Followers

Tuesday, July 9, 2019

TIPS ke KLIA/KLIA2 dengan bajet ciput


Hello guys,

Mesti korang tercari-cari tips ke KLIA/KLIA2 dengan bajet ciput kan.,
betul tak?? Mungkin ramai yang dah tahu atau mungkin juga ramai yang belum tahu.
Ok., jom aku share.

Awal tahun (Jan 2019) aku dengan keluarga kecik aku nie, dah plan nak bercuti ke Thailand, tapi yang menjadi masalahnya, macam mana kitorang nak pergi KLIA2 dengan bajet yang ciput,. Last time kitorang pergi KLIA2 naik teksi kene bayar RM80 dekat pakcik teksi tu. Serius aku rasa mahal gila weh., Aku naik dari Puchong ke KLIA2, macam tak berbaloi. Jadi kali ni aku dah nekad tak nak naik teksi lagi.

Aku decide nak naik grab je., nampak macam murah sikit dari teksi. Korang boleh tengok harga Grab ke KLIA2 dekat Apps diorang. If korang dari Lembah Klang harga Grab cuma RM65, macam iklan dorang kat bawah ni.


Tapikan.. tapikan..
Aku dapat cara yang lagi murah dari naik grab nie. Cuba korang tengok gambor bawah ni.,


Harga tiket bas dari Putra Heights ke KLIA/KLIA2 cuma Rm 4 je weh., aku rasa ni yang paling murah aku dapat. Lagipun memang ngam la dengan aku, sebab aku dari Puchong. If korang dari KL Sentral boleh naik LRT ke Putra Heights, tambang LRT pun baru Rm 4.10, boleh tengok gambor dekat bawah ni.

Click gambor untuk semak harga tiket LRT

So berbaloi ke tidok?? hehehe..

Tapi korang kene ingat JET BUS nie cuma ade beberapa masa sahaja., so korang pandai-pandai la plan trip korang, kang ade yang terlepas Flight pulak. Kaunter tiket ade di level bawah LRT Putra Heights., kalau korang tak jumpa sila la ringankan mulut untuk bertanya orang ek.

Bus sangat cantik, selesa dan masih baru. Masa aku naik tu, cuma ade dalam 6 atau 7 orang penumpang je.. mungkin ramai yang belum tahu tentang kewujudan JET BUS nie.

Tengok! Tak penuh pun basnya.

Di harap dengan perkongsian tips aku nie, dapat menjimatkan poket korang., duit tambang lebih tu boleh lah buat shopping or makan-makan di KLIA/KLIA2 nanti.

ok
Cau ^_^

Sunday, April 26, 2015

SCAN 3D/4D KLINIK SOFEA, PUCHONG

Holla…..

Toraaa datang lagi.. eh! ^_^v

Hari nie, tak berapa nak bz sangat, so boley la nak merapu kat dalam blog yang penuh sawang nie..ekekeke.. Okeh! Apa aku nak merapu nie ek! Ermmmmm ermmm ermmm…………

HA! Ting! (mentol kat atas kepala.. hahaha)

Meh nak story sikit pasal  buat 3D/4D scan. Lama dah nak buatnya, tapi kene tunggu baby dalam perut nie besor sikit, baru la boleh nak buat 3D/4D scan. Sebab apa kene tunggu besor skit? Sebabnya baru la boleh Nampak lelemak kat muka die,, ekekeke..

3D/4D scan nie sesuai di buat pada kandungan 26 minggu hingga 30 minggu, sebabnya time nie, baby tak le besor sangat or tak le kecik sangat, orang kate sedang-sedang gitu.

So, sabtu yang lepas, da plan ngan pakcik (en.husband) nak pergi KLINIK SOFEA kat Bandar Puchong Utama untuk buat 3D/4D scan nie. Hasil siasatan, dan review bloger-bloger pasal KLINIK SOFEA nie, aku decide buat kat klinik nie je la, murah pun murah dari klinik lain.

Hurmm! Tapi yang tak berapa nak bestnya, time nak buat scan tu, baby boley tido dengan nyenyaknya, puas dah gegor perot nie, die syok jer tidonya., haih, tapi nasib la die nak tunjuk muka. Meh nak belanje skit gambor.


Agak-agak, ikut muka sape yek??? (klik gambor tuk besor)

Kalau korang nak pergi buat, korang terjah je Klinik tersebut, sebabnya tak perlu nak buat appointment  segala bagai macam klinik lain., senang kan..kan,..
Kat bawah nie aku sediakan alamat :-

KLINIK SOFEA
No. 36, Ground Floor,
Jalan PU 7/3,
Bandar Puchong Utama
47100 Selangor
(Belakang Aeon Big (Carrefour), opposite to 99 Speedmart)

Tel No : 03-8061 9628

 Sumber gambor (google) (klik gambor tuk besor)


Eh! Lupa plak nak bagi tahu harga, harga untuk  Scan 3D/4D Klinik Sofea, Puchong RM 80.
Klinik lain dalam RM 100 ke atas.

