Followers

Friday, August 9, 2019

::: PERTH ::: Hari Ketiga





Macam mana nak pergi Perth Australia ye? <<< Baca entry sebelum ni.
Hari Pertama di Perth. <<< Baca entry sebelum ni.
Hari Kedua di Perth. <<< Baca entry sebelum ni.

Perjalanan kami diteruskan lagi pada hari ketiga, hari ketiga aku dah plan nak ke Caversham Wildlife Park.  Caversham Wildlife Park dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang, dan hanya ditutup pada hari kristmas.

Kalau korang nak kesini korang boleh naik public transport, dari Perth station kena ambik tren ke Bassenden station., platform no.8 Midland line., 4.90AUD., dari Bassenden station korang kena ambik bas no. 955 dan berhenti di Whiteman Park., lintas seberang jalan untuk ke laluan masuk Whiteman Park, dekat situ ada pondok dan disediakan telefon, untuk call Shuttle Service., atau korang boleh juga berjalan kaki sepanjang 2km., itupun kalau korang larat la nak jalan. Bayaran masuk ke Caversham Wildlife Park, dewasa 30AUD, kanak-kanak 3tahun hingga 14 tahun 14AUD.

Itu kalau korang nak naik public transport la, tapi aku call je Abg Noah suruh hantarkan, hehehe. Pagi-pagi lagi dah bersiap ke Caversham., tak sabar nak tengok kangaroo. Pastikan korang sampai awal, sebab banyak acara yang diorang sediakan.

FARM SHOW - 10.00am, 12.00pm, 1.00pm, 3.00pm
MOLLY'S FARM - 9.30am to 4.30pm
MEET THE WOMBAT AND FRIENDS - 9.30am, 11.00am, 2.00pm, 3.45pm
FEED THE KANGAROOS - 9.00am to 5.30pm
MEET THE KOALAS - 9.00am to 9.30am, 11.30am to 12.00pm, 2.30pm to 3.00pm, 4.00pm to 4.30pm
PENGUIN FEEDING - 12.00pm and 4.00pm

Tengah tunggu Abg Noah

Lambat Abg Noah sampai, kita posing dulu.


Sampai je di Caversham Wildlife Park, kitorang terus pergi tengok kangaroo, dekat sini korang boleh bergambar dan bagi makan kangaroo, semuanya jinak-jinak. Datang la pagi-pagi, sebab masa ni kangaroo semua tengah lapor, kalau korang tengok kangaroo time petang, diorang semua dah kenyang, tak dek ya nak melayan korang nanti, ahaks!


Kangaroos kelaparan, serbu kakak ya.


Nak manja-manja eh.


Budak kecik ni tak takut pun.










Pukul 9.30pagi, terus kitorang ke tempat MEET THE WOMBAT AND FRIENDS. Dekat sini korang boleh bergambar dengan wombat., dan jumpa kawan-kawan dia. Bermacam jenis binatang ada dekat sini. Jom layan gambor.


Haiwan ni dia takut pulak.



















Bergambar bersama wombat




Pukul 10.00 pagi kitorang terus ke FARM SHOW.  Dekat sini dia tunjukkan cara nak cukur bulu biri-biri, bagi anak biri-biri minum susu dan macam-macam lagi. Aku tak banyak sangat ambil gambar dekat sini, banyak video je.



Kakak Ya dengan Abienya.


Abie dan ummi kakak ya.

Pukul 11.30 kitorang ke tempat MEET THE KOALAS. Comel je koala, dekat sini pun tak banyak sangat gambar, nak bergambar dengan koala kena beratur, aku malas nak beratur, so ambik gambar dengan koala batu ni je la.. ahaks!





Bagi aku tempat ni seronok la jugak, banyak haiwan yang tak pernah jumpa pun, anak pun seronok bila dapat tengok haiwan., bagi kangaroo makan, satu pengalaman yang tak dilupakan. Selasai pusing-pusing dalam Caversham, call Abg Noah untuk balik hotel. Petang tu lepak-lepak hotel je. Masak-masak kat hotel.

Hari keempat kemana pulak ye? hurmm..

Ok. Cau. Adios!

-LynieYusoff-





Friday, July 26, 2019

::: PERTH ::: Hari Kedua

Blue Boat House


Hari Pertama di Perth. <<< Baca entry sebelum ni.

Hari Kedua, aku dah plan nak ke Pinnacles dan Lancelin Sand Dunes. Tempat ni jauh dari bandar Perth, kalau korang nak pergi ke sini kena la sewa kereta. Tapi, aku dah deal cantik dah dengan Abg Noah, suruh dia bawa kitorang ke sini. Opss lupa plak, aku pergi sini dengan 2 lagi awek Malaysia, dua beradik dari Kedah ni pun join kitorang, so kitorang tong-tong la bayar dekat Abg Noah. Aku kenal dua beradik ni dalam group jalan-jalan Perth. Dekat Malaysia tak pernah jumpa pun, hari kedua tu la baru jumpa dengan diorang, Jiha dan kakaknya Anis.


Tengah tunggu Abg Noah


Bangun pagi, Pakcik (en.suami) dah siapkan breakfast, lepas breakfast terus tunggu Abg Noah dekat depan hotel, lepas tu pergi ambik Jiha dan Anis dekat hotel diorang pulak. Sebelum ke Pinnacles, Abg Noah bawa kitorang ke Blue Boat House, ala yang tempat orang selalu bergambar kalau pergi Perth tu. Pergi Blue Boat House pagi-pagi, memang tak ada orang pun. Senang tak kena beratur ambik gambor.







