Holaaa…..
Jumpa lagi, setelah sekian lama menyepi…! Okeh mari sambung
cite pasal Holiday ke Pulau Langkawi Ep 2. Oleh sebab keboringan yang melanda,
maka nya aku gagahkan jua jejeri ku nie menaip kat blog yang semakin usang nie.
Aktiviti kitorang kat Langkawi tu agak padat jugak la,
walaupun berdua. Orang kata pergi langkawi tak sah kalau tak pergi Island
Hopping. So kami pun teringin gak la pergi join aktiviti tu. Untuk pergi Island
Hopping korang boley beli dekat sepanjang
jalan Pantai Chenang. Time tu kitorang dapat harga RM25 untuk seorang.
Aku rasa nie harga yang paling murah., sebabnya banyak yang aku dengar harga ke
Island Hopping Rm 30 dan ade gak yang jual dengan harga RM 35. So pandai-pandai
la korang cari tempat yang murah.
Okeh! Da beli pakej ke Island Hopping, so tunggu la keesokan
paginya,.. tak silap aku dalam pukul 8 pagi kami di bawa menaiki bot ke Pulau
Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan
tengok orang bagi helang makan.
Sebelum naik bot
Mula-mula singgah dulu di Pulau Dayang Bunting., kalau
korang plan nak mandi kat tasik dayang bunting ni.., better korang pakai
siap-siap baju mandi dari hotel., dan tak perlu bawa baju lain. So aku ngan
pakcik memang plan nak mandi kt tasik tu, kitorang da siap pakai baju nak mandi
and Cuma bawa towel je. Lagi satu korang jangan bawa plastic makanan, nanti ade
plak makhluk lain (beruk) yg rampas plastic makanan korang..
Nak ke tasik dayang bunting ni, kene panjat tangga yang agak
banyak,, jenuh gak la nak sampai, tapi bila da sampai… gile syooooookkkk ooooo…
tak sabor nak terjun.. eh! Tapi nanti dulu., kalau tak pandai nak berenang
camne nak terjun, kalau korang pandai berenang pun tak di galakkan untuk
terjun, sebab dah ramai sangat orang lemas kat tasik nie. So sebelum terjun,
kite pergi sewa life jacket dulu. Aku tak berapa ingat la plak berapa sewa life
jacket tu.
Pulau Dayang Bunting
Okeh! Da pakai life jacket..apa lagi…terjun la…ekekeke..
time tu ramai gak la pelancong yang ade.Air kat tasik ni Nampak hijau,
sebenarnya sangat jernih. Ermmm…. Orang-orang cakap, kalau minum air tasik nie
boley bunting (hamil).. ermm nak caya ke tak ye??? Tapi… pakcik suh gak la aku
minum., erk! Nak minum pun cam tak lalu.. tapi time berenang-renang tu, ade gak
la tertelan sikit, rasa air tasik ni cam air mineral je.
Sempat lagi kami berposing
Selesai mandi manda di tasik dayang bunting, kami di bawa
melihat burung helang, alah tak best mana pun, tengok pun kejap je., dalam 10
minit camtu. Lepastu kami terus dibawa ke Pulau Beras Basah, dekat sini kami
diberi masa 1 jam.Dekat Pulau Beras
Basah nie aktiviti bebas, lantak korang la nak buat apa pun, nak mandi ke nak
sekodeng mat saleh ke… ekekekeke..
Abis aktiviti di Pulau Beras basah, kami terus di hantar
balik ke hotel. Dari pagi sampai tengah hari gak la aktiviti Island Hopping
nie. Balik Hotel apa lagi, melantak dan tidozzzzzzzzz, petang plak mandi kolam
kat hotel.
Aktiviti esoknya adalah naik cable car. Gayat memang la
gayat, tapi macam tak best plak kalau datang Langkawi tak try naik mende alah
tu kan.
Pemandangan dari dalam Cable Car
So itula antara aktiviti kitorang sepanjang honeymoon kt
Langkawi tahun 2014, banyak lagi
aktiviti., tapi macam dah tak berapa ingat da..huuuhuuhuu..Semoga korang
bergumbira masa bercuti di Pulau Langkawi ek.
P/s : Awal tahun 2015, masa bulan Januari, kami sekali lagi
ber Holiday ke Langkawi, tahun lepas ber “Honeymoon” berdua, tapi tahun nie ber “ Honeymoon” + ber “Babymoon” + “Family
Vacation”.
No comments:
Post a Comment