Okeh! Selamat men'SCAN' la yek... adiosss..

Monday, March 23, 2015

10 TIPS TEMPAH KAD KAHWIN ONLINE



10 TIPS TEMPAH KAD KAHWIN ONLINE

1) BUDGET
- Ini merupakan perkara yang sangat penting sebelum nak buat apa-apa perkara sekalipun. Sebabnya ketahuilah korang bila nak kahwin,serius pakai banyak duit ooooooiii. Untuk bajet bagi kad kahwin,korang kena tetapkan sendiri berapa harga yang korang nak spend untuk 1 kad. Contohnya korang nak satu kad harga dia under 80 sen je.. So senang la korang nak memilih jenis kad yang bersesuain dengan budget dan menepati citarasa korang.


2) TENTUKAN TARIKH MAJLIS PERKAHWINAN
- Pastikan korang dah ada date yang betul & muktamad, jangan nanti bila designer dah design & print kad kahwin korang, tiba-tiba korang cakap nak tukar date. Ha kelam kabut jadinya, nak kena design balik, print balik, bayor pun jadi berdouble-double. Seeloknya dapatkan tarikh muktamad kemudian baru tempah kad kahwin sekurang-kurangnya 3 BULAN SEBELUM MAJLIS.


3) KUANTITI KAD
- Ramai pengantin yang taktau benda ni. Contohnya bila katering korang tempah untuk 1000pax, korang jagan la tempah kad pun 1000pcs. korang gi edarkan kad 1000pcs tu mmg tak cukup makanan korang tu nanti. Sepatutnya, jumlah pax korang haruslah dibahagi 2. contohnya kalau tetamu korang jemput 1000pax, maka kad kahwin yang korang perlukan adalah 500pcs je. kalau 2000pax, kad kahwin korang 1000pcs je. kalau 3000pax? ha kira sendiri!


4) TEMPAH UNTUK DUA-DUA BELAH PIHAK SEKALIGUS
- Untuk menjimatkan duit dan mendapatkan kad mengikut citarasa korang,lebih baik korang tempah kad untuk pihak lelaki dan perempuan sekaligus. Serius memang save bajet tau. Berbanding masing-masing tempah sendiri-sendiri..tapi benda ni bergantung kepada uolls dan pasangan lah. Mungkin korang masing-masing ada citarasa tersendiri. Bukan apa,contohnya kalau belah lelaki nak tempah 500 keping, belah perempuan pun nak tempah 500 keping...kalau gabung kuantiti kad korang tu dah 1000 keping, kalau tempah sekali lagi jimat tau. Sebabnya semakin banyak kad yang kita tempah, harga kad semakin murah.


5) JANGAN TEMPAH KAD BERULANG-ULANG
- Jangan menempah kad kahwin terlalu sedikit dan datang kemudian menempah lagi kerana tidak cukup. Harga akan lebih tinggi jika cetak sedikit.


 6) JANGAN LETAK GAMBAR
- Sebabnya kad kahwin ni orang bukan simpan baik-baik buat frame pun. Bersepah-sepah kat rumah, dalam keta. main pijak-pijak je. jadi, kesian lah muka korang dan pasangan korang yang hensem & molek belaka tu. sanggup kah korang membiarkan muka korang dipijak-pijak?


7) PETA LOKASI
- PENTING! peta tu biar jelas dan tepat. takde lah tetamu maki hamun ikut peta korang tu tiba-tiba sampai ke kubur cina. kalau boleh, bg koordinat GPS sekali. almaklumlah zaman sekarang serba moden ni kan.


8) ELAKKAN GUNA AYAT AL-QURAN
-Seeloknya jangan lah gunakan ayat-ayat suci Al-Quran. macam aku ckp tadi, kad tu nnti orang buang besepah-sepah & pijak-pijak je. Kalau nak letak, letak ayat jawi pun boleh, tp bukan ayat Al-Quran.



9)SAMPUL
-Biasanya harga setem untuk kad kahwin adalah 50 sen. tapi tu untuk sampul kosong je. kalau sampul yang bercetak mencecah 80sen ke atas. Fuh setem je dah mahal.. Seeloknya bila buat kad kahwin, jgn gunakan sampul bercetak.


10) SEMAK
- Semak dengan teliti detail kad korang, kang  ade pulak yang salah ejaan ataupun tersalah tarikh. Pihak designer tidak akan bertangungjawab kalau terdapat sebarang kesalahan ejaan mahupun tarikh, selepas kad siap dicetak. So sebelum korang suruh PROCEED, baik korang semak betul-betul.. jangan tengok design je cantik, tp detail tak check. INGAT  TAU!!!


So untuk bakal-bakal pengantin yang nak tempah kad kahwin tu, boleh la gunakan tips nie sebagai panduan korang. Eh! Klau nak tempah ngan company aku pun boley.. meh la melawat page aku kat facebook.. (klik link nie >>>>  https://www.facebook.com/pages/MakcikPakcik-Design-House/134815819928827