamu korang jemput 1000pax, maka kad kahwin yang korang perlukan adalah 500pcs je. kalau 2000pax, kad kahwin korang 1000pcs je. kalau 3000pax? ha kira sendiri!


4) TEMPAH UNTUK DUA-DUA BELAH PIHAK SEKALIGUS
- Untuk menjimatkan duit dan mendapatkan kad mengikut citarasa korang,lebih baik korang tempah kad untuk pihak lelaki dan perempuan sekaligus. Serius memang save bajet tau. Berbanding masing-masing tempah sendiri-sendiri..tapi benda ni bergantung kepada uolls dan pasangan lah. Mungkin korang masing-masing ada citarasa tersendiri. Bukan apa,contohnya kalau belah lelaki nak tempah 500 keping, belah perempuan pun nak tempah 500 keping...kalau gabung kuantiti kad korang tu dah 1000 keping, kalau tempah sekali lagi jimat tau. Sebabnya semakin banyak kad yang kita tempah, harga kad semakin murah.


5) JANGAN TEMPAH KAD BERULANG-ULANG
- Jangan menempah kad kahwin terlalu sedikit dan datang kemudian menempah lagi kerana tidak cukup. Harga akan lebih tinggi jika cetak sedikit.


 6) JANGAN LETAK GAMBAR
- Sebabnya kad kahwin ni orang bukan simpan baik-baik buat frame pun. Bersepah-sepah kat rumah, dalam keta. main pijak-pijak je. jadi, kesian lah muka korang dan pasangan korang yang hensem & molek belaka tu. sanggup kah korang membiarkan muka korang dipijak-pijak?


7) PETA LOKASI
- PENTING! peta tu biar jelas dan tepat. takde lah tetamu maki hamun ikut peta korang tu tiba-tiba sampai ke kubur cina. kalau boleh, bg koordinat GPS sekali. almaklumlah zaman sekarang serba moden ni kan.


8) ELAKKAN GUNA AYAT AL-QURAN
-Seeloknya jangan lah gunakan ayat-ayat suci Al-Quran. macam aku ckp tadi, kad tu nnti orang buang besepah-sepah & pijak-pijak je. Kalau nak letak, letak ayat jawi pun boleh, tp bukan ayat Al-Quran.



9)SAMPUL
-Biasanya harga setem untuk kad kahwin adalah 50 sen. tapi tu untuk sampul kosong je. kalau sampul yang bercetak mencecah 80sen ke atas. Fuh setem je dah mahal.. Seeloknya bila buat kad kahwin, jgn gunakan sampul bercetak.


10) SEMAK
- Semak dengan teliti detail kad korang, kang  ade pulak yang salah ejaan ataupun tersalah tarikh. Pihak designer tidak akan bertangungjawab kalau terdapat sebarang kesalahan ejaan mahupun tarikh, selepas kad siap dicetak. So sebelum korang suruh PROCEED, baik korang semak betul-betul.. jangan tengok design je cantik, tp detail tak check. INGAT  TAU!!!


So untuk bakal-bakal pengantin yang nak tempah kad kahwin tu, boleh la gunakan tips nie sebagai panduan korang. Eh! Klau nak tempah ngan company aku pun boley.. meh la melawat page aku kat facebook.. (klik link nie >>>>  https://www.facebook.com/pages/MakcikPakcik-Design-House/134815819928827



0 pengintip komen:

Post a Comment