Siap bergambor di Blue Boat House, terus ke Pinnacles, tempat ni penuh dengan batu-batu, panas je aku rasa, tapi pemandangan memang cantik.






Kakak Ya peramah, pergi tegur budak Malaysia yang baru sampai.






Lepas ke Pinnacles, Abg Noah bawa kitorang ke Lancelin Sand Dunes, tempat ni penuh dengan pasir putih, memang cantik la kalau nak bergambor. Tengok gambar kitorang, cantikkan. Dekat sini boleh sewa sanboard AUD5. 

Kakak Ya




Kakak Ya dengan Anis


Selesai bergambor di Lancelin, Abg Noah terus bawa kitorang balik, tapi dalam perjalanan balik tu dia singgah di Moore River. Cantik sangat tempatnya. Sempat juga la kitorang bergambor.








Kitorang sampai hotel dalam pukul 3 lebih camtu, terus tersadai, Malam baru keluar cari makan,

Cari barang makan

Kakak Ya kepenatan


Penat juga bercuti masa pregnant ni, aku memang tak larat nak keluar jalan, masa ni aku tengah pregnant 5 bulan. Semoga ada rezeki lagi nak pergi. Amin.


OK.

Cau Adios!

-LynieYusoff-






::: PERTH ::: Hari Pertama


Holiday berempat, plannya bertiga, tiba-tiba berempat pulak. hehe.


Macam mana nak pergi Perth Australia ye? <<< Baca entry sebelum ni.

Sebelum berangkat ke Perth, korang kena buat persediaan yang lengkap. Buat la Itinerary percutian korang selama korang bercuti tu. Itinerary ni bagi memudahkan percutian korang bila sampai sana nanti, baru la tak pening nak tuju ke mana. Follow je apa yang korang dah susun tu.

Bagi yang akan bawa makanan, pastikan bawa makanan yang boleh di bawa sahaja, buat la list barang makanan yang korang bawa dan susun dalam satu beg, jangan campur dengan baju korang pulak, kang kene geledah, tak pasal-pasal ternampak sekali yang tak sepatutnya., ahaks!

Aku gigih tangkap gambar satu-satu tau barang makan yang aku bawa, pastu buat list. Macam dalam gambar kat bawah ni. Percayalah, kalau korang buat list macam ni, staff immigration diorang mesti puji lambung-lambung, kembang la sekejap hidung tu… haha.. sebab kita dah memudahkan kerja diorang.




List barang makanan aku

Hari yang ditunggu telah tiba, Flight aku pukul 9.40 pagi. Lepas subuh kitorang gerak naik teksi ke KLIA2., Kena RM 90 jugak dengan pakcik teksi tu., untuk korang yang nak ke KLIA / KLIA2 dengan bajet ciput boleh baca sini.

Sampai KLIA2 dalam pukul 7 lebih, terus cari makan dulu, kitorang di jangka sampai Perth pukul 3.15pm. Malaysia dan Perth sama je waktu, Cuma Perth cepat gelap, pukul 6petang dah gelap dah.

Perjalanan KL ke Perth mengambil masa 5 jam 20 minit. Lama juga tu, apa lagi., tido je la.
Dalam flight korang akan diberi declaration form berwarna kuning untuk di isi. Borang ni nanti kene bagi dekat imi masa sampai nanti.

Declaration Form 




1 beg makanan, 1 beg pakaian

Tido je la dalam flight

Dah nak sampai.

Sampai je Perth, terus ke pemeriksaan imigresen, sap-sap lepas, pastu tunjuk la list makanan yang dah buat tu, imi  diorang suruh kitorang beratur untuk dihidu anjing, ada setengah penumpang diorang suruh beratur dekat tempat cek beg, dekat situ diorang akan geledah beg korang satu-satu. Macam aku kene beratur tempat hidu anjing, tak perlu buka beg, anjing tu lalu je.

Keluar dari balai ketibaan, kitorang terus cari simcard Optus AUD20, mula-mula ingat nak beli 1 je, pastu pakcik (en.suami) cakap nak beli juga, so beli la 2 simcard. Keluar je dari airport terus tunggu Abang Noah. Aku ambik airport transfer dengan abang Noah. Abang Noah ni orang Perak, tapi stay dekat Perth, ada orang share no abg Noah dekat aku, so dah deal siap-siap dengan abg Noah dari Malaysia lagi. Dari awal aku plan nak naik public transport je., tapi bila dah kenal abg Noah ni terus tukar plan.

Contoh simcard Optus

Tengah tunggu Abg Noah

Bagi korang yang nak naik public transport, lepas keluar dari Airport korang boleh ambik Bus No. 380 dan akan berhenti di Elizabeth Quay bus station. Aku sarankan korang Install App Transperth, aplikasi ni memudahkan korang. Macam aku, aku dah siap-siap print map  bus diorang, nanti senang nak tengok.

Map yang aku print

Korang boleh tengok jadual bus dekat sini


Abg Noah ambik, terus hantar kitorang ke hotel. Sampai hotel dalam pukul 5 lebih, dah dekat maghrib time tu, penat seharian, lepak bilik je, memang tak keluar dah. Pakcik (en.suami) je la yang keluar cari makan. Hotel kitorang memang dekat dengan pusat tumpuan., senang nak cari makanan halal. Abang Noah siap pesan lagi dekat kitorang pukul 10 malam camtu, duk hotel je. So awal-awal kitorang dah tido, sebab esoknya nak jalan jauh ke Pinnacles dan Lancelin Sand Dunes.

Ok. nanti aku sambung eh!

Cau Adios!

-LynieYusoff-