10 TIPS
TEMPAH KAD KAHWIN ONLINE
1) BUDGET
-
Ini merupakan perkara yang sangat
penting sebelum nak buat apa-apa perkara sekalipun. Sebabnya ketahuilah korang
bila nak kahwin,serius pakai banyak duit ooooooiii. Untuk bajet bagi kad
kahwin,korang kena tetapkan sendiri
berapa harga yang korang nak spend untuk 1 kad. Contohnya korang nak satu
kad harga dia under 80 sen je.. So senang la korang nak memilih jenis
kad yang bersesuain dengan budget dan menepati citarasa korang.
2) TENTUKAN TARIKH MAJLIS
PERKAHWINAN
-
Pastikan korang dah ada date yang betul & muktamad, jangan nanti bila
designer dah design & print kad kahwin korang, tiba-tiba korang cakap nak
tukar date. Ha kelam kabut jadinya, nak kena design balik, print balik, bayor
pun jadi berdouble-double. Seeloknya dapatkan tarikh muktamad kemudian baru
tempah kad kahwin sekurang-kurangnya 3
BULAN SEBELUM MAJLIS.
3) KUANTITI KAD
-
Ramai pengantin yang taktau benda ni. Contohnya bila katering korang tempah
untuk 1000pax, korang jagan la tempah kad pun 1000pcs. korang gi edarkan kad
1000pcs tu mmg tak cukup makanan korang tu nanti. Sepatutnya, jumlah pax korang haruslah dibahagi 2.
contohnya kalau tetamu korang jemput 1000pax, maka kad kahwin yang korang
perlukan adalah 500pcs je. kalau 2000pax, kad kahwin korang 1000pcs je. kalau
3000pax? ha kira sendiri!
4) TEMPAH
UNTUK DUA-DUA BELAH PIHAK SEKALIGUS
- Untuk menjimatkan duit dan mendapatkan kad mengikut citarasa korang,lebih
baik korang tempah kad untuk pihak
lelaki dan perempuan sekaligus. Serius memang save bajet tau. Berbanding
masing-masing tempah sendiri-sendiri..tapi benda ni bergantung kepada uolls dan
pasangan lah. Mungkin korang masing-masing ada citarasa tersendiri. Bukan
apa,contohnya kalau belah lelaki nak tempah 500 keping, belah perempuan pun nak
tempah 500 keping...kalau gabung kuantiti kad korang tu dah 1000 keping, kalau
tempah sekali lagi jimat tau. Sebabnya semakin banyak kad yang kita tempah,
harga kad semakin murah.
5) JANGAN TEMPAH KAD BERULANG-ULANG
- Jangan menempah kad kahwin terlalu
sedikit dan datang kemudian menempah lagi kerana tidak cukup. Harga akan lebih tinggi jika cetak sedikit.
6) JANGAN LETAK GAMBAR
-
Sebabnya kad kahwin ni orang bukan
simpan baik-baik buat frame pun. Bersepah-sepah kat rumah, dalam keta. main
pijak-pijak je. jadi, kesian lah muka korang dan pasangan korang yang hensem
& molek belaka tu. sanggup kah korang membiarkan muka korang dipijak-pijak?
7) PETA LOKASI
-
PENTING! peta tu biar jelas dan tepat.
takde lah tetamu maki hamun ikut peta korang tu tiba-tiba sampai ke kubur cina.
kalau boleh, bg koordinat GPS sekali. almaklumlah zaman sekarang serba moden ni
kan.
8) ELAKKAN GUNA AYAT AL-QURAN
-Seeloknya
jangan lah gunakan ayat-ayat suci Al-Quran. macam aku ckp tadi, kad tu nnti orang buang besepah-sepah & pijak-pijak
je. Kalau nak letak, letak ayat jawi pun boleh, tp bukan ayat Al-Quran.
9)SAMPUL
-Biasanya
harga setem untuk kad kahwin adalah 50 sen. tapi tu untuk sampul kosong je.
kalau sampul yang bercetak mencecah 80sen ke atas. Fuh setem je dah mahal.. Seeloknya bila buat kad kahwin,
jgn gunakan sampul bercetak.
10) SEMAK
-
Semak dengan teliti detail kad korang, kang ade pulak yang salah ejaan ataupun tersalah
tarikh. Pihak designer tidak akan bertangungjawab kalau terdapat sebarang kesalahan ejaan mahupun tarikh,
selepas kad siap dicetak. So sebelum korang suruh PROCEED, baik korang semak
betul-betul.. jangan tengok design je cantik, tp detail tak check. INGAT TAU!!!
So
untuk bakal-bakal pengantin yang nak tempah kad kahwin tu, boleh la gunakan
tips nie sebagai panduan korang. Eh! Klau nak tempah ngan company aku pun
boley.. meh la melawat page aku kat facebook.. (klik link nie >>>> https://www.facebook.com/pages/MakcikPakcik-Design-House/134815819928827
Good blog! You have described in a nice way.
ReplyDeleteThanks for sharing this information.
kadkahwindiy